Sexual Harrasement & Buli Di **** II

Untuk part I, (https://iiumc.com/sexual-harrasment-bully-di/).

Hi sebelum apa apa nanti bacalah entry first, supaya korang tak cakap bukan bukan ke aku.

Aku sebenarnya takde niat pun nak buat no 2 ni tapi maybe cerita no 1 aku tergantung. So entry kali ni aku nak explain sikit lebih details so tak adalah orang kata aku penipu.

1. Video aku tu Wan record separuh jalan. Dia dapat record time aku selak langsir & terjah dia. Dan Wan cakap ke cikgu cikgu yang dia nampak aku berom*en, tapi taksempat record. Sempat record time konon aku dah kantoi.

Cerita tersebar laju. Dari Wan ke warden ke cikgu ke form 1 form 2 form 3 form 4 form 5, acik kantin, acik pembersihan, akak makmal, abang driver. Setiap penjuru **** tahu cerita aku & Ali.

2. Siapa kata aku & Ali tak deny? Aku melutut lutut dekat kaki mak ayah aku. Nangis nangis mak aku. Ali siap sepak sepak tumbuk pintu lagi. Mengamuk sakan dia.

Malang kitaorang, kitaorang tak ada alibi/saksi. Aku dok sorang sorang baca komik, Ali dok sorang sorang tahlah basuh baju ke tidur ke. Tak ada orang yang boleh kata mereka ada dengan kami ketika Wan kata dia nampak kami berom*n.

3. Aku ingat lagi, parents aku & parents Ali duduk semeja. Bincang. Mak Ali pujuk aku. Ayah aku peluk ayah Ali. Korang tahu, aku masih contact mak Ali hingga aku umur 26 kot, last aku contact aku cakap “Aunty Uncle, jemput datang saya nak kahwin”.

Ali datang majlis kahwin aku, aku tak datang majlis kahwin Ali sebab masa tu sarat. Aku rasa dalam 7-8 kali raya aku beraya di rumah mereka, same goes to Ali.

4. Masa parents kami di panggil, ada ustaz cakap begini ke ayah aku, “Encik, jika ada lelaki jahat & perempuan bodoh, jadilah zina”.

Korang tahu Ali buat apa? Dia tempik ustaz tu dia kata apa “Siapa jahat? Siapa bodoh?” Si Wan bebal tu yang bodoh”. Tapi Ali tak kena tampar la sebab ada mak ayah dia.

So korang dah tahukan Ali ni macam mana? Aku rasa sebelum dia pindah sekolah mesti dia bantai Wan tu habis habis.

5. Mak ayah kami, habis habisan bela kami. Kata anak mereka tak bersalah. Apa jawab cikgu dan warden? “Kami ada bukti & cerita dah tersebar satu sekolah. Kami harus ambil tindakan” (inilah main point dia).

Tindakan harus diambil, kerana cerita telah tersebar. Tindakan harus di ambil untuk menutup cerita yang telah tersebar. Kes takboleh ditutup macamtu sahaja.

6. Jadi Ali decide untuk keluar sebab dia kata dia takberminat nak belajar dekat sekolah tu. Dia kata apa “rubbish”. Aku? Cita cita aku nak jadi Dr (walaupun aku tak jadi Dr), masuk **** je aku rasa harapan aku, jadi aku teruskan juga.

Ali success di sekolah luar. Sekarang pun berjaya aku tengok. Aku ni budak Kl, untung dia ada strong character. Boleh bahas (Malay) boleh debate (English), aku ni bukan sesiapa pun. Terkejut juga aku boleh Wan kenen kan aku dengan Ali.

7. Mak ayah aku? Aku yang takcerita dan selalu cakap aku okay. Mesti ada kan korang species macam aku. Tak okay cakap okay, okay pun cakap okay.

8. Wan? Aku pernah search fb dia dalam 5-6 tahun lepas, jumpa. Ada dia wife & anak kecil. Tadi aku search takjumpa dah. Aku search sekali je, takjumpa okay takapa. Sebab malas nak kasi luka lama berdarah.

Dan korang, keadaan 20 tahun lepas dengan sekarang berbeza. Parenting 20 tahun lepas juga taksama dengan sekarang. 20 tahun lepas masuk **** susah, sekarang semua senang.

20 tahun lepas belajar, belajar & berjaya je boleh buat parents bangga, zaman sekarang banyak cara boleh buat parents bangga.

20 tahun lepas cikgu boleh buat apa apa je dekat student, sekarang tidak. Banyak lagi yang korang pun tahu bezanya.

Maaf jika aku ada salah silap bicara. Buang yang keroh ambil yang jernih.

– Gadis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *