Assalamualaikum. Saya baru 4 bulan berkahwin. Perkahwinan yang terlalu mentah ini pada dasarnya bahagia walaupun ada ujian dari segi kewangan suami dan sebagainya.
Tapi saya sentiasa bantu suami dengan simpanan yang ada. Gaji saya kecil berbanding suami namun ada simpanan kerana kurang komitmen berbandingnya.
Baru2 ini saya ada check hp suami dan kantoi dia masih membuka app ti***r. Sebelum kahwin saya memang tahu dia ada kerana kami pun berkenalan secara online di suatu app lain.
Dalam chat ti***r tersebut ada 3 betina selepas tarikh kami berkahwin dan chat2 tersebut hanya permulaan ‘hai’ dari dia atau betina2 berkenaan. Kerana mungkin dia masih baru layan semula app tu atau conversation telah didelete saya tak pasti.
Kecewa? Pasti. Menggigil tangan, perit dada. Tak sangka ada bait2 curang seawal ini. Setakat kami becinta setahun++ tiada isu curang.
Sebagai isteri saya melayani makan minum dan batin suami mengikut kehendaknya. Suami pun mesra dengan saya walaupun terkadang terlalu leka dengan gaming.
Kami tak PJJ, saya sentiasa ada untuk mendengar luahan suami jadi sepatutnya tiada isu kesunyian dsb.
Soalan saya perlukah saya confront suami sekarang untuk tahu sebab ataupun perhatikan progress chat dia terlebih dahulu.
Saya mengharapkan dia berubah jika ditegur namun dalam masa yang sama bimbang dia masih meneruskan dengan cara yang lebih berhati2 (sorok hp dsb..). Apa yang perlu saya lakukan?
Sang suami, jika kau membaca luahan hati isterimu ini. Ingatlah jerih payah kita demi menghalalkan hubungan ini. Takkan secepat ini kau berpaling pada aku yang selalu setia dan berkorban untukmu?
Apa yang kau cari lagi. Tidak cukupkah senyuman yang kau ukir di majlis kita di saat orang memuji isterimu cantik dan sebagainya. Apa kurangnya aku..
– Sang Isteri Terluka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tegur suami supaya tinggalkan tabiat itu. Lama2 jadi addicted. Jika boleh buat aktiviti bersama utk isi masa terluang spt bersukan, sight seeing atau gaming sekali.
Semoga dipermudahkan urusan puan
Berdepan dan terus terang. Tanya apa keperluan untuk dia ada app tu. Xperlu tunggu. Cantas je terus sblm melarat. Tp sembang dalam keadaan baikla. Jgn terus melenting.
Terus confrant dgn cara baik dgn suami…dugaan banyak UTK para isteri skrg.dlm dunia internet serba canggih skrg ramai para suami cenderung membuat onar diblkg isteri spt berwasap .tengok video lucah ..tengok perempuan seksi .malah ada yg brzina. semuanya itu akhirnya mengundang keruntuhan rumahtangga ..
So para suami tolonglah perbaiki akhlak kamu jadilah suami yg baik ..ditakuti ramai yg akan bercerai berai kelak.
Saya rasa betul dah tu. Tegur dan minta penjelasan dr dia dulu. Kalau semua layanan dah dipenuhi kenapa nak hai dgn org lain lagi. Kalau tiada perubahan, boleh la fikir utk cari suami lainn.
sblom tdo, confess elok².. benda mcm ni kena ada strong communication between of you. btw, sy pun bkawin dan kenal dri dating apps. Byk cabaran nk kenal diri pasangan sndri.
Tanya suami, nak jadi single balik ke? Kalau ya, awak pun dah boleh mula cari suami baru. Jangan pendam, jagan diam.
Awak patut bertindak sesegera mungkin bila dh tahu suami mula nak curang seawal kurang 6 bln brkahwin. Tolong diri sendiri dulu. Tenangkn hati, berdepan dgn suami dgn soal ttg apps dating tu semua. Bgtahu yg ada cubaan mengayat di apps tu lepas korang kawin. Tanya dia, utk apa buar mcm tu klau dh ada bini depan mata. Bgtau dia, klau x ada masalah, hidup tenang2 je, jgn cari masalah lain masuk dlm khidupan berumahtangga awak brdua.