Kakakku Sakit

Aku ada seorang kakak berumur awal 40-an. Aku kesian dengan kakak aku dan tak tahu nak tolong macam mana sebagai adik. Secara ringkas, dia bekerja di luar negara (negara sejuk), berkahwin dan ada seorang anak.

Aku jarang ada dengan dengan dia sebab dia daripada kecil hingga besar life dia banyak kepada buku dan study. Form 1 terus masuk sekolah asrama sampai ke universiti. Sekolah dan universiti yang dia pergi bukan yang kaleng kaleng banding aku yang biasa je.

Aku sedih sebab sekarang dia tak berapa sihat. Bukan tak berapa, memang tak sihat. Ada anxiety, depression dan hidup bergantung dengan ubat.

Ada banyak factor yang menyebabkan dia jadi macam ni. Turning point masa dia kerja kat sana, ada issue dengan colleague. Colleague dia ada fitnah dia dulu sampai dia terus overthinking. Bagi aku yang jenis malas nak layan, kalau jadi kat aku, aku buat bodoh je. Lantak la diorang.

Tapi tidak untuk kakak aku. Dia tahap fikir bukan bukan tu sampai memakan diri sendiri. Sampai dia tukar tempat kerja sebab tanak hadap colleague dia kat situ. Yelah, orang kat sana, tempat asing macam macam jenis orang & negara. Kakak aku ni pulak Muslim pakai tudung.

Dulu dia yang jenis boleh bersembang, sekarang akan elak duduk dalam crowd yang ramai even dalam family sendiri. Kalau tak nanti dia fikir yang bukan bukan, dan dlm kepala dia akan create situasi yang ish kenapa akak fikir macam tu. Padahal kitorang takde fikir macam apa dia fikirkan.

Ada sekali tu dia fikir ada orang letak something kat phone dia untuk spy, macam tahu apa dia buat. Kejadian itu kebetulan berlaku sama. Ada masa bila aku text whatsapp dia, dia terus fikir macam aku tahu tahu apa yang dia fikirkan. Sampai aku takut nak text dia tiba tiba. Contoh macam tu.

Ada macam satu movie kat Netflix. Dengar macam mustahil tapi tak mustahil. Aku jadi confuse ingat dalam movie je ada pasal spy kat phone ni. Tak mungkin la tapi boleh jadi. Dia kerap tukar handphone & number telefon sebab benda ni.

Mak ayah aku dah kerap ulang alik ke sana untuk teman dia. Sebab dia & husband dia PJJ. Abang ipar aku kerja kat sana tapi tempat lain. Dia akan balik sekali sekala. Mak ayah aku boleh stay paling lama 3 bulan.

Bayangkan, dah asyik ulang alik setahun berapa kali dari Malaysia ke sana berapa riban habis untuk 2 orang. Sekarang kakak aku cuti tanpa gaji ada la allowance sikit. Sebulan sekali akan jumpa doctor pasal sakit dia. Tapi dia kata doctor/therapist tu boleh la tak membantu sangat.

Lately dia kerap call sebab dia rasa anxious and restless. Dia perlukan someone untuk dia bercakap. Kalau tak lagi dia overthinking. Dia bila bercakap dalam telefon memang okay & dengar mcm normal tapi dalaman dia tak okay langsung.

Doktor ada bagi satu ubat baru untuk dia makan. Ubat tu menyebabkan dia jadi restless sampai keluar rumah macam orang gila & sasau. Tapi beza dia pakai baju macam orang normal.

“Akak rasa macam orang gila. Baru paham perasaan orang yang tak betul keluar kat tepi jalan tu. Macam tu la akak rasa.” Dia kata doctor suruh stop makan ubat tu tapi ambil masa nak adjust. Aku pun tak paham la doctor sana tu.

Dia dah pernah dapat rawatan cara Islam berubat kat Mesia baru ini. Ustaz kata ada gangguan sikit. Macam kakak aku cakap, benda tu selalu hilang kejap pastu datang balik.

Sekarang dia stress rumah dia bersepah. Kakak aku ni jenis pembersih gila. Tapi dia cerita sebab dia dah berkahwin someone yang totally opposite dengan dia. Aku malas nak cerita sangat sebab melibatkan rumahtangga. Daripada taktahu, terus tahu perangai yang tak elok pasal abang ipar.

Kakak aku bukan lah nak cerita sangat tapi aku paham dia nak meluahkan je sebab dia sangat stress. Rumah bersepah takde siapa nak tolong semua benda dia kena buat rupanya dari awal kahwin sampai sekarang. Nie part aku tambah lagi kesian dgn dia.

Macam macam aku dah suggest dan bagi solution. Suruh hire maid cleaner datang rumah untuk kemas. Dia kata takde duit, kalau ada pun sorang tu sibuk. Aku suggest suruh pasang music sikit untuk entertain macam nasyid dulu dulu dia suka dengar.

Aku taknak advice suruh mengaji or pasang ayat quran sebab aku tahu benda tu dia memang dah tahu dan mak aku da advice. Btw kakak aku ni kuat belajar agama & ikut usrah dulu. Aku kesian Allah uji dia macam ni walaupun dia ada pegangan agama.

Dulu boleh mengaji lancar, sekarang nak mengaji pun susah nak focus. Dia kata takde duit, tapi kitorang semua tahu husband lebih dari mampu.

Abang ipar aku kerja kat sana bukan kaleng kaleng. Tapi, korang paham paham sendiri. Baru ni balik Malaysia kena scam punca dari link file apk tu. Melayang RM4k. Kesian dia ntah kenapa lurus sangat..

Aku bagi suggest untuk dia balik Malaysia for good, sebab boleh dapat emotional support dari family & ramai orang boleh tolong sikit sikit. Kat sana boleh dikatakan dia sorang-sorang, husband dia jauh kalau ada pun macam takde.

Tapi dia tak berapa nak sangat balik Malaysia sebab dia ada permanent job kat sana, balik mesia kena carik kerja baru belum tentu dapat gaji mcm kat sana. Cuma bagi aku kat sini, dia boleh dapat rawatan dan ada family boleh support. Tapi dia tak nak.

Plus point, anak dia yang dah besar kena sekolah kat sini dan risau culture shock. Anak saudara aku pun tanak sekolah kat sini. Tapi kalau time balik summer holiday dia seronok je balik Malaysia.

Yang aku paling risau pasal dia sebab masalah mental health dia. Susah nak tidur, hidup bergantung ubat, pil tidur, anxious, selaku cakap takut nak mati, risau nak mati. Dia sedih kenapa Allah uji dia sampai macam ni. Dia cakap macam ni je aku rasa useless tak dapat nak tolong dia sangat.

Aku mampu mendengar tapi tak tahu nak tolong macam mana. Mak ayah aku lagi kesian dah tua tua kena teman anak perempuan dah kahwin kat sana.

Aku tak salahkan suami kakak aku. Mungkin dia pun ada bahagian stress dia sebagai suami dan lelaki sebab isteri tak sihat. Dua dua pun perlukan each other untuk support. Cuma of course sebagai adik, aku lagi kesiankan dgn kakak aku.

Aku meluahkan dan mana tahu ada pakar bab bab ni boleh bagi nasihat kata kata semangat untuk aku sampaikan dekat kakak aku.

– Ruby (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Hidup ini tak selalunya indah, n kdg2 penuh dgn ujian & misteri yg tersendiri.., mngkin mse kecil atau muda, hidup seseorg itu seperti indah dan hampir ‘sempurna’, tp apabila dewasa atau mnginjak usia, ujian dtg dgn tak disangka, begitu lah sebaliknya, kdg2 org itu di mase kecil atau muda nya amat sukar & ‘menderita’, tp seiring waktu berlalu, kehidupan nya semakin mudah dan dimurahkn rezeki, w/pon x blajar tinggi.. Semoga kakak awk tabah dlm menghadapi ujian dari Allah swt.. percaya lah, bhawa org yg bnyak diuji itu adalah org2 yg ‘disayangi’ Allah kerana nk uji iman mrk.. macam2 usaha yg telah dibuat n dicuba, mngkin belom berjumpa ‘penawar’ yg boleh memulihkannya.. saya bkn la pakar.., tp pd suatu mase dlu, sya pernah terfikir, knpa Tuhan uji seseorang itu ‘bertalu2’, walau dgn org yg berlainan, sampai satu tahap, sya spt terasa mahu ‘membunuh’ shj org yg sya marah sgt tu.. jiwa rse x tenteram krn sering memikirkan tentang masalah yg dtg silih berganti, bkn x berusaha atau x bersyukur, tp spt tiada penyelesaian nya, kaunseling dan nasihat kluarga & rakan2 yg prihatin telah bnyak tp tetap ‘resah’.., sehingga lah sya mngikuti satu klas ‘tasawuf’ scara x sengaja.. seorang rakan telah memasukkn saya dlm gp ‘kuliah agama’ dan saya dengar ceramah ustaz tu scara ‘rutin’.. tiada apa2 bayaran yg dikenakan, sesiapa yg ingin memberi sumbangan adalah amat dialu2kan, tp tiada paksaan.. ustaz itu pon berceramah secara ‘santai’ dan kdg2 ada juga diselitkan dgn ‘jenaka bersahaja’.. pd mulanya rasa mcm biasa shj mngikuti kelas, dan ada masa hadir di masjid ustaz tu berceramah.., tp lama kelamaan rase “stress” tu beransur2 ‘hilang’ scara tidak sya sedari.. sya slalu ingat pesan, dunia ini hanya ‘sementara’, dan tiada apa dan siapa pon yg akan kekal, kecuali Allah.. semua di dunia ini akan ‘musnah’ dan Akhirat yg bakal kita semua tempuhi, jd knapa perlu ‘stress’ sgt dgn dunia yg fana’ ini.. masalah pon Allah yg ‘ciptakan’, so minta lah dpd Allah jln penyelesaian, insha Allah akn berhasil.. klau x berjaya diselesaikan pon, sabar slalu n syukur, ada org yg lbh sukar masalah mrk dpd kita.. dan begitulah seterusnya, di samping itu brusaha utk lbh ‘dekat’ dgn Allah; bangun tahajud, puasa sunat & segala ibadah dibuat ikhlas semata2 kerana n utk Allah, bkn nya utk makhluk-Nya yg x kekal.. lma kelamaan, sya dah dah kisah org memfitnah ke, mngata di blkg kita ke, hatta apa shj yg boleh ‘menggugat’ sya, krn saya tahu Allah tetap bersama kita, x kira apa yg berlaku dan pembalasan ttap ‘adil’ di Sana nt.. dan yg plg best, bla kita dekat dgn Allah, seolah prkara yg sekecil2nya pon spt dpt ‘perkenan’ Allah.. cth nya, sya tiber teringin nk mkn durian.., x lma slepas tu ada pula saudara yg dtg ke rumah membawa buah tersebut utk kami.. sukanya sya x terkata, bln sbb dpt mkn durian, tp seolah permohonan saya ‘dikabulkan’, dan saya x cerita kpd sesiapa, hanya sya dan Allah shj yg tahu.. begitu lah ‘istimewa’nya hubungan dgn yg maha Pencipta kita.. tiada ungkapan yg bole menerangkan bgmna ‘perasaan’ yg dialami, kecuali yg mngalami shj.. wallahu a’lam bissawab.. 😌

  2. Pelik kakak ada permanent job. Kakak tu kerja luar negara mesti kerja yg bagus dan gaji yg ok jg kan? Suami kerja bukan kaleng2 tapi tak de duit hire maid? Apa sebenar masalahnya. Kakak ni sebenarnya stress dgn rumahtangganya lg pun jauh dr keluarga. Suami ada mcm x berfungsi. Apa guna suami klu mcm ni? Kakak jd x sihat mungkin ada puncanya. Mungkin lebih baik dia balik malaysia dn dekat dgn keluarga. Anak masuk sek antarabangsa kalau suami mampu. Suami pun mcm x de je utk bantu dia. Kesian dia sendirian hadap semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *