Curhat & Doa Dari Kerisauan Untuk Berumahtangga

Teringin….

Rasa diinginkan selalu,

Rasa disayangi dengan sangat jujur dan ikhlas,

Rasa ingin melihat senyuman dan raut mata yang ingin melindungi diri ini sepenuh hati.

Jujur aku katakan,

Untuk menemukan seorang lelaki yang bisa berjanji mencinta dan menjaga sampai mati,

Bukan yang hanya menagih seksual,

Hanya ingin menikmati senyum tapi lari dari tangis, rajuk, galau dan resah diri.

Dimana kucari lelaki yang sanggup hidup bersama,

Tak niat menduakan walau bisa diduakan.

Lelaki yang akan menatap dalam mata dan wajahku setiap hari, mengungkap kasih dan terima kasih walau hanya lewat tatapan mata.

Berjanji melewati bahtera perkahwinan dengan kebersamaan,

Tidak berkira dalam memberi dan mahu menerima.

Lelaki yang akan kuhargai dan kuhormati,

Yang kata katanya bisa kuangkat menjadi pegangan diri,

Yang sentuhannya membuat aku rasa selamat, dilindung dan disayang.

Wujud ke lelaki seperti itu untukku?

Rabbana hab lana min azwajina wa dzurriyatina qurrata ‘ayun

Waj’alna lil muttaqina imama

Ya Allah,

Rezekikanlah aku pasangan yang mencukupi sehingga aku tak perlu keluar ke medan fitnah untuk menjemput secebis rezeki.

Ya Allah,

Rezekikanlah aku pasangan yang kata-katanya dan tangannya tidak kasar dan tidak kesat agar aku bisa sentiasa menghormatinya dan menyayanginya.

Ya Allah,

Rezekikanlah aku seorang suami yang soleh, yang mendahulukanMu berbanding dirinya sendiri.

Agar aku tak perlu lagi menapis setiap arahannya kerana yakin setiap pilihannya adalah benar dan terpandu. Dan supaya aku bisa mentaatinya tanpa ragu.

Ya Allah,

Hari hari yang sukar ini pasti kan berlalu,

Hari hari indah, cerah dan bahagia akan tiba sekejap sahaja lagi.

Kurniakanlah aku secebis kekuatanMu, kesabaranMu, kemaafanMu dan kelapanganMu,

Agar aku bisa lewat dunia ini dengan ridhaMu..

– M (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Semoga doa2 mu dimakbulkan Allah SWT.. namun, walau apa pin taqdir-Nya, kmu harus ‘bersedia’ utk sebarang kemungkinan, kerana kita tidak dpat ‘menebak’ apa yg bakal terjadi di kemudian hari, kerana itu semua adalah ‘rahsia Allah’.. dan sekiranya yg ‘tidak diingini’ tetap berlaku jua, walaupun kmu dah istiqorah dari awalnya, berusaha sebaik mngkin, dan memanjatkan doa2 yg baik saban waktu tahajud.., anggap lah itu semua adalah tanda kasih sayang Allah, yg merindukan suara hamba2-Nya mengadu, merintih & merayu kpd-Nya yg senantiasa mendengar dan mengurniakan yg ‘terbaik’ buatmu, walau pon kdg2 manusia sukar menerima ujian dari-Nya.. apa2 pon, jgn lupa bersyukur dan redha atas segala kerentuan dari-Nya. Wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *