Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman sebagai mertua setelah membaca banyak cerita mertua yang tidak dapat menerima menantu seadanya.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat dijadikan teladan yang baik.
Saya berusia lewat 40an. Sudah ada dua menantu. Seorang menantu lelaki dan seorang menantu perempuan. Kedua-dua mereka adalah pilihan anak-anak saya sendiri. Tiada campurtangan dari kami.
Kami terima mereka ke dalam keluarga kami dengan penuh gembira dan bersyukur atas anugerah dan rezeki Allah kepada kami.
Menantu perempuan berusia 26 tahun merupakan ibu tunggal. Bermaksud saya mendapat cucu yang sudah berusia 2 tahun. Cantik jelita, pandai masak, baik budi pekerti.
Menantu lelaki pula berusia 35 tahun. Seorang yang pendiam tetapi sangat bertanggungjawab. Kedua mereka sangat menghormati kami sebagai mertua dan seluruh keluarga.
Apa yang ingin saya ketengahkan adalah sikap kita sebagai ibu mertua. Setelah anak berkahwin, mereka berhak membina keluarga sendiri tanpa campurtangan kita sebagai ibuayah.
Berikan mereka peluang dan ruang membina keluarga dengan acuan mereka sendiri. Jika mereka perlukan bantuan kita, maka hulurkan dengan ikhlas.
Jangan sesekali menyusahkan anak-anak. Seperti minta dibelikan barang- barang peribadi kita, sibuk mahu mengikuti mereka bercuti, mengarah mereka apa yang perlu dibuat. Itu semua tidak perlu.
InsyaAllah, selama menjadi mertua, kami tidak menyusahkan anak-anak. Kami akan bertemu sekurang-kurangnya sebulan atau dua bulan sekali.
Kami akan sewakan homestay untuk kami berkumpul beramai-ramai. Kami akan bawa makanan untuk dimasak dan semua belanja kami sebagai mertua keluarkan.
Anak-anak akan bawa juga makanan dan bergilir-gilir keluarkn belanja jika makan di luar.
Kami tidak berkira untuk berbelanja dan membelikan hadiah untuk anak menantu dan cucu. Kami layan semua sama sahaja.
Setiap kali berkumpul, saya yang akan sibuk menyediakan juadah makanan. Seronok melihat anak menantu makan apa yang saya masak. Saya juga yang sibuk melayani cucu yang manja dengan saya dan suami.
Saya yakin, keikhlasan kita menerima menantu dalam keluarga, akan Allah hadirkan rasa tenang dan bahagia.
Melihat anak-anak bahagia dengan pasangan masing-masing, sudah tentulah kita sebagai mertua terlebih bahagia.
Tidak lama lagi saya akan menerima dua orang cucu dalam bulan yang sama. Semoga kehadiran malaikat kecil ini nanti akan menambahkan kebahagiaan kami seisi keluarga.
Ubahlah sikap kita andainya kita sering menyusahkan anak menantu. Doakan agar kehidupan mereka bahagia. Jadikan diri kita sebagai mertua yang disayang menantu dan dirindui oleh cucu-cucu.
– Lalakirana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Puan boleh ckp mcm tu sebab puan masih muda, bawah 50an, boleh drive bergerak sana sana sini sendiri mata masih cerah, kaki masih kuat melangkah. Puan bukan umur org yg menyusahkan anak menantu silap2 cucu pon puan boleh jagakan.
Kebanyakan mentua masalah ni, yg takleh nk bergerak sdn, terpaksa harap anak, menantu sakit hati mula la tak kena itu ini. So tuan puan pastikan bila tua duit banyak anak menantu tatang sepenuh hati. Tak pon boleh amik org jaga kita, grab atau pi rumah jagaan berbayar.
Saya nak komen utk org yg komen kt atas. Dah mak ayah sakit, takda kudrat nak buat itu, sebagai anak mestilah kena tolong. Yang menantu perempuan, bagi sokongan kat suami jaga syurga dia. Nak suruh suami jadi anak derhaka ke? Masa kahwin kata sampai syurgakan. Ingat ye, tanggungjawab anak lelaki memg besar sb Allah nak bagi yg lagi besarrr di syurga. Sebagai seorg isteri yg sihat, pandai berfikir, jangan la ada hasat dengki kalau suami nak layan mak dan ayah dia yg dah tua kurang kudrat tu.
Untuk tt, terima kasih jadi mertua yg memahami. semoga jumpa disyurga nnti. Aaminn.