Pernah Ke Kita Betul-betul Tanya Diri, Apa Impian Kita?

Tertengok temubual Andika Putra, orang tanya dia apa impian dia. Dia kata dia nak beli TRX. Ok, tak pernah ada lagi orang niat nak beli TRX. Tapi aku terpikir jugak macam mana dia nak buat dan kenapa dia nak beli TRX kenapa bukan Burj Khalifa?

Aku pun teringat bila orang tanya apa impian aku, apa yang aku nak buat. Aku selalu mengelak nak jawab. Bukan sebab tak ada, tapi sebab taknak orang pikir aku mengarut dan kritik sampai aku sendiri rasa benda tu mengarut.

Elak jadi span untuk elak terserap air busuk. Aku rasa kalau impian nak ada rumah, kereta, tanah besar. Itu satu impian yang cetek yang tak memuaskan bagi aku. Itu pendapat aku je la.

Sebenarnya ada dua orang je yang tahu dan dua orang ni sangat yakin aku boleh capai satu hari nanti. Takde lah besar sangat impian aku. Aku simpan niat ni dari 16 tahun.

Iaitu aku nak buat sekolah. Haha. Asasnya, sekolah aku tu nak ajar apa yang sekolah kita tak ajar.

Sukatan yang sekolah sekarang ajar tu bagus dah, tapi persoalannya, kenapa ramai lepasan sekolah tak pandai survive. Bukan takat tu, tapi tak pandai nilai fakta, dan tak pandai buat keputusan. Aku fikir puncanya ialah tak pandai berfikir je. Bila pandai fikir, automatik boleh selesaikan bab bab tu.

Bila tak pandai fikir, itu yang ada fikir teh susu takde gula tapi ada susu je tu.

1) Jadi aku impikan sekolah tu akan tekankan Keluasan agama. Ajar semua mazhab dan ajar cara nak harmonikan semua tu, falsafah agama, makna perjuangan. Aku nak wujudkan slogan ‘Ijtihadic Thinking’ hahaaa

2) Kedua ialah bab keewangan. Aset, liabiliti, pelaburan, pengurusan cukai, cara elak kena scam, dan tanggungjawab keewangan.

3) Ketiga pulak ialah ilmu keusahawanan dan cara buat bisnes. Macam mana nak daftar perniagaan, nak bina ‘business plan’, faham market, digital marketing, cari peluang. Tukar masalah orang jadi peluang. Kenali Casfhlow Quadrant. Ringkasnya cara nak tambah pendapatan.

4) Keempat ialah subjek pemikiran kritis. Ini yang akan diberi penekanan utama. Macam mana nak wujudkan insan yang boleh analisa maklumat, lihat dari pelbagai sudut, dan nampak apa yang diluar kotak. Bukan apa, zaman sekarang maklumat datang bagai tsunami, kalau tak pandai tapis, memang hanyut.

5) Kelima ni pun penting jugak iaitu subjek Emotional Intelligence. Kita nak lahirkan pelajar yang boleh rasa empati terhadap manusia, binatang dan alam pada masa yang sama pandai urus stres, emosi, trauma, kritikan, tohmahan dan pujian. Matlamatnya ialah mental juara, bukan mental koyak.

6) Keenam ialah ilmu ‘fitness’ dan kesihatan. Kita nak didik betul-betul nak kena makan apa. Protein tu apa, Roti tu apa, jenis-jenis diet. Macam mana orang boleh jadi gemuk dan kurus. Apa maksud kadar degupan jantung. Senaman apa perlu buatdan cara yang betul supaya berkesan dan elak cedera.

Ya memang subjek pendidikan jasmani tu ada, tapi jauh beza dengan negara luar yang betul-betul ikhlas dalam mendidik. Sekolah kita tak ada gym, tak ada peralatan cukup.

Cikgu PJ pun jenis bawak bola sebijik baling dekat student, cukup masa tiup wisel. Mana pengajaran nya? Itu yang kita tengok orang pergi gym buat senaman suka-suka hati dia.

7) Ketujuh ialah kemahiran komunikasi. Ajar cara berunding, ‘public speaking’, ‘active listening’, cara urus konflik, dan macam mana nak sampaikan idea kompleks dengan jelas.

Kita dapat ubah manusia sebab dapat sentuh hati dia, bukan sebab kita dapat tunjuk kita banyak tahu. Sama macam nak mengorat perempuan lah, semuanya tentang apa yang kita buat dia rasa, bukan apa yang kita cakap.

Semua ni aku tengok sangat lemah dalam kalangan anak bangsa kita.

8) Kelapan ialah pengurusan diri. Yang ni akan melingkupi pengurusan masa, cara nak bentuk disiplin, cara nak bina visi, matlamat hidup, rangka impian, cipta habit dan ‘work-life balance’, atasi kemalasan, cara bercinta, berkawan, bersosial, berinteraksi dengan sihat. Pembangunan karekter, keyakinan diri dan kerjaya.

9) Undang-undang. Yang ni nak diselaraskan dengan undang-undang dunia jugak. Jangan cyberbully, jangan buang kucing, jangan fitnah, jangan cium-cium budak kecik lepas tu upload. Jangan terima kalau orang offer nak bawak barang-barang tertentu. Asasnya biar celik undang-undang.

Jangan itu jangan ini sebab undang-undang kata boleh dan kata jangan. Dah berapa ramai orang muda masuk penjara sebab buat benda bodoh. Nama buruk, bila besar nak kerja susah, lepas tu sambung buat jenayah lagi. Rosak satu generasi.

Setakat ni, itu dulu kerangka besar yang aku nampak, disamping tu sekolah tu akan ajar je subjek biasa yang lain macam biasa ikut O level. Macam mana dan apa nak buat tu, aku tak tahu lagi.

Tapi dah nak masuk 30 ni aku rasa dah kena mula cari jalan. Dan sistem tu aku nak bantuan nasihat orang macam Ustaz Hasrizal Jamil untuk selarikan dengan konsep sistem pendidikan di Finland (Terbaik di dunia setakat ini)

‘Dream’ aku ni bukanlah ada rumah, kereta dan tanah besar ke apa. Bagi aku, itu semua alat je, bukan destinasi. Destinasinya ialah impian tu. Kalau niat nak ada duit sebab nak makan caviar atau naik kapal cruise atau naik kereta ferrari laju-laju, percayalah kita takkan bahagia.

Sebab nikmat ni semuanya sedap mula-mula je. Lepas tu kita nak nikmat jenis baru pulak. Kalau macam tu, berapa je duit yang kita ada kalau nak rasa semua jenis nikmat atas dunia. Boleh baca tentang ‘Law of Diminishing Marginal Utility’

Orang paling kaya dalam dunia pun tak dapat rasa semua nikmat atas dunia. Nikmat kahwin perempuan Caucassian, dia tak rasa lagi nikmat kahwin perempuan Melayu, lemah lembut adat ketimuran. Lepas tu dia tak rasa nikmat kahwin perempuan Arab pulak.

Pucuk pangkalnya, kalau kita mencari kepuasan dengan faktor luaran, kita takkan puas. Tapi kalau cari dari dalam diri, akan jumpa. Sebab sebenarnya kita ni hanya budak kecil yang berusia saja.

Dapat mainan, seminggu main sampai puas, lepas tu baling masuk bawah kerusi. Masa kita kecik, kita hanya nampak sesuatu pada permukaan je bukan pada maknawi.

Kalau ada yang suka dan niat lebih kurang sama, jomlah kawan dengan aku, kita fikir ‘next step’ cara nak capai sama sama ok!

– Luke (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Tahniah.. sgt ‘murni’ dan bagus sekali “impian” awk tu.. klaw kita pergi kursus motivasi dsb., slalu penceramah atau ‘motivator’ tu kta, set ‘goals’ atau impian2 kita tu dgn ‘realistik’, maksudnya yg bole dicapai dgn kemampuan dan kudrat kita, bkn stakat nk buat impian yg x logik utk kita, cth : nk bina sebuah rumah d planet Jupiter, misalnya, kan mcm lbh kpd ‘fantasi’ je tu.. saya teringat, pernah dlm satu sesi ‘hari kluarga’ (lama dah), yg dihadiri oleh ibubapa, adk bradik, ank2 saudara kmi, ada satu sesi di mana setiap ahli kluarga diminta menyenaraikn semua ‘impian hidup’ yg belom dan ingin dicapai.. kmdn setiap seorang akn membacakannya di hdpn semua org.. mcm2 la ‘impian’ yg timbul, termasuklah impian yg x logik atau yg bersifat ‘fantasi’ tu.. setelah beberapa tahun berlalu.., saya perasan bhw ada seorang ahli kluarga yg membacakan impiannya pd ketika itu sekarang ini telah ‘mencapai’ hampir kesemua impian yg dibacakannya pd ketika itu.., walau pon usianya agak muda pd mse tu, tp dia sgt ‘fokus’ kod impian2nya, tidak la terlalu tinggi, tetapi ianya mampu dicapai, dan yg penting, dia amat berusaha dgn ‘gigih’ utk mencapai semua impiannya itu.. taklah spt yg lain2, cuma ‘berangan2’ utk dpt semua impian yg hebat2, tp usaha yg biasa2 shj.. wallahua’lam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *