Aku Stress

Aku malas nak taip panjang. Aku nak straight to the point je. Aku stress! Aku stress sebab suami aku suka lambat-lambatkan solat, dah tu kadang dia boleh terlupa sebab suka bertangguh.

Tambah lagi, sekarang ni pendapatan keluarga memang tengah teruk. Teruk yang sampai hari ni, tinggal 4 ringgit je dalam dompet. Tapi still dalam peti ais ada je lagi untuk dimasak, ada beras.

Act, waktu susah dalam kewangan ni aku okay lagi. Tapi yang buat aku rasa nak marah dan mengamuk dan aku memang nak meluah, tapi aku tak boleh nak luah dengan orang, sebab itu kan aib suami.

Mana mungkin aku nak cerita kat orang yang suami aku tak prioritikan solat dalam kehidupan dia. Tapi kalini aku memang meletop didada.

Ikut logik akal, bila kita tengah dalam kesempitan ni, mestilah kita nak solat lebih, doa lebih, mengaji lebih kan? Ni tidak weh.

Aku ni bangun solat malam, ngaji, doa, solat taubat, solat hajat, tahajud. Masih takde jalan keluar dalam kesempitan ni. Mungkin ini pun ujian untuk aku terus sabar.

Tapi aku pun manusia. Ada perasaan, dan aku rasa untuk ujian yang aku sedang lalui ni, aku gagal. Sebab aku marahkan suami aku, dan mungkin niat aku beribadah pun tak betul. Tapi aku nak minta tolong pada siapa lagi?

Aku sendiri rasa macam tengah berperang diri sendiri sebab aku rasa, penat je aku bangun tengah malam, tapi suami aku tak buat pun. Tak baik kan aku?

Back to main point, aku stress sebab sikap suami aku yang sambil lewa dengan ibadah ni.

Dah kalau solat yang wajib 5 waktu sehari semalam tu pun dia takmboleh prioriti-kan, nak solat awal waktu pun susah, nak pergi masjid berjemaah? Lagilah payah, melainkan solat Jumaat.

Suami aku ni work from home, dan dia lebih utamakan benda lain dari masuk waktu. Macam mana Allah nak bagi rezeki dah kalau hubungan dengan Allah pun taknak jaga.

Aku ni, apa je tak buat? Cakap dari hati ke hati? Dah buat. Kadang2 send video TikTok berkenaan dengan penjagaan hubungan dengan Allah, amal2 yang perlu dilakukan, semua dah.

Dulu nak juga dia tengok video2 tu, sekarang? Aku rasa video tu pun dia tak tengok. Aku dah penat berdoa untuk suami aku, aku sedih. Sebab tiada perubahan.

Kita berkahwin, dalam mahukan kehidupan yang baik, sah-sah kita nak dibimbing. Tapi dah kalau macam ni, aku sendiri buntu. Apa lagi aku nak buat? Aku sayang suami aku, aku taknak dia terus menerus macam ni.

Aku sampai terdetik kat hati, adakah punca kesempitan ni sebab suami aku tak sama2 kejar Allah demi baiki diri dan untuk keluar dari masalah ni.

Aku pun beranggapan mungkin Allah bagi kami ujian ni as turning point back to Allah. And adakah andai aku dengan suami aku sama2 berubah seiring, adakah Allah akan bantu kami untuk keluar dari kesempitan ni?

Aku berpegang dengan Surah Al-Insyirah, ayat 5 & 6 dan beberapa ayat lain dimana kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan bantu kita.

“ فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا، إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ”

Maksudnya : “Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”

Tapi suami aku baik dengan aku. Bukan jenis cepat marah, dera emosi aku ke pukul aku ke memang takde. Nak tolong aku, bila aku minta tolong bab house chores ni. Tapi bila mintak tolong jela, dia buat.

Tapi benda ni biasalah lelaki an, memang kena suruh, jarang2 yang automatik nak buat. Kalau aku malas masak, kadang2 dia yang masak. Takde nak downgrade kan aku ke apa ke. Cuma itulah masalah dia, ibadah.

Tahlaa, itu jelah aku nak bebel. Aku dah penat, nak hadap tiap hujung bulan duit sewa rumah ade ke tak, duit bank krete ada ke tak, aku penat sangat lalui rasa tu.

Walaupun aku sentiasa cuba positif, tapi gagal sebab dibelenggu dengan kerisauan. Apa yang aku perasan baiknya Allah swt tu, memang kami akan dapat settle komitmen tu jugak akhirnya.

Cuma yela, macam harini aku risau ni payment masuk ke tak, sebab dah nak masuk September dah ni. Dengan kerete pulak buat hal, nasib baik masih boleh gerak. Cuma aircond tu je berbunyi. Fuh mencabar betul bulan ni.

Terima kasih sebab sudi membaca, dan doakan aku dapat keluar dari kesempitan ni ya. Mana tahu doa korang ada yang mustajab.

Aku takde mak, aku dah tak boleh nak minta doa tanpa hijab. Dulu mak hidup, apa yang susah, aku mintak doa mak, memperjalanan hidup aku tu lancar sangat2. Tapi sekarang dah lain, sejak mak tak ada. Memang terasa susah tu.

Eh tadi dah terima kasih, aku meluah pulak pasal mak aku. Apa2 pun terima kasih ya. Dan leave comment yang baik2 tau. Jangan kecam aku. Hahahaha.

– Bunga Lily (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *