Aku dah lama jangka perkahwinan aku tidak ada kesudahan yang baik dan sepertinya rasa manis terlalu sedikit berbanding rasa pahit, bermula dengan isu remeh tapi sering ditokok tambah dengan ungkit mengungkit.
Isu yang boleh diselesaikan dalam masa 5 minit selalu jadi pergaduhan berdurasi 180 minit.
Perangai tidak mahu bertoleransi selepas ada suami, perangai kurang ajar yang tidak berubah sejak azali, sering menjadi punca pergolakan yang tiada penyelesaian sehingga hari ini,
Kerana ego melambung mengakali diri, kerana mulut lebih laju dari kesedaran diri, kerana kawan-kawan suka menghasuti.
Sikap suka mengejar apa yang orang boleh buat untuk kau, sikap suka menjadi juara dalam setiap keadaan, sikap suka mengejar tuntutan tugasan suami kepada isteri, tetapi tidak fikir sedikit pun tentang tuntutan isteri untuk taat kepada suami.
Tidak fikir sedikit pun tentang toleransi hidup suami isteri.
Fitnah demi fitnah dilontarkan kepadaku kerana kau nak berkongsi dengan orang luar tentang masalah kita, kononnya meminta pendapat kawan di tempat kerja, memutar belitkan cerita bersama mama sebab nak pancing simpati semasa mengadu domba.
Hanya aku yang tahu kebenarannya, dan hanya aku simpan semua aib kita bersama.
Aku patut sedar lama, rupanya kain kotor keluarga telah lama digantung diluar untuk jadi tatapan kat sana, menjadi bual bicara kawan dan keluarga, semuanya kerana termakan cerita dari satu pihak kau saja.
Kerana katanya akulah manusia terpaling jahat dan akulah terpaling kejam, dan kau hanya wanita tanpa ada dosa yang kini terancam. Cukup bijak memancing simpati, cukup bijak membuat provokasi.
Setiap kali bergaduh, hanya perkataan cerai diingati. Setiap kali bergaduh, bermacam-macam provokasi sehingga kau nampak aku merana dan sakit hati, baru kau nak berhenti. Hati aku menjadi mati.!
Pernah tak kau tanya kenapa aku menjadi pendiam dan pelupa dan makin ketara sejak kebelakangan ini?
Aku tidak ada jawapan yang pasti, tapi aku tahu otak aku bekerja sendiri untuk membuang memori menyakitkan hati demi menjaga kewarasan diri.
Berulang kati aku memohon kepadamu aku mahukan ketenangan, aku mahukan kedamaian, kerana aku tidak tahan 7 tahun hidup berantakan.
Perkara kecil sering dibesar-besarkan. Ketaatan Isteri supaya jangan terus melawan setiap masa selalu menjadi taruhan.
Jika aku boleh buat 8/10 apa yang kau mahukan, kenapa 1 tuntutan ketaatan itu paling benci untuk kau lakukan?!
Kau jual agama dan jaja tanggungjawab suami kepada isteri bila-bila kau rasa kau perlukan, tapi bila waktunya isteri perlu taat suami seperti dalam tuntutan, mesti kau abaikan dengan 1001 alasan.!
Kau kata suami tidak patut dihormati, kau kata selagi suami tidak beri wang kepada kau seperti bos kau, suami tidak ada hak tuntut untuk dihormati.
Kau kata kau balik rumah setiap malam jam 11pm selama bertahun-tahun itu tuntutan kerja,
Aku bilang aku faham tapi dalam seminggu tu pulanglah ke rumah awal sekali dua, tapi kau membentak dan mengherdik suami dan katakan bos kau lebih utama. Apakah kau sudah lupa, kau ada keluarga?
Kau mahu aku bayar segala perbelanjaan keluarga, malah aku rela hati membayar untuk makan minum ipar duai semuanya kerana menurutmu aku punyai tinggi biaya.
Ya, aku tidak pernah kisah untuk berbelanja dan aku tidak pernah berkira. Aku hanya mahukan isteri untuk mendengar kata. Tapi sehingga hari ini, aku gagal untuk dapatkan apa yang aku pinta.
Aku penat, aku manusia biasa tidak ada ketabahan menahan sabar sentiasa. Aku mahukan ketenangan tapi tidak dapat kejayaan.
Aku mahukan kasih sayang tapi bukan jembalang. Takkan kau tak tahu, bait-bait lirik lagu Exist Alasanmu itu sangat cocok dengan perangai u.
Jadi jika cerai yang sering tertanam dalam kepalamu, surat cerai juga sudah aku isikan untukmu, dan menanti jadual di JAIS untuk bertemu.
Aku telah akhirnya berdamai dengan takdir yang aku bukan rezeki untukmu sepertimana kau bukan rezeki untukku.
– Meja (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit