Hubungan Suami Isteri

Banyak kali fikir nak post. Lepas baca kisah isteri terkilan suami tak bagi layanan tu, kisah aku lagi sedih dan aib aku rasa. Kisah isteri tersebut, 2x sebulan. Kisah aku ni, 3 atau 4 kali setahun je kut.

(https://iiumc.com/isteri-pasrah-kurang-diberi-nafkah-batin/).

Mula² masalah memang dari aku, lepas bersalin aku jadi kurang berminat, dan aku memang sentiasa ada rasa sakit bila bersama dia. Laki aku jenis tak pandai atau aku yang tak pandai, entahlah.

Lama² kami jadi malas. Ada masa aku nak, ade je halangan. Ada masa dia nak pun sama jugak.

Laki aku kurang physical touch. Dia tak pernah cium aku ghairah². Haha. Dia cium aku macam ciuman kasih sayang gitu je. Tak reti la nak explain. Haha.. Paling mesra kami cuddle je.. Tak pernah la dia jadi ghairah kalau peluk aku. Hahaha.

Nak kata aku tak menarik, dia selalu je puji aku cantik. Haha..

Aku malu nak ajak dia pergi berubat. Aku rasa kami sama² ada masalah. Cuma aku ni jenis subur kut. Sekali bersama terus lekat anak. Hahaha. Walaupun jarang bersama, anak dah 3. Sekali bersama terus lekat. Rezeki kan…

Aku yakin laki aku takla curang atau gay. Dia habis kerja terus balik rumah. Tak ada hobi atau lepak kawan² pun. Mungkin kami sama² penat.

Laki aku rajin jaga anak. Aku akan kemas rumah. Kami berkerja. Tapi laki aku lebih banyak uruskan anak². Mungkin dia penat.

Cuma benda ni lama² akan menjadi barah dalam perkahwinan. Sebab ada masa aku nak, tapi aku tak dapat aku akan jadi moody dengan dia.

Tapi aku malu nak bagitau sebab awal² isu ni start punca dari aku lepas bersalin. Aku tak boleh nak bersama dia hampir setahun. Cuma sekarang aku rasa aku dah kembali normal sikit tapi dia plak yang macam sentiasa penat.

Phone dia pun clean je. Dia tak dela sorok phone dari aku. Aku anytime boleh bukak phone dia. Cuma lately aku asyik rasa nak marah je ngn laki aku ni. Mungkin sebab nafkah batin ni tak mencukupi.. Aku buntu..

Doakan aku kuat jelah untuk bersabar dalam mengharungi perkahwinan ni. Ni adalah bulan ke 4 kami tak bersama. Pelik ke, kadang² aku rasa macam entahla malas nak pikir. Hahaha..

– Tuan tanah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Dulu kami begini juga. Lepastu, saya mmg bagi tau direct pada suami. Betul kita akan moody kalau benda ni tak dipenuhi. Normal ye kita ada nafsu begitu. Tipsnya, 1)komunikasi. Bagi tau je takde selindung. 2)Buat jadual dan tetapkan hari apa nak bersama. Cthnya malam Selasa, malam khamis. Dua2 kena bagi komitmen dan mindset pon bersedia. Kalau tunggu time masing2 nak, ada je halangan kan. Jadi perlu set masa. 3)Perlu ada spark balik bangkitkan mood (cthnya suasana)

  2. nk komen kat luar malu pulak.. kita komen dlm nie.
    saya pernah je alami mcm sis alami xkn beri kalau kita xminta. suami pulak kje kdg2 die ckp abg penat la syg.
    saya pulak jenis suke buat air mcm teh sya letak halba dlm air teh saya.. saya buat air yg bahn die naikkan libido.. naikkan hormon tanpa suami saya tau. yela kalau die tahu mana mau die nk minum.. 😅😅. saya siap google makanan naikkan nafsu suami. bertahun2 saya bg die mkn dan minum tanpa die tau apa bahan air herba saya.
    disbb suami sya nie jenis klw saya xmulakn dulu die susah nk mulakan dulubuntuk bersama. jd selalu la saya tebalkan muka mulakan dulu. ade masa kne reject ada masa die bg.
    sya ade tanya kawan pasal suami penat taknak bersama normal ke. kawan saya cakap suami diepun sama. and ada beberapa kawan yang lain alami masalah yg sama suami penat. paling kurang seminggu 2 kali je kadang2 seminggu sekali.
    dulu sis pernah tolak suami nk maybe sbb tu suami xnk mulakan dulu sbb die takut rasa kecewa kne reject bila nak.
    saya rasa sis boleh kut slow talk dgn suami. klw suami malu nk mula dulu. apa salahnya sis mula dulu.. goda laki tu. tiap malam ringan2.. nanti mana tau jd spark balik hubungan kalian.

  3. Terseksa rasanya batin seorang perempuan (isteri) jika tiada hubungan intim selayaknya dari suami. Dah berkahwin, dah halal untuk berhubungan & berbuat apa saja yg boleh mberi kegembiraan, mengembalikan keceriaan, menghilangkn tekanan kerja melegakan sakit2 lenguh2 pada badan. Rasa tu semua boldh diperoleh dari hubungan intim yg padu, dua jiwa bersatu, penuh rasa cinta & sayang. Lakukan hubungan.dln keadaan yg penuh erotik, saling memerlukan, saling memberi, ada kerjasama dlm hububgan, dua2 berkehendak, baru boleh capai kepyasan yg masing2 kehendaki. Isteri ni bila dia puas dlm berhubungan, seri kecantikan makin terpancar keluar.
    Angah, jg seorang isteri & wanita. Angah dpt rasakn diri Angah semakin cantik & jauh nampak muda dr usia. Kerana apa? Kerana manusia ni ada jiwa. Bila kehendak jiwa dipenuhi, hati sentiasa rasa bahagia & puas. Sebab itu pentingnya, hubungan intim dlm perkahwinan. Isteri jgn menolak jika suami ingin utk bersama. Begitu jg suami, jgn sesekali biar isteri tertunggu2 belaian dan layanan dari anda. Nak isteri nampak cantik walau behias simple je, tolong beri kepuasan pd isteri anda. Jgn biar isteri gersang & kulit kering xberseri. Bukan hanya kepuasan yg dicari, yg penting Allah redha

  4. Pelik juga lelaki yang masih muda kurang minat pada aktiviti itu, yg tua pun masih mahu setiap minggu.

    Kena bawa ke klinik lelaki, check hormon. Kalau lelaki yang normal mesti cari jalan untuk kekalkan kesihatan dalaman seperti ambil suplemen dll.

    Banyak buat aktiviti berdua seperti mandi bersama, urutan dll utk kekalkan spark. Mungkin juga ikhtiar jika dapat bercuti berdua.

    Semoga isu puan boleh diselesaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *