Nukilan Untuk Adik Fir

Nukilan untuk adik Fir, (https://iiumc.com/macam-mana-nak-buat-dia-faham/).

Apabila baca luahan adik yang tak nak kahwin kerana duit tinggal 300. Akak rasa terpanggil untuk kongsikan kisah hidup akak.

Cuma bezanya, akak tak kerja. Suami ja kerja. Dan anak 2 orang. 

Masa awal2 kahwin, gaji suami dalam 1200 ja. Suami kerja pengawal keselamatan ja. Suami memang tak belajar tinggi. Dan kerja tu ja sesuai dengan dia. 

Dari gaji dia, tolak sewa rumah 450. Kami memang hidup sederhana ja. 

So kereta memang tak de. Ada motor ja. Motor tak de hutang. Baki gaji 750. Bil air dan api dalam 30 ringit ja masa tu. 

Sebab memang aircond2 semua tak de. Mesin basuh pun memang kami tak de. Ada peti ais dan tv ja. Tu pun suami beli 2nd. Tv channel biasa. Astro2 semua tak de. 

Kami memang hidup berjimat la. Minyak motor suami sebulan dalam 50. 

Baki tu dalam 650 la letak kan. Anggap api air 50 ringgit. Suami gaji sebulan dua kali. 15hb suami akan dapat 200. 

200 ni suami akan beli beras 10kg, telur sepapan 30 biji, magie 2 paket, sardin kecik 4 tin. Sabun basuh baju, colgate besar. Susu tin, gula, kopi, teh. 

Senang cakap, 200 tu dia akan habiskan untuk keperluan rumah. Kira barang kering. Biasanya cukupkan 200. 

Walaupun benda tu masih ada. Contoh sabun basuh baju ke, gula ke sardin ke. Suami tetap akan beli jugak.. Biar ada stok suami cakap. 

Yang gaji 1hb. Dia akan beli gas. Gas kat rumah kami sentiasa ada spare satu. Tapi satu tong tahan ja dua bulan. 

Lepas tu barang basah. Ikan ayam macam tu la. Masa tu kami berdua ja. Belum ada anak. 

So ayam ikan beli dekat pasar malam. Ayam selalunya beli yg sepingan 10 ringgit tu. Sebab nak makan berdua ja kan. 

Ikan dalam sekilo dua. Kadang2 kalau udang sotong murah. Suami akan beli. 

Lepas tu lain2 sayur tu saya beli bila perlu ja. Sebab sayur bukan boleh simpan lama2 dalam peti. 

Suami suka makan sotong kering. So benda2 macam tu selalu akan ada la. Sebab tahan lama kan. 

Suami memang bawak bekal ke tempat kerja. Kalau dia shift pagi, 1 mug air kopi dia.. Air masak.. Sarapan pagi biasanya saya buat nasi goreng ke bihun goreng ke. 

Lepas tu lunch untuk dia.. Suami suka jenis simple2 ja. Dia sangat suka sambal tumis. So saya akan buat sambal tumis sotong kering, tak pun telur kicap. Lepas tu ada sayur. 

Saya jarang masak kari sebab dia tak berapa suka. Senang kata masak apa yang dia nak.. So dia memang tak akan keluar beli kat luar. 

Suami memang tak de habit merokok. So tak perlu bazir duit ke situ. Makan malam dia akan makan dirumah.. Makan malam ja saya akan masak ikan ke , ayam ke sotong ke. 

Suami setiap bulan simpan 100 untuk kecemasan. Dan bagi dekat tangan saya 100. Kalau tolak pi tolak mai. Dalam 250 tu la kami uruskan barng basah semua dan lain2 keperluan. 

Saya memang tak kerja sebab suami tak bagi. Suami kerja 12jam dan tanpa off. 

Kadang2 ja dia akan ambik off. Paling2 pun sebulan dua kali ja. Sebab nak beli barang rumah dan sebagainya. 

So dia tak memang tak de buat partime la. Bila masanya nak buat partime. 

Kadang2 buat ot ada lebih dalam 50 ke 70ringgit. Kadang2 dia sambung 24jam ganti kawan yang tak datang.. 

Suami akan simpan duit gaji lebih tu untuk renew roadtax dan lesen dia. Kan ada time2 public holiday company dia bayar double. So kadang gaji dapat la 1350 ke 1400 macam tu. 

Suami saya memang jenis suka menyimpan. Sebab perkahwinan kami pun macam satu tragis jugak. 

So dia nak buktikan dia mampu ja bela anak orang. Tapi saya pun tak pernah demand apa2. 

Walaupun suami selalu cakap, kalau teringin apa2 cakap ja. Tapi apa la sangat yang saya teringin.. Lebih2 nak makan laksa ke bihun sup ke. Suami akan bawak ja. 

Saya pun tak de tabiat macam orang sekarang.. Nak makan2 fast food memang tak de.. Saya pun orang kampung ja. So saya suka jenis masakn2 kampung ja. 

Suami saya memang seorang lelaki yang baik. So saya pun tak nak bebankan dia apa2. Saya pernah cakap nak buat partime ke. Dropship ke. 

Mula suami ok ja. Ada sekali tu saya kena tipu dengan dropship tu.. So saya sangat stress dan sedih time tu. So suami cakap tak payah la buat semua ni. 

Duduk rumah tengok tv. Lepak2 rehat. Dia tak nak saya stress apa2.. So saya tak buat dah semua tu. 

Nak mengasuh anak orang dia lagi tak bagi. Dia cakap nak jaga anak orang bukan senang. So saya akur cakap dia. 

Masa tu kami sewa macam rumah kampung. So ada tanah sikt.. Saya tanam2 cili ke sawi ke.. Sayur kecik2. Sesekali boleh merasa habuan. 

Memang lepas siap kerja rumah, saya tengok2 pokok. Memamg bosan jugak sebenarnya duduk rumah. 

Tapi ada la saya cari apa2. Lepas tu saya belajar buat karipap frozen. Nak simpan untuk rumah.. Hari2 tengok u tube belajar resepi apa2. 

Lepas tu saya mengandung anak pertama. Gaji suami pun dah ada kenaikan dah masa tu. 

Tak banyak dalam 100 ja. Tapi membantu kami banyak. Kan saya cakap yang duit 200 tu suami suka topap barang. 

Apabila dah banyak stok. Suami dah kurang beli dah.. Sebab nak habiskan stok yang ada. So dari 200 tu boleh jimat sikit. Atau kumpul stok barang lain pulak. Biskut2 ke apa ke. 

Tapi sejak saya mengandung, suami mula beli barang2 baby.. Dia dah mula kira2 nak menyimpan untuk baby. 

Susu pampers benda paling mahalkan. Tapi masa saya mengandung, tak henti2 saya doa. Saya nak bagi susu badan.. Tak nak susu tin. 

Alhamdulilah. Berkat doa saya kot. Dua2 anak dapat susu badan setahun lebih. Sebabkan saya duduk rumah ja.. Siang hari saya pakaikan anak lampin. 

Masa tu baby dalam 3 4 bulan. Dua tahun saya dah ajar anak kencing kat tandas. Sebab saya duduk rumah ja, so saya banyak tengok u tube macam mana nak ajar anak apa semua. 

Sebenarnya nak tulis details perbelanjaan masa ada anak tu saya tak ingat sangat. Cuma nak cakapnya macam tu jugak la suami urus. 

Cumanya saya beli pampers dekat shopee. So murah sikit. Sekarang anak2 masih minum susu walaupun dah stop susu badan. 

Diaorg minum fernleaf. Yang tu dalam 48 ringgit sekilo. Tahan sebulan untuk dua anak.. Still suami akan beli lebih bila ada duit. 

Jenis suami, barang makan jangan putus. Dia cakap arwah mak dia selalu pesan, jangan biar barang makan putus. Sebab tu dia sentiasa suka beli stok. 

Kan sebulan dia simpan 100. Duit tu la kami akan guna untuk belanja raya. Beli baju ke ayam kamping. 

Suami tahu time tu nak cari duit tak akan ada. So dia belajar simpan siap2.. Dia sebenarnya banyak belajar dari arwah mak dia. 

Bila dah hamil anak kedua, suami mula timbul kesedaran dia perlu upgrade kehidupan.. Ye la keluarga makin besar. 

InsyAllah, nanti ada kelapangan saya sambung bab tu. Cumanya nak cakapnya, sekarang ni gaji suami saya bersih lepas tolak epf semua 2300 ja. 

Dan alhamdulilah kami dapat rezeki duduk rumah sendiri walaupun ppr. Tapi suami cukup gembira dia dapat sediakan rumah kami sendiri. 

Dia berjaya ja uruskan rumahtangga dengan lebihan gaji yang tak banyak. Yela ppr pun ada bayaran maintenance, cukai dan sebagainya. 

Tapi dia mampu ja bagi kami anak beranak makan dengan cukup walaupun baki tak sampai banyak mana pun. 

Sebenarnya terpulang pada kita macam mana nak hidup. Kita yang tentukan kita nak hidup macam mana kan. 

Nak makan telur atau ayam, adalah pilihan kita berdasarkan kemampuan. 

Kami mampu hidup macam orang lain, cuma tak mewah. Tapi sederhana. Tapi sederhana tu buat kami bahagia ja. 

Oh ya, bab adik Fir cakap tak kan isteri nak kena catu makanan. Tak kan tak perlu beri hadiah, tak perlu bawak bercuti. 

Jujur saya cakap dari pandangan saya sebagai seorang isteri, hadiah terbesar yang saya dapat adalah kasih sayang dah perhatian.. Di samping hormat saya sebagai isteri. 

Sebagai isteri, saya jugak harus sedar apa kemampuan suami saya. Dan bertindak selaku dengan kemampuan suami. 

Suami tak pernah bagi emas permata. Sekali dua pernah jugak dia bagi subang emas dan cincin emas yang nipis ja. 

Tapi tu dah cukup buat saya bahagia. Sebab saya tahu itu ja yang dia mampu.. 

Suami tak pernah lupa birthday saya. Walaupun sekadar ucapan dan belanja makan di kedai dah cukup menyentuh hati saya. 

Suami pernah jugak bawak saya bercuti berjalan2 trip 2 hari 1 malam. Ye la bajet tak banyak kan.. Tapi cukup ja untuk buat saya cipta kenangan. 

Sekarang dah anak, yang kerap suami bawak adalah kepantai.. Sebab kami semua suka lepak situ. Di samping beli makan ringan2. 

Bila dah jadi ibu bapa ni, tengok anak bermain adalah benda paling bahagia. Tu dah cukup hiburkan hati kita. 

Sebenarnya betul kata kekasih adik Fir. Duit bukan ukuran kebahgian.. Duit memang perlu, tapi kalau orang tu bertangungjawab, dia pasti mampu uruskan dengan baik. 

Sebab apa tau, sebab Allah dah janji, Allah dah siapkan rezeki untuk setiap hamba dia.

Adik Fir percaya atau tak, apabila dah kahwin, adik Fir sendiri akan hairan macam mana 300 tu boleh cukup untuk uruskan keluarga. Itulah ajaibnya janji Allah. Tapi ramai orang yang tak percaya. 

Lagi satu, kekasih adik nampaknya sangat memahami, dan dia jugak ada kerjaya sendiri.. Akak percaya, apa yang dia harap dari seorang lelaki adalah hati semata2. Bukan kemewahan hidup. 

Dia nampak adik Fir bertangungjawab, mampu jaga hati dia, tu dah memadai bagi dia.. Sebab akak melihat dia macam akak. Terima apa saja yang suami bagi asalkan suami sentiasa baik dengan kita, jaga hati kita. 

Saya pasti mungkin ramai tak setuju dengan pandangan saya.. Ye saya faham, kehidupan dan penerimaan setiap orang tak sama. 

Dalam komen pun boleh nampak, ada yang setuju ada yang tak. Cuma apa yang akak nak tekankan, duit anytime boleh cari. Boleh diadakan. 

Tapi orang yang betul2 ikhlas sayang kita tu tak ganti adik. So jangan hilangkan orang macam tu dalam hidup kita asbab kebodohan kita. 

Apabila seseorang berkahwin, Allah akan tambah rezeki dari sudut yang tak di sangka2. InsyAllah adik mampu ja uruskan keluarga. 

Akak harap adik teruskan la proses nak berkahwin tu. Jangan kecewakan hati kekasih adik.. 

Cuba kenang balik macam mana mak ayah kita dulu2, zaman 70an 60an anak berbelas2. Ayah ja kerja.. Elok ja semua membesar. Macam tu la rezeki tu adik. Yang penting adik kena percaya pada Allah. 

– Kak Sal (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Rezeki yg berakah, cukup walau sedikit, bermanafaat jika banyak.
    Memang betul,mak bapak kita dulu anak ramai, hidup sederhana. Seingat saya, mak saya masih mampu belikan kami gelang emas (hanya pakai ketika hari raya saja). Entah mcm mana mak uruskan kewangan dengan gaji bapak sebagai buruh saja. Kami anak2 semua dpt pelajaran secukupnya.

  2. Macam bodoh je nak bandingkan dengan zaman dulu yang anak berbelas-belas tu. Kenapa tak cakap anak sulung biasanya tak dapat sambung belajar, kena kerja untuk bagi duit kat adik-adik, pastu anak yang besar kena jaga adik-adik yang kecil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *