Darkside Kerja Dengan Orang Korea

Dulu aku bekerja dengan orang Korea selama 3 tahun.

Syarikat hebat ada duit banyak dan bertaraf antarabangsa. Perniagaan banyak macam jenis perniagaan ada dari telefon bimbit sampai ke projek binaan. Dapat projek banyak seluruh dunia.

Orang Korea terlalu mengamalkan budaya seniority suka mengagungkan orang tua walaupun tahu orang tua dalam syarikat yang ada pangkat buat salah. Terutamanya budaya rasuah.

Orang Korea suka mabuk balik malam tidur dekat pejabat tak mandi besok terus kerja macam biasa.

Sexual harrasment lelaki Korea. Lelaki Korea suka buat sexual harrasment terutama pada perempuan tempatan. Mereka ingat perempuan tempatan boleh dibeli dan diganggu.

Guna duit syarikat untuk entertainment client tapi dalam masa yang sama guna duit tersebut cari perempuan (pelacur) dan mabuk dengan client.

Suka claim duit syarikat walaupun beli ubat gigi di 7 eleven. Ada juga tipu duit claim dan ada juga guna duit claim cari hotel.

Memperhambakan orang tempatan yang bekerja dengan mereka. Tengah malam manager call aku tolong dia ambil dia tak larat nak bawa kereta sebab dah mabuk teruk. Suka tendang-tendang kerusi kereta marah-marah.

Buat kereta syarikat macam harta mak bapa dia. Mabuk malam-malam letak tepi jalan panggil orang lain ambil. Dia balik naik grab.

Tak hormat budaya orang tempatan. Makan malam syarikat sembur arak sampai terkena dekat akak bertudung yang kerja dengan aku sekali. Arak pula tertumpah dalam makanan ikan siakap tiga rasa sampai aku tak boleh nak ambil nak makan.

Sikap meninggi diri. Abang-abang kerja driver tak boleh makan malam sekali kena duduk luar. Ada level pekerja bawahan tak boleh duduk sekali dalam majlis walaupun staff syarikat.

Jangan pandang dia orang pakai cermin mata nampak nerd. Padahal pervert. Jangan nampak dia orang tua-tua biasa-biasa je. Main politik dalam syarikat dan mampu mempengaruhi orang lain lagi-lagi dalam urusan duit.

Budak perempuan yang minat K-pop. Orang Korea tetap orang Korea. Ada budaya yang mereka tak boleh tinggal. Orang Korea juga suka rasuah.

Lelaki Korea juga ada yang pervert dan merendahkan perempuan. Jangan dok berangan tengok poster lelaki Korea dalam bilik.

– Cari diri sendiri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Itulah ‘fenomena’ yg kita biasa lihat dlm filem2 inggeris atau bangsa2 asing : minum arak, main perempuan, judi dan seumpamanya, kdg2 naik ‘jemu’ dgn situasi mcm ni; bila frust, minum arak, berhibur berlebih2an, membuat onar dan mcm2, last2 bunuh diri atau pon org lain.. dlm hati, bersyukur sgt2 kerana kita masih punya iman & maruah diri, bangsa dsb.., cara hidup begini ke yg kita nk ikut, w/pon hidup mreka nmpak ‘mewah’ & cantik.. kerja macam sistematik, tp kehidupan ‘serabut’, so bersyukurlah dgn apa yg kita ada, mngkin x mewah, tp hidup tenang2 je, mngkin x cantik (flawless n mekap bagai), tp tetap manis dan bersopan.. kekalkan dan tingkatkan lah keimanan kita, insha Allah, kita akn tetap terpelihara.. tutup kalam..

  2. ya betul mcm selalu kita tengok dalam movie/drama org luar negara, sebenarnya yg di tunjuk dalam tu real life diaorang juga.. sebab budaya dan masyarakat diaorang dari dulu sampai sekarang mmg dah terbiasa hidup mcmtu..jadi xde yg pelik bagi diaorang kat sana, tapi bagi kita kat sini kita mengagung2kan org2 luar negara..di puji2 melangit diaorang padahal dia tengok kita level bawahan diaorang je.. kita kat sini sebenarnya jauh lebih bagus dari orang sana dari segi kesopanan dan nilai2 murni sesama manusia..walaupun mmg ada yg baik dan bukan semua buruk belaka tapi baiknya aku rasa klu ada 100 org, dlm dia yg baik boleh pergi 1-5org je la kot..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *