Alam Ghaib (Maliau Basin)

Hi semua. Ingat aku lagi? Aku Lyla..

Yang mana baru kenal, korang boleh recap balik pemgalaman yang pernah aku kongsi.

1. Alam Ghaib (Pertama kali Berubat) https://iiumc.com/dunia-ghaib/

2. Alam Ghaib (Aki Nabalu) https://iiumc.com/alam-ghaib-aki-nabalu/

3. Alam Ghaib (Nyayie ngesot) https://iiumc.com/alam-ghaib-nyayie-ngesot/

4. Alam Ghaib (Jin Piyed) https://iiumc.com/alam-ghaib-jin-piyed/

Baru-baru ni ada kawan international aku datang malaysia. Aku bawa dia masuk semua muzium yang ada. Lagi pun last aku masuk muzium waktu tour sekolah dulu. Itu pun dah tak ingat dah ada apa dalam muzium.

Siapa yang follow cerita aku di gunung kinabalu, aku ada cerita yang aku nampak kepala bersusun dalam semak. Bagi yang nak tengok kepala tu rupa macamana, aku sendiri pun terkejut masa jumpa.

Pergilah muzium orang asli tingkat bawah muzium melayu, sebelah muzium negara. Masuk RM2 je. Ada banyak topeng kayu yang diukir oleh orang asli. Ada beberapa topeng kat situ yang ada isi, harap korang kalau tengok jangan tenung sangat.

Kali ni sebelum aku lupa, aku nak bawa korang dalam trip aku ke maliau basin pula. Agak panjang tau, harap korang ready untuk follow. Trip ni aku pergi masa study dulu, ikut team kawan untuk tugas reasearch dia. Aku course lain, follow sebab nak cukupkan korum je.

Maliau basin ni conservation area, famous orang panggil Lost World Sabah. Kalau korang gugel peta, bentuk dia memang macam besen kat rumah tu melekuk kedalam. Tapi asal nama maliau basin dari bahasa murud.

Maliau bermaksud susu atau kelam merujuk air sungai yang keruh kehitaman dan basin bermaksud tangga gergasi, air terjun yang bertangga.

Kat sini juga dipanggil hutan dara. Untouched. Tapi ada je cetan-cetan yang tak pernah kena kacau dengan setan buat pembalakan haram. Scientist pun tak habis kaji berjuta spesis flora fauna yang huni dalam hutan ni.

Trip 5 hari 4 malam. Pakage aku masa tu 15orang/RM9K. Jadi sorang dalam RM600. Team aku dapat pergi 10 orang je. 4 lagi selit foreigners tapi dia ada ranger lain dah jalan dulu dan tak bertembung pun masa trekking. Macam pelik kan. Yang jaga team aku ada 2 rangers.

7 pagi gerak dari kota kinabalu. Singgah hentian sook untuk breakfast. Sampai security gate dalam 2 petang. Bayar, register, briefing sikit. Diorang ada sediakan makanan dan refreshing sebelum masuk. Dah bayar mahal kan mesti makan cukup.

Saranan aku, kalau korang suka yang adventure korang patut try maliau basin. Tapi kalau yang jenis suka nature tapi tak nak la adventure sangat, try tabin wild life. Ni pun aku dah pernah try. Ada port boleh lulur larva mud. Pun ada cerita juga tapi tak seseram maliau basin ni.

Lepas makan, kitorang masuk ke dalam naik hailak. Offroad pergi studies centre. Siapa yang jenis mabuk jalan, stndby la motion sickness patch banyak-banyak. Dia punya goyang agak extreme juga. Sampai dalam 6 petang. Sabah gelap awal.

Team aku semua dah bagi-bagi bawa bekalan makanan macam perkhemahan pengakap. Beras, ayam, kentang semua ada. First night kitorang dah ber bbq dulu. Bermulalah kisah seram kami dari malam pertama lagi.

Anggota 8 lelaki 4 perempuan termasuk aku. Dalam berempat ni, sorang period, sorang mulut lepas, sorang pendiam, dan sorang lagi tu aku. Awal-awal sebelum masuk hutan rangers warning untuk kita jaga adab jaga mulut dalam hutan.

Dekat dalam ni langsung tak ada line. Kitorang berbekalkan walkie-talkie ranger je untuk keselamatan berhubung dengan station. Bila tak ada line, tak ada yang melekat dengan phone. Masing-masing bertukar cerita. Dari hal kolej, sampai ke isu semasa semua masuk.

Aku yang tak minat dengan topik hanya mampu sengih kerang. Sampailah part si kawan yang mulut lepas ni minta ranger share kisah seram. Memang meminta betul.

Aku pernah baca, sebelum manusia dijadikan, diorang dah huni bumi dulu. Bila wujud adam dan keturunan manusia, diorang tak setuju manusia dikatakan ciptaan teragung. Diorang lari ke tengah hutan, gunung-ganang dan laut.

Untuk yang tanya kenpa ‘dia’ tak boleh menyeberangi laut, sebab tengah laut ada kerajaan ghaib yang bukan sebarang jenis boleh lalu. Macam kita manusia kena bayar cukai kena ada pasport untuk cross lalu FIR.

Ranger cerita, ada kisah scientist jumpa sepisis baru. Tengah-tengah kajian, makhluk tu hilang. Rupanya bukan spesis apa, tapi sejenis ‘dia’. Macam-macam jelmaan, ada yang dapat rakam dengan gambar tapi tiba-tiba esoknya gambar tu kosong.

Sangat penting untuk sentiasa kira anggota dan kenal sesama team. Supaya tak terlebih ahli apa lagi terkurang. Walaupun nampak macam kecil dalam peta, potensi untuk sesat sangat tinggi.

Maliau basin ni sama luas dengan keluasan kuala lumpur. Sebab tu ramai yang tak berani ambil risiko masuk sini selain dari fees dia yang mahei. Waktu aku pergi tu ranger kata diorang tak habis cover lagi hutan tu. Tak tahu lah kalau sekarang diorang dah selesai cover.

Nak jadi cerita, kawan yang lancang ni terlepas riak mencelah masa ranger cerita. Tak ingat apa dia cakap tapi yang pasti mencarut dan lancang la. Tup! Shutdown satu camp kami. Lampu terpadam.

Nasib masing-masing ada torchlight sendiri, tapi aku pakai lampu phone je dulu. Kami ada pasang lilin. Tapi jimat-jimat nyalakan, ready untuk masa depan.

Aku perasan, kawan aku yang period ni agak lain. Tapi keadaan waktu tu buat aku tak berani nak tanya. Malam tu kami semua tidur berkumpul. Terpaksa je lah tidur bertudung sebab nak masuk bilik pun masing-masing rasa semacam.

Sekilas dua aku nampak macam ada bayang terbang-terbang, besar. Nak sedapkan hati, tu burung kenyalang ataupun burung hantu. Hutan borneo memang banyak burung liar tu.

Entah lah, tiap kali aku share cerita untuk korng mesti ada anjing liar luar rumah aku ni mendayu². Aku taip ni santai-santai lepak sambil husb kat sebelah main mobile legend dan kucing aku kat kaki.

Memang rutin kebanyakan malam macamni, kalau aku tak bawa balik kerja, aku layan movie atau baca buku. Tapi malam ni tergerak nak sambung story.

Hari kedua, lepas bersih-bersih dan sarapan, bermulalah treckking sebenar. Ada trek mencanak ada yang agak landai mendaki sampai ke puncak besen.

Kalau korang gugel gambar nampak puncak dia macam pipih kan, tapi view sebenar mendaki sampai puncak tu tak nampak apa sangat pun sebab tebal tertutup pokok. Ada juga side yang boleh nampak lengkung besen seakan gaung yang besar.

Dah naik, turun pula ke dalam besen tu. Overall ada lah dalam 8km lebih. Sampai Agathist camp.

Camp ni jumud sikit dari studies centre camp. Konsep dorm sekali berderet banyak katil kayu dan papan, dinding kain kavas dan atap zink. Macam camp hospital zaman perang dulu. Ada tandas, dan sangat basic. Siapa yang pace perlahan boleh je tinggal semalam situ dulu.

Tapi kitorang rehat sekejap je. Masa tu masing-masing darah muda jiwa membara. Kitorang decide teruskan kedalam lagi dalam 7km lebih lagi. Nepenthes camp.

Camp yang ni jarang orang tinggal. Masa kitorang isi buku bermalam pun, kami orang yang ke 100 lebih je dari camp ni dibuka. Asalnya camp ni dibina khas penyelidik petronas. Oleh sebab keadaan dia selesa dan lengkap, kami decide book 2 malam disini.

Bersih-bersih, makan malam. Lepak dan sambung borak lagi. Jam masih awal, baru pukul 9 tapi TUP! sekali lagi generator camp kami shutdown. Kali ni ranger kami tegur supaya siapa ada memetik atau mengambil ‘benda’ hutan, kembalikan balik.

Ranger kami tak kosong, dia pun ada yang jaga. yang aku nampak macam orang tua. Lama masing-masing senyap tak ada yang mengaku. Feels waktu tu sebijik macam kena marah masa game burung hantu camp hardcore masa sekolah dulu.

Entah apa yang ranger aku buat sekali dia pusing keliling kami, dia berhenti dekat kawan aku yang lancang ni.

Dia ambil satu batu masa trek siang tadi. Macam kristal hitam dalam dia ada akar kayu, besar tapak tangan. Cantik gila. Kilat. Tak boleh nafi, sekali tengok memang akan khayal macam cincin precious dalam lord of the ring tu. Ranger terus rampas. Tak tahu dia bawa ke mana.

Malam tu tak dengar bunyi cengkerik langsung. Ranger kata, kalau tak dengar bunyi cengkerik, sama ada sebab ada haiwan pemburu macam harimau atau ada ‘dia’. Malam tu, sebab ada batu tu. Aku masih ingat lagi bentuk batu tu. Memang cantik.

Malam dalam hutan rasa sangat panjang. Tak tahulah sebab terlebih oxyangen atau apa. Aku 3x tidur dan terbangun, paksa lagi tidur, bangun lagi sebab tidur yang puas walaupun hampir 16km trekking siang tadi lalu sungai hitam, canopy walk yang tinggi dan panjang, dan juga anak sungai yang penuh pacat.

Hari ketiga lepas bersih-bersih dan sarapan, kami teruskan trekking ke air terjun takob akob. Aku tak berani lah nak mandi sebab air dia hitam buat aku lebih thalassophobia (fobia air dalam).

Skill renang memerang aku tak mampu nak buat aku rasa selamat, sebab tak nampak ikan apa dalam air tu. Air dia bersih dan selamat je. Dia bewarna hitam sebab mineral yang ada dalam air tu dan dasar dia.

Kat sini yang lelaki pula tunjuk taring bukan main lagi berguling terjun air. Sorang dua ikut, masuk orang ke empat hampir lemas. Bentuk muka bumi air terjun yang seakan jeram kedalam bahagian tengah tu buat dia rasa seakan tertarik lemas. Nasib masing-masing handle dengan baik selamatkn kawan.

View dekat air terjun ni magnificent betul. Tenang. Rasa tak puas untuk tenung alam. Time aku tulis ni, aku gali balik gambar-gambar dalam cloud yang ada. Walaupun zaman tu tak sesharp camera sekarang, tetap memgimbau. Haih rindu!

Kat sana terlalu cantik buat kita terdiam kagum. Diam bukan setakat kagum je, rasa diperhatikan disebalik semak tetap ada.

Next kami teruskan treking ke giluk falls. Air terjun bertingkat-tingkat ni cetek sikit. Baru puas kami main air. Cantik tetap sama. Rasa macam terpukau betul bila tengok balik gambar-gambar tu. Kat sini si kawan pula terlepas cakap macam dalam alam bunian, kebetulan hujan terus turun. Terus kami balik ke camp.

Tak banyak aktiviti dapat buat sebab hujan. Kawan yang ambil sample dapat buat kajian dia. Aku? Makan tidur makan dan tidur rasa lama betul. Tak bosan tapi rasa lama. Phone pun tak ada line.

Malam tu malam terburuk kami. Lepas makan malam, masing-masing sambung buat hal masing-masing. Tak borak lama macam hari-hari sebelum. Dah habis topik agaknya. Lepas hujan reda ada sayup-sayup bunyi cengkerik. Generator camp tu rosak agaknya, lampu hidup tapi terkelip-kelip. Awalnya kami tak rasa apa.

Semua bermula dari kawan yang period pergi tandas sorang, waktu makan. Balik tu aku dah nampak muka dia pucat. Lagi sekali aku tak berani tegur. Dia diam je mula-mula. Kawan yang nakal ni nak sapa dia tanya kenapa, pergi tepuk belakang kawan yang period ni.

Zup! Terus macam terkena elektrik kedua diorang ketawa meliuk² badan. Kitorang yang lain terus berkumpul satu bahagian menjauh dari diorg berdua. Tangkas ranger kitorang bangun dan cuba berkomunikasi dengan ‘dia’ dalam bahasa native murud.

Aku tak faham apa yang diorang deal sebab bukan bahasa melayu, elok ‘dia’ keluar dari badan dan diorang terkulai pengsan. Aku dengan sorang lagi papah diorang berdua masuk bilik. Ranger kami terus buat pagar keliling camp malam tu.

Kawan lelaki yang lemas siang tadi kata malam tu dia kena hempap. Dia kata masa dia lompat dalam air tu rasa kaki dia kena tarik. Memang pergelangan kaki dia merah waktu tu, tapi semuanya tak dapat dicakap waktu tu.

Semua saling pandang dan diam tanda sendiri faham. Aku cuba kaitkan sains sleep paralysis dia tu disebabkan muscle dia terkejut siang tadi je.

Lagi sekali malam terasa sangat panjang. 2 3x tidur terjaga dan paksa tidur tapi jam gerak lambat betul. Malam tu tidur terang benderang. Sekejap terbau wangi, sekejap bau bangkai tikus, sekejap terasa macam ada rambut lalu-lalu dekat muka, sekejap rasa angin kecil macam kena tiup muka, sekejap rasa meremang tanpa sebab.

Aku paksa pejam je mata tak nak buka. Entah bila aku tertidur balik pun tak perasan. Bunyi mengilai aku husnuzon bunyi burung je.

Hari ke empat ikut plan sepatutnya kami trekking lagi ke air terjun maliau yang famous 7lapisan air terjun tu. Lebih cantik daripada giluk falls. Tapi trek kedalam sikit. Terpksa batal.

Pagi tu ramai yang letih sebab kejadian malam tu. Kawan lelaki yang lemas tu tiba-tiba bengkak kaki. Ranger cadang kami keluar dari basin ni lebih awal. Kitorang akur je ikut ranger.

Perlahan kami trek mendaki dan turun keluar dari basin ke study centre camp balik. Trek balik terasa lambat sebab ada yang injured dan ada yang demotivated sebab nampak ‘dia’. Mungkin diorang taubat tak nak repeat lagi.

Aku? Alhamdulillah tak nampak yang extreme apa. Waktu diorang kena rasuk pun, aku balikkan badan tak tengok, waktu tidur ‘dia’ cuba usik pun aku pejam je. Feels diperhati sepanjang trek tu memang ada tapi aku tak layan. Aim aku memang nak enjoy nature je.

Malam tu ranger tak nak kami rasa ralat sebab balik awal, diorng bawa pusing masuk hutan tengok haiwan liar dengan hailak. Jumpa lah beberapa babi hutan besar gemuk, civet, kucing hutan, kancil dan memerang.

Hari kelima, dah register out dengan selamat, dapat sijil, makan dan drive balik kk semula. Masing-masing dah fatigue habis dan tak mampu nak borak apa time tu.

7-8jam juga drive balik sebab banyak berhenti rehat minum-minum. Memang beringat masing-masing dapat pengajaran masing-masing.

Nak share gambar tapi hanya boleh share cerita je. Korang nak experience sendiri, pergi lah. Cantik dia subahanallah betul. Kalau ada masa memang nak repeat. Tapi tu lah.. Nanti ada masa lagi, aku share lagi story kat korang ye.

– Lyla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Penceritaan yg sangat bagus. Termasuk dalam venture Lyla…..kami tunggu episod seterusnya.

  2. Seronok sangat dengar cerita dari sis ni, minat nature tapi belum berkesempatan nak explore macam ni…rasanya boleh attached gambar dalam ni, ada masa sis share lagi yea hihihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *