Surgery Gegendang Telinga Pecah

Hi readers, Tweety here. Aku nak cerita tentang satu pembedahan yang telah aku lalui baru baru ni. Basically surgery ni aku kena buat sebab gegendang telinga aku dah pecah (berlubang) both of my ears, tapi belah kanan lubang besar berbading kiri.

So cerita dia macamni, aku memang dari dulu waktu sekolah ada masalah telinga ni, telinga aku selalu berair, keluar cecair kuning dari telinga dan berbau busuk. Kau bayangkan time aku form 1, telinga aku berair warna kuning, dahla aku pakai tudung sekolah putih. Ko rasa?

Yep, habis tudung aku kuning kat tempat telinga. Malu weh. Telinga kalau keluar fluid, any liquid yang BERBAU. That must be infection. So kalau telinga korang macamtu cepat cepatla pergi klinik sebelum BERLUBANG.

Haa, kalau nak tahu punca gegendang telinga ni berlubang ada banyak factors antaranya ialah infection, terjadinya infection mungkin boleh dari dalam badan kau sendiri tanpa kau korek ke apa tu panggil middle ear infection tak silap.

Kedua, korek telinga, tak kisahlah kau pakai apa cotton bud ke lidi atau yang besi tu sekalipun. Walaupun kau cakap kau korek tak dalam sampai tak kena gegendang, it can lead to infection juga sebab benda tu dari luar kita masuk dalam telinga en.

Kalau kau steril sekalipun jangan korek, tisu telinga kau boleh infected juga, lagi ii kalau yang telinga gatal tu acacah nak garula pakai putik kapas, dia punya kuat gosok ii dinding telinga bukan main syahdu last ii luka, jerawat, berdarah. Hahaaa aku latu.

Satu lagi kalau sakit telinga jangan terus pergi beli ubat titis telinga kat farmasi atau yang dah ada kat rumah. Pergi la klinik dulu, kalau dari yang describe kan ubat tu baru kau pakai. Kalau nak tahu gegendang telinga kau berlubang ke tak, tutup hidung kau dengan jari, hembus angin dari hidung sambil kau tutup hidung tu sampai mulut kau kembung, kalau kau rasa angin keluar dari lubang telinga tu maksudnya, berlubanggg.

Haa, yang ketiga, earphone & headphone. Sejak aku tahu gegendang aku pecah terus aku tak pakai earphone sampai lah sekarang. Disitu ada khidmahnya, kalau kita kena sesuatu baru la nak ambil kisah right?

Tapi aku bersyukur sebab bila aku pikir pikir balik, Allah bagi aku ruptured eardrum yang berumur masih sangat muda, im young adult, so lepas ni tak delah aku buat kesilapan yang sama.

Dr pun tak bagi aku pakai earphone mahupun headphone dah lepasni, memang bole je pakai asal sekejap. Tapi sekejap kau tu berapa lama? 1 jam tu tak kejap ya hahaha, 1 jam straight. Kejap 10 15 minit ya tu sekejap. Ada yang kata headphone lagi better dari earphone kan sebab earphone kan dekat dengan ear canal.

Aku setuju, tapi yelah tetap tak boleh dengar lama ii, volume pun jangan rancak sangat. Lepastu kalau kau nak tahu gegendang kau pecah, bila kau pakai ubat titis, telinga kau pedih sakit gila. Pernah tak? Aku pun baru tahu haritu patutla aku titis telinga kanan sakit gila and dah tak pernah guna ubat titis kat telinga tu. Telinga kiri ok je sebab gegendang kecil.

Dr ada juga bagi ubat titis haritu tapi yang tu untuk mati kuman jela sebab msetu telinga aku infection radang dari dalam, jadi air tu datang memercik keluar dari dalam bukan luar, aku punyala ingatkan telinga berair ni datang dari air mandian kita tuje.

One more thing aku lepas je tahu aku dpt telinga berlubang ni aku mandi memang pakai earplug khas untuk mandi/berenang, senang cite untuk block air dari masuk la. Aku beli brand ‘ Mack’s ‘. Mahal sikit sebab brand luar negara tapi quality memang bagus. Tak besar sangat so muat la masuk ke lubang telinga tu, rasa macam silicone mahal berbanding yang rm1 lebih tu.

Jangan kau beli yang foam earplug pula, tu tak boleh kene air, kalau kena air jadi kembang la, tu untuk soundproof je bukan untuk water activity. Benda tu reuseble, jadi tak rugi la beli walaupun 30 hinggit untuk sepasang telinga. Walaupun telinga korang ok, sihat, pakai jela earplug ni.

Bagi aku semua manusia kat dunia ni wajib ada earplug untuk kita pakai masa mandi. Walaupun nampak remeh, ada yang masuk air dalam telinga boleh keluarkan balik dgn cara masukkan beberapa titis air lagi lepastu miringkan kepala.

Tapi majority orang kita banyak rupanya masalah telinga ni. Mana taknya, kat sekolah pernah ke ada kempen kesihatan Orl/Ent, majoritynya pasal kesihatan gigi. Dari situ aku sedar lah, semua bahagian badan/organ yang Allah anugerahkan kat kita ni berharga. Yes semua, daripada kelenjar pineal (the smallest organ in human body) sampai la bahagian terbesar (kulit).

Okay sini aku nak cerita masa aku menjalani pembedahan untuk tampal balik gegendang telinga aku yang dah pecah/berlubang (perforated eardrum) ni. So both of my eardrum has ruptured.

Ada orang yang eardrum dia tak perlukan surgery sebab boleh tutup sendiri tanpa pembedahan but with ubat in some cases. Tapi untuk aku memang tak boleh tutup sendiri la sebab tu kot my orl doctor suggest untuk surgery.

Ok ok so macamnila cerita dia. Aku memang dah lama ada masalah telinga macam yang korang baca kat atas. Tapi on off on off kejap berair kejap okay. Cuma telinga kiri je berair kanan tak pernah berair. Tapi kalau dah berhenti berair tu, bila aku start korek telinga balik mesti akan berair balik, jadi benda tu asyik berulang ulang.

Tapi bila pergi klinik am, mesti dari akan bagi ubat titis and sama je sebab dulu aku jenis suka korek telinga, bila lepas korek telinga akan keluar air. Lepastu letak ubat titis, air pun berhenti keluar. Lepastu korek lagi haa macamtula seterusnya.

Earphone jangan cakap, aku dengan earphone dan macam qorin sendiri. Memang kat rumah ni ada 5 ke 6 earphone baru yang belum dibuka. Sebab earphone aku ni sound dia berkualiti la juga tpi murah so senang rosak dalam 3 4 bulan rosak jadi slalu beli baru. Tu yang ada stock kat rumah. Memang wajib la pergi mana mana pakai earphone. Dengar lagu dan tengok youtube.

Kalau lagu tu pernah je sampai 100%. Sampai satu hari dah 100% tapi masih tak kuat aku pergi pulak download apps untuk tambah volume. Tapi aku rasa selain telinga aku jahanam, earphone tu pun lama ii jadi slow sebab murah en. Senang cerita earphone dengan aku memang berpisah tiada.

Malam pula time nak tidur suka dengar podcast “Malam Seram” atau youtube storyteller sampai tertidur so tak buka la earphone sampai la aku bangun. Air masuk dalam telinga banyak kali, aku taktahu la orang lain mandi elok je tak masuk air, tang aku mandi air mendadak masuk bagaikan hujan rahmat. Telinga aku ni takdelah capang pun sampai senang masuk air.

Jadi pada tahun ni dalam bulan April macamtu, telinga aku belah kiri tak dengar. Bukan tak dengar langsung, tapi kurang dengar. Tapi sangat banyak la reduce tu kalau aku boleh kata macam 70% macamtu. Dan aku rasa dalam telinga ada air yang umbang ambing macam ombak.

Aku pun pergi klinik swasta, cakap dengan doctor telinga tak dengar dan rasa ada air. Tapi air tu tak keluar pun and tak mengalir keluar sebab air tu dkt middle ear. Doctor tu check dia cakap gegendang telinga aku pecah. Dia la doctor pertama yang scop telinga aku dengan betul ii.

Selamani aku pergi klinik sebab telinga berair aku pun taktahu la macamana doctor tu tak nampak yang gegendang aku pecah. Aku tak tahu dia graduate dari mana. Nak kata baru baru je, noo. Sebab masa aku pergi pakar, dari kata nampak macam dah lama, sebab ada parut.

Lepastu bila dari kata gegendang aku pecah, aku sangat ii terkejut tak terkata. Sebab tu one of my fears ah senang cite dan aku takpernah bayang benda tu akan jadi kat aku. Apalagi, aku menangis weh depan doctor. Tapi doctor tu comfort kan aku dia cakap, “jangan nangis, benda ni bukannya takboleh dirawat”.

Then dari situ sebab ruptured kan jadi dia takboleh buat apa jadi dia bagi surat refer untuk ke hospital. Keesokan harinya bermulalah journey merawat gegendang telinga pecah aku kat hospital bersama pakar ENT atau bahasa lainnya skrg yang dah tukar kpd ORL iaitu Otorhinolaryngology

Ear, Nose and Throat Specialist, btw lepas beberapa minggu telinga aku dengar semula sebab air jernih banyak juga la keluar dari telinga ni, aku rasa tu air masa mandi yang masuk. Haa, doctor pakar yang aku jumpa yela sebab kes berat. Jadi mulalah, kena endoscopy hidung dan telinga.

Endoscopy hidung sangatlah syahdu, macam korang ambil swab test tu haaa tapi lagi dalam hehe. Tak sakit pun cuma rasa la ada benda masuk, kadang ii sakit juga la sebab hidung aku ni senget. Jadi sebelah sempit. Janganla risau sebab aku yakin mostly hospital lain akan spray dulu ubat dalam hidung tak nak bagi sakit sangat.

Tapi untuk hospital aku ni aku sangat bertuah sebab dia tak spray apa ii terus jolok. Lepastu bila dah check ii tengok dari akan anggar sendiri brp % lubang kau tu masa endoscopy. Macam aku cakap tak semua orang perlukan surgery.

Lepastu dari suruh aku buat hearing test. Kau akan masuk satu ruangan/bilik yang kedap bunyi. Lepastu pembantu yang jaga situ akan bantu kau buat hearing test, kau akan diberi headphone khas dan satu alat untuk kau tekan setiap kali kau dengar bunyi.

Lepastu daripada tu dari test tekanan dalam telinga aku, dia macam earphone juga tapi dia akan beri tekanan dalam telinga so telinga kau akan rasa macam kau naik bukit atau kapalterbang tu sekejap. Tak sakit pun. Lepastu dari pun bagi tarik untuk bedah.

One day ni dari call aku dia cakap ada slot kosong untuk surgery ni aku pun dtg, tapi masa niiii telinga aku pula ada infection so berair. Ha lupa nak bagitau yang korang kalau diberi tarikh bedah korang kene jaga telinga elok ii tak boleh bagi berair. Korang pun kena sihat walafiat tak demam selsema batuk kalau tak hari pembedahan akan ditunda dan jadi lambat la nanti.

So macam aku haritu telinga kena infection takdapatla nak buat. So dari bekalkan antibiotik untuk bagi kering dulu. Dr kata kalau tak kering akan ada surgery yang lain, kiranya telinga tu dah tak boleh sembuh dgn antibiotic la. Nak dijadikan cerita telinga aku alhamdulillah sembuh.

Ohh ya, dan itu first time aku dapat antibiotic untuk rawat telinga infection setelah bertahun tahun selama ni dari kat klinik biasa cuma bagi eardrop je. So dari bagi tarikh baru and aku pun dibedah. Tapi dari buat sebelah ii walaupun dua ii belah aku punya pecah. Sebab dia nak tengok takut graft tu tak melekat kira fails la rugi ha macamtu.

Aku menjalani tympanoplasty surgery. Graft (patch/tampalan) untuk tampal balik gegendang telinga aku dia ambil melalui conchal cartilage graft. Boleh search kat youtube kalau nak tahu macammana dia buat. Surgery ni is a major surgery so kau memang kena bius tidur la.

Lepas daripada aku keluar bilik surgery tu agak sakit la telinga aku kalau aku boleh rate dalam 4/10 dia punya sakit. Tak terlaluuuu sakit tapi sakit haaa. Lepastu esoknya aku dah boleh balik. Dr bekalkan aku ubat selsema/ allergic/ gatal & paracetamol walaupun aku sihat walafiat sebab dia tak nak bagi terkena sebab nanti effect surgery yang baru buat tu.

Jadi dalam beberapa minggu selepas surgery ni aku kena jaga kesihatan aku supaya tak de semua tu, aku juga tak dibenarkan meneran semasa membuang air besar, hembus hingus, jangan bagi air masuk dalam telinga, tak boleh air travel dan buat kerja ii berat untuk a few weeks/month.

Apa yang aku boleh cakap, lepas surgery sakit juga, lepas 3 4 hari sakit akan slow ii hilang. Cuma sakit tempat yang dari ambik graft bahagian jahitan. Sakit kalau aku sentuh, kalau tak sentuh tak sakit pun. Aku pun dah buka jahitan dia selepas seminggu dan alhamdulillah telinga aku tak sampai seminggu dah fully close dari kata cuma kene jaga juga sebab baru lagi so tak kuat.

Lepas pergi appoiment yang tu dari bagi lagi aku appoiment untuk hearing test semula selepas sebulan dan lepas tu inshallah dari akan bagi tarikh untuk buat yang telinga lagi sebelah ni. Nasihat aku jangan memandai pakai eardrop, aku pun lepas ni dah tak kan pakai mana ii eardrop kecuali dari description doctor.

Jangan korek telinga langsung. Pergi bersihkan kat klinik, tak sakit pun sebab dari pernah vaccum telinga aku mase aku dtg tarikh bedah awal yang tak jadi sebab telinga aku berair tu. Tak sakit pun sebab memang tak kacau gegendang kau cuma bunyi agak kuat sebab dia angin kan. Tapi aku taktahu la yang ear cleaning biasa yang ada kat klinik ii biasa dia pakai apa atau memang benda tu.

Third, kalau boleh, KALAU BOLEH.. tak perlulah ada earphone dalam kehidupan kita ni. Hehe kalau boleh. Atau macam yang aku pesan kat atas ni.

Keempat, pakai earplug masa mandi/ berenang/ mandi hujan/ pergi waterpark. Yang suka pergi konsert ii tu pakaila earplug. Dia bukanla pekakkan kau langsung dia ada la berapa banyak dia reduce sound untuk jaga telinga kau tu. Still boleh dengar.

Aku lepas ni kalau nak tengok wayang pun kene pakai la earplug ni. Maklumlah dah insaf. Jangan sampai suatu hari Allah tarik nikmat mendengar kita. Walaupun aku haritu bukanlah sebab tak dengar betul tapi sebab tersumbat air je. Jagalah telinga anda, bukan telinga je semua organ lah.

Thanks yang sudi baca sampai sini, ada ayat yang agak melalut sebab aku dah penat type weh sorry sangat. Semoga kita semua ambil iktibar dari story kalini. Peace.

– Tweety (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *