13 Tahun Tak Balik Kampung & Tak Menyambut Perayaan

Luahan dan isi artikel aku kali ini ialah tentang 13 tahun aku tak balik kampung.

Hari ini aku melihat ramai yang pulang ke kampung halaman kerana cuti deepavali.

Selamat Hari Deepavali kepada semua kaum India yang beragama Hindu.

Aku anak kelahiran negeri merah kuning tetapi aku ada saudara mara yang ramai dari negeri hitam putih kerana orang tuaku anak kelahiran negeri tersebut.

Kenapa aku tak pulang ke kampung ?

Antara salah satu sebab ialah arwah ayahku.

Kedua aku bukan sesiapa pun.

Arwah ayahku masa aku kecil aku tak tahu sangat apa yang dia buat. Yang aku tahu dia suka main nombor ekor berjudi.

Selepas mak ayah aku bercerai baru aku tahu yang arwah ayahku pernah guna nama sepupu mak aku jadi penjamin untuk beli kereta sampai namanya kena blacklist.

Bukan itu sahaja, arwah moyangku pernah wariskan tanah yang boleh tanam kelapa sawit, kebun getah dan sayur tapi habis dijualnya..

Mak aku tunduk dengan arwah ayah aku. Arwah ayahku suruh jual nak beli kereta dan buat perniagaan tapi tak menjadi.

Dalam banyak tahun itu mak aku yang jadi mangsa sebelum mereka bercerai berai sampai nama mak aku juga diblaclistkan oleh dia.

Masa aku di universiti dia juga paksa aku bagi duit zakat dan elaun padanya katanya nak buat bayar hutang. Pernah aku tak bagi dia kata aku anak durhaka. Kejadian ini selepas penceraian.

Akhirnya dia meninggal jumpa tepi jalan dengan pintu kereta terbuka.

Masa dia ditanam jenazahnya dimandikan aku tak ada walaupun mak aku suruh pergi. Malah aku pergi jalan-jalan tempat lain buat tak tahu.

Adik perempuan aku call aku marah aku sampai menangis kata aku abang tak berguna.

Aku pernah tulis cerita dekat confession pasal adik perempuan aku yang pemalas. Dia jadi malas katanya sebab aku rasa benci dengan aku.

Bagiku aku tak kisah kau dah dewasa aku boleh pilih jalan hidup aku dan kau pilih jalan hidup kau.

Disebabkan itu orang dah tak suka aku, mak aku kenapa nak balik kampung kan?

Jadi aku pilih masa hari raya duduk rumah, dan masa aku bekerja dah elok aku simpan duit pergi bercuti pada masa hari raya.

Dalam annual leave aku tulis pulang ke kampung beraya tapi aku tipu. Aku tak pernah beraya. Solat raya aku buat, cuma beraya ramai-ramai ambil gambar aku tak buat.

Bagiku media sosial hanya tunjuk gambar aku sahaja gambar ahli keluarga tak perlu. Semua benda itu fake happiness.

Aku pula jenis suka bersendirian dan tak suka berkawan dengan ramai orang. Aku buat hal aku.

Masa lepas covid aku start cuti raya travel ke luar negara Vietnam  dan Thailand.

Aku pergi sana sebenarnya tak nak vibe Hari Raya. Bagiku hari raya bukan perkara wajib dan tak penting. Biar hati gembira dari berbudaya Melayu Islam yang penuh toksik dan fake ini.

Freedom and happiness..

– Cari diri sendiri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. saya doakan awak akan dpt kebahagian yg awal impikan suatu hari nanti..sy doakan awak dapat pasangan yg baik & family mertua yg baik

  2. Sejak bapak aku mati, kami sekeluarga tak beraya dah. Sebelum ni kami beraya di sebelah bapak ja banyak. Mak aku pun tak rapat sebelah keluarga dia. Jadi aku cuma kenal belah bapak aku. Tapi belah bapak aku bukan suka kami sekeluarga pun. Pernah bergaduh di pagi raya katanya mak aku macam mem besar tak tolong kat dapur. Kesian bapak aku masa tu. Muka sedih sangat tgk adik² dia cam tu. Masa mak sedara aku mati, aku minta location rumah utk p ziarah, sebab depa pindah rumah baru. Minta location pun payah nak bagi. Macam tak mau kami p ziarah. Bila kami nak balik, depa terima kasih banyak kali pula, macam kami orang luar.

    Aku akui mmg keluarga kami jauhkan diri dari mereka lepas bapak aku meninggal, sbb terkenang depa mmg tak suka kami.

    Entah la, bagi aku semua orang ada masalah keluarga dgn cara tersendiri. So, hargailah orang yang ikhlas bersilaturahim dgn kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *