Rindu Bekas Kakak Ipar

Nama aku Lana. Dah berkahwin. Dah ada anak. Okay tu je pengenalan ringkas pasal diri aku.

Rindu bekas kakak ipar. Ya, aku rindu bekas kakak ipar aku. Aku cuma ada seorang abang je. Beza umur aku dengan dia, 6 tahun. Sekolah menengah abang aku masuk asrama. Jadi memang aku membesar tak berapa rapat dengan abang aku.

Sampai lah bila abang aku kenal dengan bekas kakak ipar aku atau bekas isteri dia di kolej. Dia yang buat hubungan aku dengan abang jadi rapat.

Aku nama kan bekas kakak ipar aku ni sebagai Kak Nurul lah ya. Kak Nurul ni anak sulung, ada beberapa adik bawah dia. Jadi Kak Nurul pandai layan aku. Nak kata rapat sangat macam kakak kandung, tidak. Tapi aku boleh tanya apa saja kat dia & dia tak pernah tak balas.

Lepas abang dengan Kak Nurul habis belajar, mereka tak terus kahwin. Masing-masing cari kerja dulu di Kuala Lumpur.

Kak Nurul masuk bidang Sales yang bagi dia komisen ribu-ribu, kadang cecah puluhan ribu. Sementara abang aku, kerja apa adanya sementara mencari kerja yang sesuai dengan bidang yang abang aku belajar.

Lepas beberapa tahun, mereka kahwin. Kalau tak silap, abang aku umur 29 atau 30 tahun. Sebab aku dah habis degree masa tu.

Balik pada perjalanan kerjaya abang aku dengan Kak Nurul. Lepas kahwin, Kak Nurul bertukar kerja. Bukan lagi dalam bidang Sales. Jadi Kak Nurul dah tak dapat komisen.

Abang aku pulak, gaji tak cecah 4 ribu lagi. Duduk pula di Kuala Lumpur, memang cukup-cukup makan. Dengan sewa rumah yang lebih seribu.

Kat sini bermula konflik pertama rumah tangga mereka. Kak Nurul nak kena adjust perbelanjaan dia dengan gaji baru. Ingat tak aku cakap Kak Nurul ni anak sulung?

Ya sebelum ni Kak Nurul kena tolong tanggung keluarga dia. Hampir-hampir berpisah, tapi abang aku berjaya pertahankan rumah tangga dia.

Selepas itu, semua nampak okay di mata keluarga kami. Abang & Kak Nurul dapat dua anak, dan tahun ni merupakan tahun ke sepuluh mereka kahwin. Abang aku pun dah berjaya dalam kerjaya dia, dah masuk golongan T10 dah.

Tiba-tiba, abang aku telefon bagitahu dia dah ceraikan Kak Nurul.

Terkejut, terkedu, semua ada. Kak Nurul rapat dengan aku, ibu ayah aku, makcik pakcik aku pun senang dengan Kak Nurul. Sebab dia jenis peramah & pandai borak.

Soalan pertama ibu ayah & aku semestinya, kenapa? Apa punca nya? Tapi abang aku taknak bagitahu punca nya. Bukan sebab duit, curang atau beralih hati. Abang aku cuma cakap, ada sesuatu yang Kak Nurul buat yang dia tak boleh nak terima.

Anak-anak pula, mereka dah capai kata sepakat untuk co-parenting tapi hari sekolah mereka akan duduk dengan abang aku.

Sebab rumah abang aku dekat dengan sekolah anak-anak mereka & jadual kerja abang aku yang lebih fleksibel. Kak Nurul akan ambik anak-anak masa hujung minggu dan bila abang aku kena pergi outstation.

Sebelum ada yang kata abang aku berubah sebab dah banyak duit, bagi aku tidak. Abang aku adalah seorang family man. Sentiasa menolong kemas rumah, urus hal anak-anak.

Sesuai dengan gaji abang aku, dia bagi nafkah untuk Kak Nurul juga banyak. Rumah yang selesa, belikan Kak Nurul sebuah kereta. Hadiah barang kemas pun selalu. Senang kata gaji Kak Nurul tu memang untuk diri dia sendiri.

Setiap kali abang aku balik dari outstation, dia akan bagi Kak Nurul pergi ‘me time’. Sebab Kak Nurul dah penat jaga anak-anak sendirian.

Nampak macam sempurna di mata orang lain. Tapi hal dalam rumah mereka, tiada siapa yang tahu. Serius aku sedih sangat. Aku tanya, tak nak rujuk semula ke? Abang aku tekad memang dah taknak dengan Kak Nurul. Aku sayang Kak Nurul, tapi aku tak boleh paksa hati abang aku.

Aku jadi terimbas semula semua kenangan aku dengan Kak Nurul. Shopping raya sama-sama, masak sama-sama, geng layan drama TV3 pukul 7.

Lagi satu, aku selalu tanya Kak Nurul pasal hal anak-anak. Pampers apa yang elok, botol susu, jenama susu formula apa. Brand baju anak-anak yang elok. Senang cerita Kak Nurul tu memang jadi rujukan aku untuk hal anak-anak.

Aku rindu, rindu nak borak dengan Kak Nurul. Bila aku makan apa-apa, mesti aku teringat ni kegemaran Kak Nurul.

Ya, yang bercerai tu abang aku. Tapi aku tak tahu apa status kesihatan mental Kak Nurul buat masa ni. Jadi aku taknak mesej buat masa sekarang. Biarkan dia tenangkan fikiran dan hati dulu.

Aku juga terseksa. Macam orang putus cinta. Tapi aku tak boleh nak luahkan kat orang. Suami aku awal-awal lagi dah cakap, dia tak nak masuk campur hal ni. Cukup dia jadi pendengar saja.

Lepas ni, entah macam mana hubungan aku dengan Kak Nurul. Aku harap kami masih boleh berborak macam dulu. Aku juga berdoa abang aku lembut hati dan setuju untuk kembali bersama Kak Nurul.

– Lana (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Bukan lelaki je boleh curang ye. Jangan skeptical sgt kalau curang je lelaki yang buat.

    Sebaik2 perempuan banyak rahsia
    dan kalau lelaki nekad macamtu sekali paham2 lah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *