Perkenalan Yang ‘HEBAT’

25hb Nov 2023 bersamaan hari lahir ‘Suamiku’, bermula lah percintaan saya dengan ‘Suamiku’.

5 bulan pertama, percintaan kami penuh dengan bunga, penuh kemanisan. Dalam kata mudah, perkenalan kami tiada gangguan.

Masuk bulan ke-6 perkenalan, di sini mulanya kisah cinta saya mula goyah apabila ada seketul manusia yang tidak dikenali muncul dengan menggunakan fake acc lalu membuka dan menceritakan kisah lama saya. (KISAH YANG AMAT BURUK).

Setelah kejadian ini terbuka, mulalah pergaduhan besar bersama ‘Suamiku’. Ini kerana, pada awal 5 bulan perkenalan kami bercinta, saya memberitahunya bahawa saya tidak pernah bercinta sebelum ini dan ‘Suamiku’ lah yang pertama kataku.

Banyak liku-liku dilalui setelah penyebaran cerita lama saya berlaku. Banyak duka dan luka saya hadap. Untuk mendapatkan kepercayaan ‘Suamiku’ susah sudah disebabkan penipuan terbesarku terhadapnya.

3 bulan lama tempoh saya diganggu oleh seketul manusia itu supaya berhenti perbuatannya itu. Setelah itu, cerita itu telah pun tutup. Akan tetapi, hubungan saya dengan ‘Suamiku’ adalah tidak baik-baik sahaja.

‘Suamiku’ berasa seperti dia cuma tempat melupakan kisah lamaku padahal ‘Suamiku’ tidak tahu betapa tinggi, betapa hebatnya cinta saya terhadap ‘Suamiku’.

‘Suamiku’, saya mau tau yang ‘Suamiku’ lah yang i feel the real LOVE that i never get before.

‘Suamiku’, saya tahu saya banyak salah sama ‘Suamiku’, saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab terlalu besar penipuan saya terhadap ‘Suamiku’.

Minta maaf, disebabkan cerita lama itu dibuka berlakulah kisah pahit yang sakit dan pedih ini.

Kalau ada part 2, mungkin saya sambung bila ada ‘MINI US’. Cerita yang gembira.

Tapi buat masa sekarang, tiada sambungan untuk part 2 disebabkan saya dan ‘Suamiku’ sedang menuju hari bahagia dan doakan kami sentiasa bersabar dengan ujian yang akan kami hadapi selepas ini.

Alhamdulillah, hampir setahun hubungan ini kukuh dan doakan yang terbaik untuk kami.

Betullah orang tua-tua bilang, ingin menuju hari bahagia, mestilah lalui duri-duri kehidupan bersama. Kuncinya usaha, doa , tawakal dan sabar.

Akhir sekali, terima kasih ‘Suamiku’. Terima kasih sebab masih terima saya,

Terima kasih selalu sabar dengan saya, terima kasih selalu tunjuk effort yang ‘Suamiku’ benar-benar inginkan saya, terima kasih selalu tegur mana baik mana buruk untuk saya dan juga untuk kita.

Kalau ‘Suamiku’ baca ini dan saya mau bilang “I LOVE YOU SO MUCH YAYANGKU”.

Saya berjanji yang saya behave macam yang ‘Suamiku’ mahukan dan inshaallah perkara begini tidak akan berulang lagi. Saya ingat janji-janji kita YAYANGKU♡.

*SAYA TIDAK AKAN MENIPU LAGI*

Disebabkan sifat menipu ini, berlaku gaduh besar.

– Upeng (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *