Stress Dengan Bekas Isteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga IIUM Confession. Saya perkenalkan diri saya. Saya Nazirul (bukan nama sebenar).

Saya ada anak tiga. Saya bercerai dengan bekas isteri hampir 7 tahun dan sekarang saya telah berkahwin lain hampir 2 tahun dah. Alhamdulillah segala nafkah anak saya bagi ikut ketetapan mahkamah 800 sebulan.

Sebab gaji saya 3k je sebulan. Tapi perayaan anak setiap tahun saya bagi 800. Daftar sekolah anak setiap tahun 1500.

Walaupun dua anak dah habis sekolah saya tetap bayar ikut mahkamah tetapkan. Tiap2 bulan topup anak saya bagi 150 sebulan (asing tak termasuk nafkah bulanan). 

Duit belanja yang belajar kolej anak 100 seminggu kadang2 150 atau 200 setiap seorang. Bagi asing tak termasuk nafkah,

Dan segala keperluan anak dari segi segala benda apa anak perlukan, benda2 baru yang dia orang mintak memang saya akan berikan walaupun kadang2 saya tak mampu dan perlu tunggu gaji akan datang untuk bagi. 

Bekas isteri saya kerja swasta dan gaji nya dalam 4-5k sebulan. Tapi tak apa sebab anak2 tue tanggungjawab saya jadi saya ikutkan ape kehendak anak2.

Kadang2 saya segan. Sebab isteri sekarang banyak membantu saya. Dia tak pernah mintak ape2.

Cuma kalau saya ade lebih saya akan belikan benda2 yang dia dah lama nak. Cuma yang jadi persoalan kat sini. Bekas isteri saya bagitahu saya ada hutang dengan dia.

Tapi hutang kat sini adalah (dulu dia pernah gadai emas miliknya sebab dia nak beli barang2 rumah baru dan siapkan rumah yang pernah saya beli dulu.

Tapi dia yang nak gadai dan atas persetujuan nya. Saya pernah halangnya tapi dia yang macam nak sangat gadai untuk siapkan rumah)

Tapi bila saya dah kahwin lain. Sekarang dia desak anak2 untuk bagitahu saya. Bayar balik duitnya dalam jumlah 15k. Sebab dia dah amik semua barang2 yang dia gadai dulu… adakah saya perlu bayar semua tue.

Kadang2 saya stress tension asik dipaksa untuk bayar. Kalau saya tak bayar dia akan bawa kes nie ke mahkamah. Rumah dan kereta saya sebelum nie.

Saya dah tukarkan atas nama dia. Sebab kenangkan anak2 saya bersama bekas isteri saya. Lepas bercerai memang saya sehelai sepinggang je bina balik hidup.

Saya harap semua tak perlu kecam saya. Saya hanya minta pendapat sahaja… terima kasih.

– Nazirul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Pergilah mahkamah. Biar mahkamah tentukan. Mana tahu tak perlu bayar. Kalau perlu pun, mungkin tak banyak. Yang penting bekas isteri tak ganggu & desak. Buat stress jer

  2. Rumah tu sekarang siapa yang duduk.?
    Kalau bekas isteri yg duduk tuan x perlu bayar rm15k tu. Gadai pun bukan atas nama tuan. Isteri yg mahu dan dia dah tebus apa hutang pulak. Kalai dibawa ke mahkamah pun gadaian dan tebusan nama dia tuan x de trlibat. Sonpekakkan je. Dia buat begitu sbb sakit hati tuan kawin lain. Dengki la tu.

  3. For convenient shuttle options in Houston, Houston Shuttle Service ensures on-time and affordable airport transportation, covering IAH and Hobby Airport with reliable pickups and drop-offs.

    https://houstonvipshuttle.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *