Hi assalamualaikum.. Terima kasih kalau confession aku disiarkan. Aku tak tau nak mula dari mana dulu.
Sebenarnya tujuan aku menulis kat sini untuk tanya pendapat pembaca IIUM Confession. Seperti tajuk yang aku tulis, aku sekarang dalam dilema.
Sebelum tu biar aku perkenalkan diri aku dulu. Nama aku Aira (bukan nama sebenar), usia dalam pertengahan 20an. Aku baru menamatkan pengajian dan baru mulakan kerjaya dalam bidang healthcare.
Dilema aku sekarang, aku ada berkenalan dengan seorang lelaki. Lelaki ni seorang yang sangat baik bagi aku (buat masa sekarang). Aku namakan dia M (bukan nama sebenar).
Sepanjang tempoh aku berkenalan dengan M ni, dia tersangatla baik bagi aku. Aku tak pernah jumpa lelaki sebaik M sebelum ni.
Boleh aku katakan M ni “a man with a provider mindset”. Semua benda dia usaha, buat dan bagi dekat aku. Dia layan aku pon baik sangat-sangat.
M tak pernah marah, naik tangan atau mencarut dekat aku walaupon macam2 perangai aku buat yang boleh buat dia hilang kesabaran dan tinggalkan aku.
Tapi M ni lain, dia yang akan minta maaf dulu, dia akan bagi aku lepas amarah aku dulu kemudian baru dia akan tenangkan aku. Boleh dikatakan ape yang dia cakap semua dia buat,tak pernah dia sembang kosong.
Lagi satu aku sejenis perempuan yang tak suka dan tak pernah meminta apa-apa daripada siapa pon tapi M ni akan kasi aku semua benda tanpa aku minta. Aku tak nak cerita detail sangat bab ni sebab takut nanti orang kenal aku.
Cuma dilema aku sekarang M ni taraf pendidikan dia biasa je hanya sijil dan bekerja pon biasa-biasa je meanwhile aku ada degree dan kerja dalam bidang healthcare provider. Bab gaji memang aku yang lagi tinggi daripada M.
Sebenarnya dulu aku dah beberapa kali reject si M ni tapi sebab usaha dia yang tak henti-henti buat hati aku terbuka untuk terima dan bagi peluang kat dia.
Baru-baru ni M ni ada ajak aku kehubungan yang lebih serious iaitu tunang dan kahwin tapi aku tolak sebab aku cakap aku belum bersedia lagi. Aku masih berfikir patut ke aku terima dia kehubungan yang lebih serious.
Aku risau bab pekerjaan dan taraf pendidikan kami yang berbeza. Walaupun pekerjaan M ni biasa tapi aku tengok dia seorang yang rajin bekerja, cari duit dengan buat side income.
Dulu waktu aku masih study, aku minat lelaki yang ada taraf pendidikan yang tinggi sama macam aku. Lagipon circle kawan-kawan aku semua yang ada degree.
Kawan-kawan aku ada yang dah berkahwin. Pasangan diorang pon yang sama taraf dengan diorang, ada degree dan bekerjaya dalam bidang profesional.
Jadi bila aku tengok hidup kawan-kawan aku, kadang aku akan rasa cemburu sebab diorang dapat pasangan sama taraf pendidikan dan pekerjaan (biasalah manusia kurang bersyukur dengan hidup sendiri).
Aku pernah je berkenalan dengan lelaki yang sama taraf pendidikan dan pekerjaan macam aku tapi diorang tak sebaik M. Cara layanan semua berbeza. Most of them tak betul-betul serious. Faham tak apa yang aku maksudkan.
Jadi sekarang aku dilema patut ke aku terima M atau aku tamatkan je hubungan ni? Aku risau kalau aku terima dia, isu pendidikan dan pekerjaan akan jadi masalah dalam hubungan kami. Tapi kalau aku tolak dia, aku risau aku takkan jumpa dah lelaki sebaik dan serajin dia lepas ni.
Kadang-kadang bila aku tengok si M ni, banyak benda bermain dalam fikiran aku. Ye memang sekarang dia baik tapi aku risau kalau suatu hari nanti aku terima dia,kami dah kahwin dia akan berubah sikap tak macam sekarang.
Aku terfikir boleh ke dia jadi suami yang baik untuk aku dan ayah yang baik untuk anak-anak aku nanti? Masalah utama aku sekarang adalah “keraguan”.
Aku risau aku buat pilihan yang salah. Aku risau aku pilih lelaki yang taraf pendidikan dan pekerjaan tak sama dengan aku sebab nampak dia baik sekarang tapi bila dah kahwin dia berubah.
Lagipon bagi aku perkahwinan bukan sesuatu yang sementara dan main-main. Itu yang buatkan aku makin dilema.
Jadi boleh tak pembaca beri pendapat tentang dilema aku ni.
By the way, jangan ada yang komen suruh buat istikharah. Yes aku ada buat tapi aku masih belum jumpa jawapan dan masih tetap dilema sebab tu aku meluah kat sini. Mana tau dengan meluah kat sini aku dapat jawapan dari Istikharah yang aku buat.
Maaf seandainya penulisan aku ni berterabur sebab aku memang tak biasa dengan semua ni.
– Aira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
lelaki yg ada degree, master pun kadang boleh berubah jadi malapetaka bila dah kahwin.
Sis, tengok diri sendiri dulu, diri sis jenis macam mana? jenis sombong atau demand2 tak. Kalau sis jenis macam ni cari la yang sekufu, tapi kalau sis jenis baik2, pilih la dia, serious nak cari lelaki jenis provider mindset sangat la susah ye, even yang sekufu pun susah. Doa banyak2
hai sis, situasi awk sama dengan saya…tunang saya ada spm sahaja, tapi saya suka dia sbb dia jenis lelaki act of servis dan tak pernah berkira sikit pon dengan saya..permah saya tnye dia knapa dulu tak sambung bljr? dia jwb ‘nasib dia tak baik, sbb family dia bukan senang’…jadi sye pejamkan mata soal taraf pendidikan tu…dia ada masa dengan saya, berbanding dgn laki2 yg sye kenal busy je memanjang…walaupun gaji dia kecil dari saya, tapi dia rajin buat side income, dan baru2 ni dia berjaya untuk beli rumah sebelum kami kahwin.
Sebelum kawen mmg semua uncertainty. Ye lah bukan mengadap muka dia setiap masa kan? Dah duduk serumah.. baru kenal perangai masing2.
Kalau suami gaji rendah dari isteri, mmg isteri kena prepare la tolong toupup mana yg tak cukup tu. Tapi nafkah suami wajib bagi semampu dia.
Contoh senang. Dia tak ada rumah lagi. So kena menyewa. Tapi dia mampu menyewa flat/rumah kampung je. Awak boleh tahan ke? Kalau awak dari kecik tak biasa hidup mcm tu kena la cari rumah yg lg selesa. So kena tambah duit. Tapi duit suami ada banyak tu jer.. nak bagi cukup awak pun kena toupup la sikit untuk hidup selesa. Haaa mcm tu la math dia.
Sama jgk dgn keperluan lain. It’s the same math. Bercuti, makan pakai anak, makan tempat sedap2. Mostly pasangan bercerai sbb kewangan.
Unless awak boleh bertahan. Motivate dia untuk tambah income. Tapi kena tahu.. suami yg kuat kerja ni dia tak akan ada masa dgn awak pulak.. sbb dia sibuk kerja cari duit.
Or sebelum awak decide nak terima dia boleh suruh dia prepare semua2 tu. Contoh beli rumah kalau dia mampu. Kalau dia dah prepare duit nak sewa rumah yg selesa tu pun dah okay. Red flag kalau dia suruh duduk dgn parent dia sbb nak jimat. Pegi la baca confession dlm ni bersepah suami tak mampu nak sediakan tempat tinggal. Tanya planning dia ke depan mcm mna. Saving dia ada bnyk mana. Tengok la dia ada effort ke tak. Kalau nampak ada usaha..that’s one point. Jadi tanya diri balik apa yg awak nak. Banyak sebenarnya yg kita kena sacrifice lepas kawen dan ada anak nnt.