Abang Kim

Aku baru dapat kerja di ibu kota.. Struggle nak cari rumah tak payah cakap la.

Masa tu ada satu abang ni, Abang Kim. Dia offer aku kongsi bilik dengan dia la.

Dia pun sewa bilik jugak. Dia ok ja kalau aku tumpang sementara aku dapat rumah lain. Kalau aku tak kisah la dia kata.

Pucuk dicita ulam mendatang, memang aku terima la. Dah aku tak de tempat tingal.

Sebenarnya aku macam suka la style hidup Abang Kim bila dah stay sekali ni.

6 pagi dia akan bangun, mandi solat subuh pergi kerja. Pukul 5.30 petang dia balik.. Dia akan pergi jogging, dalam 6.30 dia balik.

Mandi, lepas tu pergi surau bawah, solat maghrib isyak kat surau. Lepas tu dia akan pergi makan kat kedai bawah2 tu ja.

Dalam 9 ke 9.30 macam tu biasa dia naik bilik dah. Kat bilik dia akan iron baju, lepas tu borak2 sikit. Dalam pukul 10, dia siap2 nak tidur dah.

Setiap hari jumaat dia akan balik kampung. Ahad petang datang sini balik..

Rutin dia walaupun sama ja, tapi nampak tenang dan teratur kehidupan dia.. Aku cuba compare diri aku dengan dia..

Lalainya aku tak payah cakap la.. Aku cuba nak jadi macam dia.. Nak follow dia.

Tapi dunia pandai menghanyutkan aku.. Habis kerja aku melepak kat mamak dengan member.

Sembahyang tak pernah cukup 5 waktu. Rare la kalau dapat 5 waktu.

Kadang aku terfkir, kalau aku mati. Kalau Allah tanya, 24 jam dia bagi, apa aku buat.

Aku compare lagi diri aku dan dia. Dia kerja 8 jam, tidur 8 jam, lagi 8 jam tu dia uruskan diri dia termasuk solat bersenam dan sebagainya.

Tak nampak benda lagha yang dia buat. Tak macam aku, main game sampai 1 2 pagi. Esok pagi nak bangun kerja kelam kabut. Subuh memang jarang2 dapat.

Pendek kata hidup aku ni macam rush sentiasa. Terkejar2. Serabutnya tak payah cakap la.

Lepas tu dah diri sendiri lambat, habis semua benda kita marah. Bawak motor macam pelesit sampai bahayakan orang lain dan diri sendiri.

Kat ofis pun susah nak focus. Sampai pejabat dalam keadaan penat. Kadang2 ada jugak tak melepak dengan member kalau dah letih sangat. Bila balik bilik terus tidur.

Kadang dengan baju kerja pun tak buka, sambil2 main hp terus tertido.

Ada masa free pun sibuk dengan media sosial, game, kecam orang sana sini dalam komen.

Sembahyang dok nanti2. Ada masa pun tak mau pi mandi. Sampai tak sedar dah tertidur.

Pernah beberapa kali Abang Kim kejut suruh mandi apa semua.

Akhirnya aku macam tersedar teruk betul pengurusan masa dan pengurusan diri aku.

Dengan perut aku dah buncit. Makan ikut dan, bersukan langsung tak. Tak macam Abang Kim.

Kadang2 dia puasa.. Dia kata dia puasa sebab kadang2 malas nak makan. Tak tahu nak makan apa. So rasa nak puasa ja la.

Bezanya dengan aku, pagi2 dah kena nasi dengan milo ais. Tengahari makan lagi.

Ustaz kata perut kita la bawak penyakit. Kerana perut jugak kita akan malas nak ibadat. Tapi aku ni tak boleh tak dak makan.

Abang Kim tanpa sedar dah jadi macam role model aku. Kadang aku kata nak pi surau sekali. Dia akan tunggu.

Tapi macam aku kata jugak la, dunia pandai menghanyutkan aku. Aku masih struggle nak ubah diri aku..

Sebab budaya hidup aku dan Abang Kim berbeza. Tapi aku masih usaha dan fight nak jadi macam dia.

Tolong doakan aku berjaya…

– Nan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *