Aku Lelaki Ada Keinginan Berkahwin & Mencintai Tapi Tak Nak Budaya Melayu Islam

Isi hatiku kali ini ialah bercakap tentang keinginan berkahwin tetapi menolak budaya Melayu islam di negara ini Malaysia.

Sebagai seorang lelaki keinginan berkahwin, mencintai dan dicintai akan ada.

Tapi………

Aku menolak budaya Melayu islam di negara ini Malaysia.

Antara sebab aku menolak ialah aku nak kahwin dengan orang yang aku cinta bukan keluarga mereka.

Bagiku hubungan kekeluargaan yang besar, saudara mara, sepupu dan ipar duai ini ialah toksik dan penuh penipuan.

Sebab apa ?

Bagiku kalau kau tak dipergunakan dan dipaksa. Orang yang kau cinta akan dipergunakan dan dipaksa untuk kebahagiaan dia orang bukan kebahagiaan diri sendiri.

Contoh balik kampung kena jumpa ramai orang ia ialah budaya yang toksik dan bermuka-muka.

Aku pula seorang introvert dan tak suka orang terlalu ramai. Kita kena jaga hati ramai orang sehingga kita yang rasa sakit.

-Budaya bersembang.

Bagiku budaya bersembang ialah perkara buang masa sebab orang Melayu Islam suka bercakap perkara sia-sia salah satu contoh taksub politik dan suka memburukkan orang lain.

-Budaya mak ayah Melayu Islam.

Kebanyakannya budaya mak ayah Melayu Islam suka paksa anak-anak mereka dan masuk campur dalam urusan harta dan rumah tangga orang.

Dipaksa anak kena buat itu ini. Pakai kereta itu ini. Suka membanding-bandingkan. Dipaksa anak kena beranak anak berapa banyak.

-Budaya saudara mara dan adik beradik Melayu Islam.

Benda yang aku tak suka budaya saudara mara Melayu islam dan adik beradik ialah jika kita senang suka pinjam orang duit dan guna nama saudara mara untuk jadi penjamin beli rumah, kereta dan personal loan mereka.

-Budaya narsistik golongan agamawan Melayu Islam.

Antara budaya narsistik golongan agamawan Melayu Islam ialah tegas tak bertempat.

Tegur tak bertempat dan paling toksik ialah bermuka-muka baik depan khalayak ramai tapi belakang ada yang kantoi berzina, main perempuan dan bela anak jahat.

-Budaya budak remaja Melayu Islam.

Rempit, suka buat bising depan rumah orang dan suka hisap vape sembur rokok sana sini.

Sembang bab agama sokong palestin bagus tapi pakai duit mak ayah malas kerja kaki melepak sampai pagi buat bising depan rumah orang. Esok lusa kau jadi mangsa jadi tempat pinjam duit tak bayar.

-Budaya mak ayah melayu Islam membiarkan perangai anak mereka.

Antaranya ialah bawa anak kecil dia orang ziarah hari raya datang rumah orang tapi tak reti jaga anak sampai pecahkan barang dekat rumah orang. Bila ditegur inikan budak-budak.

Aku lelaki ada keinginan berkahwin tapi aku akan menolak budaya keluarga melayu Islam.

– Cari diri sendiri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

17 Comments

  1. Kenapa byk sgt confession daripada cari diri sendiri ni ya? Sekali dia hntr tu mahu dua tiga confession dia
    Utk yg ni, u cari la perempuan anak yatim. Setteled masalah… x pun merantau luar negara cari perempuan muallaf…

  2. Kita geng! Melayu ni jika kahwin kena kahwin dengan keluarga dia juga. Melayu ni suka berdengki..melayu Islam selalunya hypocrite dan sebenarnya dia adalah yang terburuk.. banyak lagi.. tapi melayu dan melayu islam jika tidak membesar dikalangan mereka perangai mereka better. Kena ingat melayu tidak semestinya Islam ye

  3. Kenapa ek byk sgt negatif nye ek? Mcm tak ada yg positif. Jgn pukul rata je.. byk lagi contoh yg bebaik. Sik baca dlm confession ni je.. mmg la luahan hati org yg ada masalah. Sebab yg elok² jarang nak hantar confession. Byk je contoh mertua, menantu ipar duai biras besan

    • ..yg bebaik, harmoni.. cari lah yg positif, jadilah yg positif, jauhi yg toxic . Byk je cara Kita nak jadi baik² saja.. Kita pun bukan baik sgt.. mcm tu juga org lain.. dunia ni masih byk yg ada vibe bebaik.. kalau dah tumpuan kita ke arah negatif, maka negatif la dtg nya..

  4. apa byk sgt toksik sgt fikiran hg..org lain keluarga elok je..sbb semua benda ada kaitan gn hg n family hg ka..jgn la anggap semua family org macam tu..fikir yg baik2 cari yg baik2 dpt la yg baik2. ni blom apa2 dah fikir negative..hg tau dak nti kalau kita mati family adik beradik yg kita fikir negative ni la akn tlong kita. nti kenduri kita kawen adik beradik sepupu sepapat la yg akn mai tolong. nti mana tau kita jatuh terduduk depa ni la yg akan mai tlong..bersihkan hati kita dulu. xpayah nk abik port sgt benda negative. buat xtau ja.masuk telinga kiri keluar telinga kanan.awak tu lelaki xpayah nk fikir lebih2 sgt…maaf jika terkasar bahasa

  5. Circle awak jer yg toksik macam tu. Saya pun melayu Islam Malaysian, tp famili saya takde toksik mcm awak cerita tu. Dan budaya saya budaya positif, balik kampung bagi saya mengeratkan silaturrahim. Adik bradik saya masing2 ikhlas. Jiran2 elok budi bahasa. Saya tak pernah ada kawan yg berhutang atau meminjam atau minta jadi penjamin. Saya rasa fikiran awak yg terlebih toksik, dan terlebih suuzzon/ bersangka buruk pada org lain. Org sekeliling awak sentiasa dipandang buruk, maka buruklah mereka dalam pikiran awak. In fact saya rasa awak ada mental problem. Moleknya jangan cari melayu islam malaysia kalau nak kawen. Ko pegi cari org rusia ke, negro ke…baru padan dgn perangai ko sendiri. Kalau ko kawen dgn org melayu islam, bini ko pasti merana. Sbb bagi ko famili dia pun jahat semuanya. Ko yg ada masalah, jangan pandang satu malaysia yg melayu islam ni bermasalah. Masalah tu dtg dr diri ko sendiri.

  6. Org sll kata apa yg kita tulis, apa yg kita kata tu sebenarnya datang dr hati kita. Tulisan kita tu ialah gambaran hati kita yg sebenar. Klu kita tulis tu penuh dgn kejahatan dn mmburukkn org lain maka sebenarnya hati kita yg jahat dn brmasalah. Jgn la kita perasan Kita yg terbaik sampai nmpk smua buruk ttg org. Tgk dn nilai diri sndri dulu sblm tgk org lain. Sbb sll nya org yg pandang org lain jahat sebenarnya mencerminkn diri sndri. Malang btl la sapa yg berlakikn org mcm ni.. cari la mana² bangsa Pon msti la ada sistem hidup brkeluarga.. mlainkn kau kawen dgn binatang.. yg tu confirm takde isu

  7. keluarga aku okay je, family jenis tak kacau anak-anak yang dah kahwin.. mak ayah sporting tak ambil tahu sangat pun hal rumah tangga anak.. sedara-mara pun kami tak ziarah sangat, sebab masing-masing jenis introvert.. kalau jumpa sedara-mara pun memang jenis tak sembang.. takde topik gak nak sembang.. so rasanya aku faham je perasaan kau tu.. sebab aku pun rasa gitu juga.

    jangan sebab kau biasa tengok orang gitu, kau nak judge semua orang sama.. ramai je family yang tak toksik macam family aku.. cuma kau je yang tak jumpa kami lagi.. kami terlalu happy sampai jiran-jiran dan kawan-kawan aku pun jeles ada keluarga macam kami.. tapi gitulah, kami sekeluarga tak main media sosial. kami tak main ig, tak main tiktok, tak main facebook.. jadi takde rasa nak compare dengan jiran dan orang lain…sekadar hidup bersyukur seadanya.. ada duit lebih kami travel.. sedara-mara kami tak jumpa sangat, jumpa pun setahun sekali je time raya, tu pun yang dekat dekat je.. yang jauh walaupun sepupu papat ada yang kami tak kenal pun..

  8. Em.. belajar la ilmu agama tu sampai habis. Kita ni manusia mmg fitrahnya kena hidup bermasyarakat. Kalau tak.. ha.. mcm ni la pemikirannya~~ peribahasa MELAYU ajar.. “Jgn jd mcm katak bawah tempurung”

    Introvert tu introvert lah.. tapi tak payah la semua kau condemn. Budaya bersembang tu toksik? Silaturrahim pernah dgr tak? Bersembang tu la pemula cara nak kenal hati budi. Tak payah beria pun. Org tanya sepatah kau jwb sepatah. Dah introvert sgt kan.. Mcm mana eh kau hadap life seharian kalau tak suka bercampur dgn org?

    Lagi satu.. budaya mak pak melayu islam membiarkan perangai anak mereka? Come on.. ni mentality. Mungkin circle kau jumpa yg mcm ni je then kau pukul rata semua. Amende~~bersepah lagi mak pak melayu reti tegur jaga anak.

    Again nak ulang.. Sbb tu jgn jd mcm katak bwh tempurung. Usually introvert ni observation dia bagus. So please make use of that. Widen your view.. Read more.. Instead of accuse and complain yg bukan2 💆

  9. Langkah terbaik adalah berhijrah. Contohnya sambung belajar atau bekerja di negeri/negara lain. InsyaAllah akn jumpa pasangan dr keluarga yg tak mcm kita dan beri peluang utk kita berkeluarga. Alhamdulillah rezeki sy jumpa suami sy semasa belajar di U dlu. Saya byk belajar dr keluarga mertua ttg ksh syg tanpa syarat. Sy pun introvert dan tak pandai sembang. Apa yg sy mampu hanya jd pendengar yg aktif. Selebihnya serah pada Allah. Just go with the flow.

  10. Aku rasa ni lebih ke persepsi kot..takde yang betul pun. Untuk ubah persepsi kau yang kenapa orang lain(even aku) tak hadap psl Melayu Islam, kau kena tengok realiti. Tapi apa yang ditulis kira reconstruct of reality.

  11. Alhamdulillah family saya dan circle saya so far takde pun mcm yang encik senaraikan tu.. saya cuma banyak baca benda2 macam tu dari page2 confession.. sekaligus bersyukur dijauhkan dari circle yg encik senaraikan. Saya pun dah berkahwin, dan family mertua Alhamdulillah sgt menyenangkan. Bila berjumpa ramai2 tak ada borak topic politic ata gossip, sekadar update anak masing2 darjah berapa sekolah mana dan benda light2 je. berdoalah banyak2 supaya dijodohkan dengan yang baik dan sekufu. Saya tak sure la kalau circle encik je macam tu, thats why encik skeptical. Mungkin encik kena berhijrah dan cari circle baru, sambil berdoa agar Allah kurniakan hidup yang tenang di samping community yang tenang. Bukan semua Melayu Islam seperti yang encik senaraikan.. kadang2 ia pengaruh budaya, some families membesar cara toxic mcm tu dan benda tu dah jadi gaya hidup dorg yg tak berkesudahan. Paling penting, ubah diri kita jadi yg terbaik agar Allah jodohkan kita dgn yang terbaik juga sbb jodoh itu cerminan diri. Semoga berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *