Nafkah untuk isteri aku mengikut kemampuan aku sebagai seorang suami. Nafkah untuknya terbahagi kepada beberapa perkara seperti berikut;
-Nafkah tempat tinggal yang selamat
Disebabkan isteri aku bertahan untuk tinggal dekat rumahnya berbanding rumah aku. Kerana katanya rumah aku jauh dengan tempat kerjanya iaitu dalam 18 km berbanding rumahnya yang hanya 6 km dari tempat kerjanya.
Maka disitu tanggungjawab aku dalam urusan tempat tinggalnya sudah selesai.
-Nafkah makan minum
Aku beli, aku masak dan aku beri 3 kali sehari untuk seisi keluarga.
-Nafkah pakaian isteri setiap 4 bulan. Sebab pembeliannya hanya libatkan 3 pasang setahun.
Satu pasang pakaian merangkumi senarai dibawah.
1. Inner tudung
2. Terbus
3. Tudung labuh
4. Bra
5. Spender
6. Baju kurung longgar
7. Stokin lengan
8. Stokin kaki
9. Baju t-shirt
10. Baju t-shirt muslimah
11. Seluar track
12. Kain batik
Nafkah alat kebersihan diri isteri
1. Sabun
2. Syampu
3. Ubat gigi
4. Berus gigi
5. Tuala wanita
6. Deodoran (keluar rumah)
7. Perfume (dalam rumah)
8. Tuala mandi
9. Pengering rambut
-Nafkah didikan agama
Disebabkan isteri aku sudah celik dan beramal dengan apa yang arwah bapa mentua aku ajar. Aku hanya bertindak untuk menegur setiap kekhilafannya dalam hidup beragama.
-Nafkah keselamatan untuk isteri
1. Keselamatan fizikal
– Memastikan isteri berada dalam persekitaran yang selamat dan jauh dari ancaman bahaya fizikal.
– Mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi isteri daripada risiko seperti jenayah dan bencana alam.
2. Keselamatan Emosi
– Memberi sokongan emosi dan memastikan isteri merasa dihargai dan disayangi.
– Mengelakkan tindakan atau perkataan yang boleh menyakiti perasaan isteri atau menjejaskan kesihatan mentalnya.
3. Keselamatan kesihatan diri
Aku berusaha untuk jarakkan setiap kehamilan isteri aku setiap 3 tahun. Tujuannya untuk menjaga kesihatan rahim dan mental isteri. Aku bagi kad debit dan suruh dia p tanam implanon dekat klinik yang disukai.
Aku juga ajar bini aku untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti mana aku amal dalam hidup. Sebab itulah aku ambik tugas untuk memasak dekat rumah.
-Nafkah jimak
Aku amalkan gaya hidup sihat. Seperti hanya minum air kosong dan mengamalkan diet suku – suku separuh. Pengambilan gula pula hanya diambil secara sederhana dalam makanan dan masakan.
4 kali seminggu aku lakukan senaman kardiovaskular. Setiap 6 bulan aku akan lakukan pemeriksaan kesihatan penuh. Supaya bila isteri aku berkehendak aku mampu tunaikan.
Berkaitan dengan skincare dan makeup. Disebabkan perkara itu bukan sebahagian dari nafkah. Jadi aku letak ia dalam hadiah ulangtahun perkahwinan dan ulangtahun hari lahir isteri aku.
Begitulah sebahagian tanggungjawab aku dalam rumahtangga.
Terima kasih kerana membaca.
– Ayah Yasin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Alhamdulillah. Awak seorang suami yang baik. Semua keperluan fizikal dan emosi isteri awak penuhi. Seandainya semua suami seperti awak , amanlah rumahtangga dan masyarakat..Semoga rumahtangga awak bahagia selamanya dunia hingga akhirat. Isteri dan anak-anak awak amat bertuah. Teruskan kebaikan awak. Moga Allah berkati kehidupan awak sekeluarga. Aamiin