Tolong Aku

Aku B, umur 30 an, ada dua orang anak yang jarak umurnya sangat dekat. Sulong setahun lebih, yang kedua baru 4 bulan.

Aku ada suami yang kadang aku rasa dia tak guna. Sebab hal-hal rumah aku yang uruskan.

Hal-hal hidup dia pon aku uruskan. Dari sebesar2 hal sehingga sekecil2 hal. Semua benda aku kena ingatkan, semua benda aku kena siapkan. Umpama aku jaga 3 orang anak dalam rumah ni.

Bab kerja rumah, kebanyakkan memang aku yang buat. Aku pernah suruh betulkan rel langsir, dia punya nanti sampai aku fedup aku betulkan sendiri. Aku panjat tangga yang masatu aku tengah sarat mengandung 7 bulan.

Aku tak rasa dia bukan macam suami orang lain yang nak cantikkan rumah,

Kalau ada paip bocor betulkan, belikan baju ke make up untuk bini, beli pakaian untuk anak2. Takde langsung husband material tu. Biasa aku yang beli. Barang2 dapur lagilah, beli barang bila dia rasa ada duit baru nak beli.

Sejak akhir-akhir ni, aku punya baran boleh jadi gila. Bila ada benda tak kena, aku tantrum macam budak kecik. Aku baling barang, hempas badan, pukul diri sendiri. Yang paling sedih, anak-anak aku jadi mangsa.

Kadang aku jerkah dia, kadang aku cubit dia, kadang aku kurung dia dalam bilik. Padahal umur dia baru setahun lebih. Gila kan! Aku benci diri aku. Tiada siapa yang tahu aku macamni, kecuali dia.

Bila jadi macam tu, aku tahu mental aku dah teruk. Confront masalah aku dengan dia? Dah berbiji pintu dalam rumah ni pecah sebab bergaduh. Kalau berterus terang mahu runtuh rumah ni.

Aku nak mengadu dengan mak aku, aku tak nak dia risau. Aku mengadu dengan mak dia, hambar je respon.

Ayat mak dia, “selagi dia tak naik tangan kau sabar je la nak”. Habis mental aku?

Dia punya perangai, bila kau tengah happy tiba2 dia boleh tarik muka tak nak bercakap. Bila tanya apa salah aku diam macam cakap dengan dinding. Berjam-jam!

Pernah puncanya aku tak respon bila dia bercakap dengan aku padahal time tu aku sibuk melayan orang kat majlis dan aku tak dengar pon apa dia cakap.

Kadang aku rasa menyesal berkahwin dengan dia. Aku rasa dalam rumahtangga ni aku banyak dosa dari pahala jadi isteri dia. Mana tak, belakang dia aku sumpah seranah dia.

Tolong aku wei. Aku tak nak perangai aku ni jadi penyebab anak-anak aku rosak. Apa yang perlu aku buat?

– B (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Sis dapatkan kaunseling rumahtangga segera dan tarik suami dtg sekali. Kena segera agar tak memudaratkan mental anak isteri. Dapatkan nasihat dari pakar sis, kadang orang biasa nasihatkan kita tak betul, atau tambah sakit hati bukan menyelesaikan masalah. Tp please jgn sampai libatkan anak ya.. saya tau sis mak yg baik.. jgn lepaskan pada anak, dapatkan kaunseling segera. Semoga Allah permudahkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *