Isteri Yang Dijandakan Setiap Malam II

Salam, sebelum saya meneruskan luahan mohon baca first confession saya terlebih dahulu.

https://iiumc.com/isteri-yang-dijandakan-setiap-malam/

Saya telah baca semua komen dari pembaca2, ada yang simpati dan tak kurang juga yang marah saya. Takpelah saya terima.

Cuma saya belum jumpa jawapan lagi sama ada saya perlu biarkan suami berterusan lepak atau paksa suami duduk rumah tapi suami protes dengan bermain fon di dalam bilik tanpa berkomunikasi dengan anak.

Seperti tajuk, ya saya dijandakan hampir setiap malam. Pernah dalam seminggu setiap malam keluar. Pernah dalam seminggu paling sikit 4 hari keluar. Tapi mostly keluar malam melepak lebih banyak dari duduk rumah.

Bila duduk dengan kawan boleh sembang banyak perkara tapi. Bila duduk dengan anak isteri tak banyak benda yang nak disembangkan.

Untuk yang bertanya, saya bukan suri rumah. Saya seorang yang bekerja cuma masalahnya sekarang jika saya bercerai duit saya tak kan mampu untuk menanggung anak dan diri saya. Saya perlu membayar loan rumah ibu dan ayah duduk.

Kami dari keluarga susah. Lepas bekerja saya terus belikan rumah untuk mereka sebab kesian tengok mak asyik kena pindah randah. Adik beradik lain dah besar2 dan kahwin. Saya tak nak persoalkan bahagian tanggungjawab mereka. Kenapa tak duduk serumah dengan ibu ayah?

Ayah akan meminta duit dengan sangat banyak dari saya kerana ayah gemar berjudi. Sebab tu saya hanya duduk sekejap lepas kahwin kemudian berpindah keluar.

Saya berkahwin dengan suami tanpa tahu dia adalah kaki lepak. Semasa kami berkawan memang dia akan habiskan waktu malam dengan menghubungi saya lalu terus tidur. Sebab katanya penat.

Bila dapat kerja di kampung, dia makin giat melepak. Rupanya dia memang kaki lepak yang tegar sebelum bekerja di kilang kereta yang jauh dari kampung halamannya tu. Sekiranya saya tahu, pasti saya tak kan merisikokan perkahwinan saya.

Yang suruh saya ikut suami lepak, maaf saya tak mampu. Saya masuk kerja jam 7 pagi, suami masuk kadang 8.00 pagi kadang 9.00 pagi. Jadi malam saya perlu tidur awal. Paling lewat 11 atau 12 malam.

Kalau saya suruh bawa anak lepak suami memang boleh dan akan bawa dan dia akan bagi anak tengok fon semasa dia melepak dengan kawan.

Saya kurang suka suami bawak anak sebab anak kami ada potensi ashma. Dalam 10 orang kawan suami, 8 orang merokok dan mereka merokok di tempat lepak tersebut. Jadi saya memang melarang untuk suami bawak anak.

Yang menyuruh saya berbahagia dengan suami di waktu petang, hampir nangis saya bila baca saranan tersebut. Sedih mengenangkan. Saya habis kerja jam 5 petang buru-buru balik rumah masak untuk suami. Nak layan suami. Suami tetap tak balik rumah selepas kerja.

Bila call tanya pergi lepak rumah kawan. Bila call panggil balik makan suami cakap kejap kejap. Saya tunggu. Ingatkan betul kejap. Rupanya dari jam 5.30 melepak pukul 8.00 malam baru sampai rumah.

Anak kami pengasuh akan hantar ke rumah setiap hari jam 8.00 malam sekarang. Sebab mereka nak ajar solat dan mengaji. Tapi sebenarnya mereka memang nak spend masa dengan anak kami. Saya izinkan kerana mereka jaga anak kami elok sangat. Sabtu dan Ahad saya akan jaga anak fulltime.

Harini saya penat, mengandungnya lagi, saya call suami suruh balik. Sebab saya habis kerja lewat dalam jam 6.30 petang. Saya ingat suami dah ada di rumah.

Suami ni jenis kalau lepas balik kerja dia balik rumah ke tak balik rumah ke dia tak pernah call nak bagitahu. Bila saya tanya kenapa tak bagitahu? Dia akan tanya, kenapa? Tak boleh ke?

Selalu saya yang kena call tanya kat mana, kat mana. Saya bukan mengongkong. Kalau tak balik bagitahu la tak perlu saya nak hidang makanan bagai. Atau menunggu di rumah dengan perasaan tak sabar nak share cerita dengan suami.

Macam harini saya call dalam 6.30 petang ajak balik. Sebab saya dah otw balik dari tempat kerja. Tapi bila saya tanya kenapa tak sampai lagi dia tak gerak lagi rupanya.

Lepas saya cakap kenapa tak bagitahu je tak nak balik lagi, dia marah. Siap cakap, “kenapa tak boleh nak masuk rumah sorang2 ke? Ada setan ke kat rumah sampai tak boleh masuk rumah sorang2?”.

Saya cakap kalau tak nak balik lagi bagitahu. Tak perlu saya tertunggu tunggu. Harini saya sedih sangat. Masa saya bersiap cari barang nak keluar semula suami balik siap hempas2 pintu. Sebab tak puas hati kena panggil balik. Langsung takda kata maaf.

Saya sambung cas telefon sebab handphone mati dah. Saya terus keluar semula sebab nak kena ambik duit bank.

Sekali saya balik semula dalam lepas magrib tengok2 suami dah keluar. Handphone dia bateri penuh lagi tapi dia sengaja tinggal. Sebab dia nampak saya tinggal telefon. Dia pun nak buat benda yang sama.

Suami dah keluar bawak anak dari pengasuh ke rumah ibu dia. Saya punya kecewa saya bawak diri meronda dulu. Kalau ikut hati nak je lari. Tapi bila tahu suami tak kan cari saya batalkan niat.

Suami mampu jaga anak bila saya takda dan dia tak kan melepak. Tapi bila saya ada dia akan melepak. Tak kan saya nak ikut perangai dia melepak kan? Duit pun makin cepat habis kalau saya pun hidup berkawam huha macam suami setiap malam.

Jadi saya ambik keputusan untuk bawa anak balik dari suami selepas makan.

Biar saya hilang suami, dari saya hilang anak. Saya boleh buat keluar tak tentu hala balik jam 2 3 pagi setiap hari kalau nekad. Dan suami dia akan hidup dengan anak berdua je. Dia boleh.

Sebab tu saya ubah fikiran. Suami nak lepak siang ke tak nak balik rumah lepas kerja ke, macam yang pembaca komen. Mindset. Set terus saya ni lepas je balik kerja suami macam dah takda dah. Rancang2 apa2 tanpa libatkan suami.

Terima kasih juga yang bagi saranan berdoa dan tingkatkan amal ibadat. Berdoa untuk suami berubah. Saya akan cuba ikut saranan itu.

Terima kasih semua sudi membaca luahan saya ini.

– Miss Keliru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *