Hati-hati Memilih Pasangan

Perkahwinan aku bertahan 2 tahun sahaja dan ada seorang anak lelaki. Namun 2 tahun yang aku lalui adalah neraka kehidupan bagi aku. Kini dah 8 tahun dah berpisah dengan suami namun sampai sekarang aku masih tiada keberanian untuk berkahwin. Takut, geram, sedih, kecewa bercampur baur.

Aku berkahwin memang atas pilihan sendiri dan perkahwinan aku direstui oleh kedua-dua keluarga. So, korang jgn nak membawang kata perkahwinan aku tak direstui.

Yang aku tak sangka dan terkejut adalah malam pertama kami sebagai suami isteri. Biasalah malam pertama, tapi keadaan luar biasa bagi aku. Lelaki yg aku kenal dengan peribadi yang sopan malam tu macam bukan dia yang aku kenal.

Dia boleh angkat aku pastu campak aku kat katil. ikat aku macam lembu . aku cakap la sabar sayang, orang ramai kat luar secara berbisik. Hati aku dah tak tenteram dah. Ye la, rumah aku rumah kayu lama. Ada ruang udara kat atas. Memang kalau berbisik pun dengar. Tapi dia macam tak sensitive. Dia teruskan juga. Aku meronta dan bila ada bunyi katil aku stop. Taknak orang luar dgr dan fikir bukan2

Tak lama lepas tu dia boleh ambil tripod pula. “Eh sayang nak buat apa tu.” Ayat dia memang buaya la. “utk simpanan sendiri ja”. Malam tu aku bermula dengan sakit dan air mata. Sampai bila-bila aku ingat. Rakaman tu sampai sekarang ada.

Dalam tempoh kebanyakan bila kami bersama, dia akan rekod. Pernah aku tolak tapi dia punya marah aku tak dapat handle. Aku tak faham kenapa sampai nak rekod. Lepas sesi kaunseling, kaunselor ada cakap itu ada tanda-tanda nak cuba-cuba atau porn addict.

Tapi suami aku dia tak porn addict tapi macam satu habit dia. Aku dah check dah everything. Dia macam obsess dengan aku je. Kita orang pompuan bimbang la kalau dapat kat tangan orang lain mana nak letak muka.

Sebab aku dengan laki aku bercerai sebab bagi aku dia dah melampau batas dengan nak bersama kat tempat-tempat yang agak terbuka. Dia kata trill baru seronok. Hotak dia. Dia pernah paksa bersama dalam kereta, kat balkoni, tepi tingkap, depan sliding door. Pernah juga on “back door” tapi lepas sakit nak memerut aku bagi excuse la. Nasib baik dia tak memaksa. Masa kahwin tu bila laki nak, aku sebagai isteri taknak kena turutkan la sebab dulu takut nusyuz. Lepas dah kaunseling, better kita elakkan dr buat apa-apa kehendak dia yang bawa mudarat dan tak jadi nusyuz pun if kita tolak.

Korang kalau ada apa-apa yang berkaitan masalah rumahtangga better dapatkan kaunseling atau nasihat dari orang yang memang ada kelayakan untuk menasihatkan dan membantu korang jalan keluar. Pilih la jodoh korang dengan betul. Zaman sekarang korang kena more memilih utk kebahagiaan korang juga.

– Kak Ca (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Nak ‘pilih’ mcmne, kalaw fasa tu kita x lalui lg.. lain la klau mse berkenalan tu, dia ada mnunjukkan sifat ‘rakus’ or ‘ganas’, itupon mcm x kan terjadi, klaw mmg jaga batasannya.. mngkin solat istiqorah dpt ‘membantu’.. takut org yg kita kenal dgn ‘sopan santun’nya akn jd “monster” sejak dari mlm pertama lg.. na’uzubillah

  2. aku rasa kat malaysia dah kene start buat screening wajib dah untuk orang apply nak kahwin
    bukan setakat screening HIV/AIDs je. tp kene screening wajib mental health jugak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *