Continue Being Victim

Untuk part I, (https://iiumc.com/once-a-victim-forever-a-victim/).

Aku tukar lah tulis Melayu. Tulis English banyak betul kesalahan grammar dan ejaan. Sebab aku malas cek semula. Type dalam emosi.

Tulisan aku tak banyak komen, tapi, boleh lah orang bagi respon. Aku tak kisah yang tu.

Yang aku kisah, selepas tu bertambah2 lagi kisah paedo yang orang lain alami. Lepas tu naik pulak video mak buat POV suami isteri.

Terus terang aku geli. Aku tak boleh bayangkan apa dalam kepala anak yang dah besar boleh faham apa itu hubungan se**ual.

Yang kemungkinan besar dah akil baligh, boleh terasa perasaan tu bila nak dia buat macam tu.

Jawapan mak dia pun, sekadar lakonan. Aku kesian kat anak dia. Takut tergrooming tanpa sedar.

Jadi macam aku, addicted, susah nak kawal. Sampai aku doa biar aku hilang na**u. Biarlah mati terus perasaan pun takpe. Biar aku hidup sorang2 sampai bila2.

Sampai satu tahap, aku pernah terasa ada perasaan kat perempuan, sebelum lelaki terakhir tu muncul dalam hidup aku. Sebab aku rasa disayangi.

Ingat senang ke hidup jadi mangsa grooming, mangsa penderaan s**su*l dari kecil?

Setengah gila. Bertahun2 ambik ubat. Bertahun2 tak baik2. Ada je benda sikit, trigger. Anxiety dalam semua perkara dalam hidup.

Belum lagi kepala otak ni berperang. Teringin nak hidup macam orang lain, ada suami anak2.

Tapi, dalam masa sama rasa tak layak nak dapat lelaki baik. Tak baik rosakkan hidup orang lain. Sepatutnya dah sedar, lelaki semua tak boleh percaya. Baik hidup sendiri sampai mati.

Berperang dalam jiwa, sampai rasa sesak nafas.

Sudah2 lah tu. Jangan jadi enablers. Ramai betul penyokong. Korang tak diuji anak2 yang digrooming, korang takkan faham. Betapa sakitnya jiwa tanggung semua ni.

Aku sekarang ni harap jiwa aku mati terus. Aku harap aku boleh berhenti harap orang sayang aku. Aku harap aku tak ada na**u. Biar mati terus.

Aku rela hidup tanpa perasaan kalau itu mampu buat hidup aku normal balik. Aku benci diri aku sebab masih harapkan bahagia macam wanita lain, ada suami, mampu ada anak sendiri.

Aku taip ni, tekak aku rasa tersekat. Rasa tak boleh bernafas. Aku tahan air mata. Cukuplah. Jangan tambah lagi mangsa macam aku.

Aku dah gerenti masuk neraka. Jadilah aku salah seorang perempuan yang bakal masuk neraka yang ramai perempuan tu. Lelaki kan semua suci, perempuan macam aku ni kotor, layak ke neraka je..

Aku rasa nak gila.

– Nemo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *