Hai semua, saya anak bongsu dalam kalangan 6 beradik.
So straight to the point sebab saya bukan seorang yang pandai berkias.
Cerita bermula di mana mak saya sakit lepas saya habis belajar. Plus masa tu start lockdown jadi saya decide untuk jaga mak dengan ayah.
Habis je lockdown, ekonomi mula pulih, saya mula cari kerja untuk bayar hutang belajar walaupun masa tu dapat kelonggaran sebab ramai yang hilang kerja.
Saya cuba cari kerja dekat dengan rumah untuk mudahkan saya kerja at the same time jaga mak ayah.
Well kerja pada mulanya kerja part time then tukar dapat kerja yang bagi gaji basic. Dulu gaji basic 1.2k plus OT then tolak benefit dapat la 1.1k buat belanja harian.
Saya hanya manusia biasa, so pada mulanya agak sukar nak terima kenapa saya yang dipilih untuk jaga mak ayah. Saya habis belajar nak dapat impian kerja yang saya inginkan.
Setiap malam sebelum tidur mesti nangis kenapa saya orangnya. Tapi saya positifkan diri dan redha dengan menganggap ini adalah pahala yang berganda. Bukan semua orang dapat peluang yang macam ni.
At first, saya fikir kenapa susah sangat nak redha then i just realize everytime buka sosial media, saya jealous dengan kehidupan rakan.
Ada yang berkahwin, dapat kerja bagus, dapat beli kereta dan rumah. So saya decide uninstall semuanya then just focus jaga parent.
Then, ayah sakit pula sakit. Masa tu pula, saya dapat kerja baru yang gaji jauh lebih banyak but berhenti disebabkan company management yang tak bagus.
Adik beradik tak cakap direct but mereka berkias like ‘kami berharap pada adik je untuk jaga mak ayah’ so it means like saya tak perlu cari kerja just focus jaga mak ayah yang sakit.
Selepas 3 tahun tidak bekerja dan fokus menjaga parent yang sakit, this year salah satu beradik bakal bersara which is hujung tahun ni dia habis perkhidmatan.
Saya dah mulai cari kerja disebabkan hutang belajar yang tertunggak and mungkin ini masanya saya cari kerja yang saya inginkan.
But beradik lain dah suruh cari kerja dekat dengan rumah sebab alasan tak perlu bayar sewa etc. I’m not an expressive person so always diam sahaja. Maybe saya diajar untuk hormat orang yang lebih tua.
6 tahun saya jaga mak ayah yang sakit dan sudah 3 tahun saya tak kerja untuk jaga mereka. Tidak sekalipun saya mengeluh, penat menjaga mereka cuma salah ke saya berhasrat untuk tanam impian buat apa yang saya inginkan.
Plus bukan saya serahkan jagaan mak ayah pada orang lain tapi beradik sendiri. Adakah sebab dia lelaki tak mampu buat kerja rumah.
Tidak sekalipun air mata saya mengalir ketika saya tulis confessian ni sebab sorry bagi saya orang macam ni lemah plus nangis tidak mampu mengubah nasib.
Adakah saya salah untuk buat apa yang saya inginkan. Orang sekeliling always cakap besar pahala jaga mak ayah but saya dah laksanakan tugas saya sebagai seorang anak.
Saya nak juga ada kerja yang baik dan tbh disebabkan ini saya takde langsung ada niat nak kahwin. Sometimes saya fikir, adakah nasib saya begini sampai ke akhirnya?
– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tahniah kerana berjaya jaga mak ayah..akan ada rezeki besar yg akan awak dapat..sbb sy tgk kawan2 sy yg menjaga mak ayah rezeki diorg berganda2, kerja kerajaan..gaji besar..sabar sket lagi rezeki berganda awak akan tiba.. Pendapat saya apa kata awak mintak upah sket dari adik beradik awk ..x byk sorg seratus pn ok..boleh bayar hutang ptptn awak..sedangkan upah pengasuh pn mak ayah boleh bayar beratus2 inikan anak2 x kan x boleh bayar upah adik yg jaga mak ayah..mmg pahala menanti..mgkin dgn dpt upah semangat sikit awak nk jaga mak ayah
Klaw la adk beradik awk (atau sesiapa pon), tahu akan ‘ganjaran’ menjaga org tua ketika mrk sakit tu, pasti mrk akan ‘berebut2’ utk menjaga mrk, walau pon susah.. bgi kehidupan awk, cuba lah berbincang dgn adk bradik yg lain.., pasti nya mrk pon ‘faham’, sbb mrk dah nmpak ‘pengorbanan’ awk selama ini, terangkn yg awk juga punya ‘life’ dan cita2 yg ingin awk capai.., klau ikutkan dunia pekerjaan dan berumahtangga baru nk ‘bermula’ bagi awk, sdgkan mrk sudah nk tamat perkhidmatan dan merasa dunia pekerjaan dan dapat pendapatan semua tu.. jika mereka rase x mampu nk jaga parents, ambil lah pembantu, mesti mrk mampu, atau pon ‘share’ kos jaga parents tu di antara adk beradik.. semua dah ‘dewasa’ dlm hidup dan pandai2 belaka, xkan benda simple tu pon xlwh nk ‘brain’..? Sya doakn awak akn dikurniakn rezeki yg melimpah-ruah & jodoh yg baik serta memahami.. kalau pon ‘terpaksa’ jugak berkorban utk jaga parents.., ikhlaskan hati, dan percaya bhw pahala yg berganda2 awk akn dpt hingga boleh bawa ke Syurga (insha Allah), dan balasan yg sebaliknya pulak mnunggu mrk yg ‘menolak’ tanggungjawab mnjaga parents ini.. wallahu a’lam bissawab.. 😔