Nama sebenar ku Khatijah berumur awal 30 tahun. Ingin ku coretkan kisah suka duka seorang isteri setelah lama memendam rasa sedih dan sakit hati.
Aku bergelar isteri hampir 7 tahun, dikurnia cahaya mata yang alhamdulillah sangat cantik dan bijak. Anak sulung ku seorang autisme high functioning.
Namun, bagi aku seorang isteri aku merasa sunyi. Tiada kawan untuk bersosial dan aku orang yang paling rendah diri. Aku tak suka tengok muka dan badan di depan cermin, aku sangat hodoh.
Suami ku sering memaki hamun dengan gelaran yang tak sepatutnya. Walaupun benda kecil atau gurauan. Bagi aku, tiada istilah kasih sayang antara kami.
Suami ku sering ejek aku hodoh dan gemuk terutama ketika aku sedang makan, tapi bila minta duit untuk beli skincare malah dimaki hamun.
Dulu, kalau dia maki hamun aku, selalu dia minta maaf dan aku maafkan.. tapi sekarang kami bagai orang asing yang tinggal serumah. Jujur aku sunyi dan perlukan kawan untuk bercakap dan bergosip.
Aku hanya surirumah tiada pendapatan sendiri sebab tu suami suka merendahkan aku.
Kalau bergaduh dia suka halau aku dari rumah kerana dia tahu aku seorang yatim piatu dibesarkan di rumah anak yatim tanpa kenal ahli keluarga. Berkali2 juga dia halau aku dari kereta tinggal aku di pasar, tepi jalan yang gelap.
Masih aku ingat waktu berpantang anak kedua suami aku kata, kenapa ko tak mati masa melahirkan anak? Ko bodoh.
Suami aku selalu bagitahu kat kawan2 dan keluarga yang dia menyesal kahwin dengan aku. Dia nak perempuan ada jawatan tinggi.
Sejak kahwin dia selalu ungkit tentang nafkah, walaupun seringgit kalau bercuti dia akan ungkit duit dia habis sampai berbulan2.
Aku cuba untuk cari pendapatan sendiri buat affiliate aku juga sedang cari modal untuk buat popia dan kuih muih.
Doa kan aku supaya ada pendapatan sendiri aku bimbang kalau dihalau lagi aku dan anak2 tak ada tempat untuk berteduh.
Buat suami ku, kau orang yang paling aku sayang cuma aku berharap jodoh kita segera berakhir.
Mungkin sikap kau begini sebab kau derita bersama aku moga kau berjumpa dengan isteri solehah yang berjawatan tinggi datang dari keluarga kaya-raya.
– Khatijah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Takut la nk kahwin.. ckup la dh pernah kena hina dgn org luar
comment saya selalu tak lepas
taip panjang2 pastu “comment waiting for moderation” hah malas aku