Sedih Dengan Perangai Bini

Bukan niat aku nak meluah kat sini. Tapi kejadian baru2 ni betul2 buat aku rasa sedih. 

Tambah2 bila beberapa posting aku baca dalam ni pasal suami isteri yang bersatu hati nak capai impian. 

Cemburu sebenarnya dengan pasangan macam ni.. Sebab rumahtangga aku tak macam tu.. 

Malu dengan diri sendiri jugak sebenarnya. Sebabnya, sebagai seorang lelaki, aku macam tak mampu bimbing isteri aku. 

Aku cerita sikit supaya pembaca faham macam mana kami kenal. Cuma panjang la.. Sebab luahan berbulan2. 

Aku kenal isteri dalam satu apps. Pada awal nya aku tak tahu dia siapa. Sekadar chat2 macam tu ja. 

Dia memang sangat2 cantik, free hair. Lama dia rahsiakan pekerjaan dia. Sekejap ada sekajap tak de. 

Tapi dia rajin chat di wasap.. Kami dua2 dah mula sayang.. Lepas tu baru dia cakap dia pramugari. 

Dia kata awal2 tak nak cakap, sebab dia nampak aku agak spektical dengan pekerjaan2 orang perempuan. 

Aku macam hang jugak la.. Dia kerja dengan mas. Tapi dia cakap, dia dah nekad, kalau dah kahwin dia akan berhenti ja kerja ni. 

Aku pulak, kerja biasa2 ja la.. Jauh pangang dari api kalau nak compare dengan dia sebenarnya. 

Lama dia cuba pujuk aku untuk terima dia. Dia kata dia akan pakai tudung lepas kahwin. Dia kata dia jugak jaga solat walaupun pakaian kerja dia macam ni. 

Akhirnya kami bersama jugak la.. Awal2 tu dia masih kerja lagi.. Sebab dia ada commitment dua buah rumah, kereta dan lain2 belanja dia la. Dia mintak masa untuk setup semua tu. 

Jujurnya gaya hidup kami tak sama.. Ya la, dia dah biasa dengan benda2 mahal. 

Aku pun tak pernah complaint apa2 pasal tu. Sebab dia guna duit sendiri. 

Lepas tu aku mula mendesak2 dia suruh berhenti kerja.. Sebab dia asyik cover flight luar negara. Jarang masa dengan aku. 

Lepas tu dia berhenti jugak la.. Kerja dengan satu syarikat cina. Gaji dia mungkin kurang banyak berbanding pramugari dia. 

Aku ada bagi nafkah.. Tak tahu la dia cukup ke tak. Tapi itu ja yang aku mampu. Nak tangung komitment dia,aku tak mampu. Sebab tu dia kerja untuk komitment dia. 

Tapi dia tak pernah complaint apa2 bab nafkah. Sebab dia memang sedia tahu pasal kewangan aku dari sebelum kahwin lagi. 

Sebenarnya dia isteri yang baik ja untuk aku. Tak pernah merungut apa2 pun. 

Walaupun dia agak garang, tegas, ego, degil, keras kepala. Tapi aku tak nampak sangat la semua2 tu. 

Sebab dia sekali pun tak pernah petik soal kelemahan aku. Bila hidup dengan dia,aku rasa semuanya perfect. 

Sehingga la lama2 dah bersama, kita mula nampak satu2 perangai pasangan kita. 

Dua benda yang aku tak boleh terima pasal dia.

1. Dia takut pada kesalahan.

Contohnya dia tak akan buat apa2 keputusan sebab dia tak nak orang salahkan dia kalau keputusan tu ada masalah. 

Contoh, kalau plan percutian. Dia akan suruh aku plan. Dan time tu kena cuaca tak baik. Dia akan bising kata aku plan tak kena masa. 

Senang kata dia perlukan aku untuk jadikan tempat dia lepas perasaan tu. Even nak isi minyak kereta pun dia tanya aku. Awak rasa saya patut isi minyak sekarang ke tak eh. 

Kalau aku cakap isi ja la. Dia akan cakap tapi half tank lagi. Aku cakap dah tu tungu bila awak nak isi la. Dia tanya bila nak isi bila. Aku cakap tunggu tingal 2 bar. 

Bila dah tingal 2 bar dia mengamuk, sebab risau minyak tak cukup. Padahal bukan hari ni dia bawak kereta. 

Kenapa lepas kahwin nak isi minyak kereta dia pun aku kena fikirkan??? Sebelum2 ni elok ja kan dia pandai isi sendiri. 

Kalau aku suruh dia buat sendiri dia tak nak. Tetap suruh aku fikir. 

Bab cuti2 ni pernah jugak dia plan benda tu jadi tak kena.. Time tu ada family2 dia jugak. 

Dia hanya diam ja. Kami pun tak de la condem apa2. Kita bukan tahu kedepan nak jadi apa. 

Tapi dalm bilik dia akan mengamuk kat aku. Dia akan kata awak serah semua kat saya. Apa salahnya awak study whether ke, hotel ke. Bla bla bla. 

Bila kita buat pun serba tak kena walaupun dah bincang dengan dia. Tetap dia akan cari salah aku. 

Tapi kalau dia buat salah tak pe.. Alasan dia, salah tu terjadi kerana salah aku. Astaga.. 

So dia perlukan aku sebagai punching bag dia kan. 

2. Dia selalu kemas barang tak ingat letak mana.. Dan cari barang pun tak jumpa. Padahal depan mata dia ja. 

So itu pun dia akan salahkan aku. Dia cakap aku tak bantu dia.. Aku bukan tahu apa dia buat kat rumah. 

Banyak kali kami gaduh pasal perkara ni yang aku rasa remeh2 ja pun. 

So untuk elak masalah ni, aku dah banyak buat ubah suai dalam rumah. Contoh ni rak untuk letak beg awk.. Kunci awak. 

Barang pun aku banyak kemas. Nampak jugak la berkesan walaupun dia suka jerit pangil aku. 

Abang mana kunci saya, mana kasut saya yang warna hitam tu. Mana kerongsang kucing saya. 

Padahal semua tu dia yang guna. Kadang2 aku letih nak hadap dengan perangai perempuan ni. Sebab dah sediakan semua pun tetap dia tak ingat dia letak mana barang2 tu. 

Mungkin sebab aku membesar dengan melihat mak dan kakak aku uruskan rumah dengan perfect. So bila ada bini macam ni, aku macam serabut sikit. 

Tapi aku cuba hadam ni ujian rumahtangga. Pasangan tak semestinya macam kita harap. Pasangan kena saling menglengkapi. 

Tapi baru2 ni berlaku satu benda, aku macam sangat sedih dengan kata2 dia. 

Cerita dia macam ni.. Aku ada satu cousin yang aku agak rapat. 

Ujian mereka, cousin aku tu kemalangan.. Isteri dia memamg tak kerja. Anak tiga orang kecik2. 

Satu hari dia mesej aku nak pinjam 2ribu. Sebab nak tebus emas isteri dia. 

Dia janji akan bayar balik lepas duit insurance dia masuk. 

Masa tu aku pun tak de duit jugak. Aku cakap nanti aku tanya wife. 

So aku tanya bini nak pnjam 2k. Aku kata nanti aku bayar 2 kali. Dia cakap ok. 

Dia terus transfer duit kat aku. Lama dah kejadian tu berlalu. Aku pun dah bayar dah hutang dia. 

Cousin aku pun dah bayar dah duit tu. Satu hari kami buat makan2. Jemput la family semua. 

Masa tu agaknya la kot isteri cousin aku cakap terima kasih kot kat dia. Sebab bagi pinjam duit hari tu. 

Sebab mereka kan tau tu duit sapa. Masa tu aku perasan muka wife aku macam ketat ja.. Asyik jeling2 kat aku. 

Habis kenduri orang dah lengang2, dia ajak aku masuk bilik. Masa tu ada adik aku. Lepas tu mak dan ayah mertua aku. Pastu ada lagi sapa tah. 

Aku mula macam tak mau la masuk bilik. Aku ingat dia nak ajak aku buat tu. Segan la family masih ada. 

Lepas tu dari tingkat atas dia jerit pangil nama aku. Terkejut la aku ingat kenapa. Dia terus mengamuk. 

Dia kata aku buat apa duit hari tu. Aku cakap bagi pinjam kat cousin. 

Berdas2 la dia tak puas hati. Dia cakap tahu tak meminjam orang untuk tolong orang tu tak betul. 

Perbuatan aku tu salah. Macam2 lagi la dia ungkit. Dia kata dia mati2 ingat aku nak pinjam untuk kegunaan aku. 

Dia kata dia tak kisah aku nak bantu. Tapi kenapa tak bagitau dia dulu. 

Sekarang ni apa masalahnya. Benda dah selesai pun kan. 

Sebenarnya sesi pergaduhan tu sangat panjang hanpir 6 minggu. Aku pun tak tahu apa masalahnya. 

Dia asyik ulang2 tu ja.. Aku pun kata ok la aku mintak maaf. Lepas ni tak buat lagi. 

Dah mintak maaf pun dia masih ungkit2 lagi. Habis segala benda dia ungkit. Pasal kerja dia la. Pasal dia nak kahwin dengan aku la. 

Pasal ramai ja orang nak dia, tapi dia hanya nampak aku la. 

So ego aku macam terjentik la. Aku tanya dia nak cakap apa sekarang ni. Menyesal kahwin dengan aku ke. 

Padahal dia yang pujuk aku suruh kahwin. Bukan aku beriya nak dia. 

Dia cakap dia menyesal bila tau aku ada habit meminjam kononnya nak bantu orang lain. 

Bantu orang ikut kemampuan, bukan berhutang untuk bantu orang. 

Kesabaran aku ada limit. Aku dah explain, aku dah jelas, aku dah mintak maaf. Apa lagi tak puas hati. 

Aku tanya dia ada tak puas hati apa2 ka dengan family cousin aku tu. Dia cakap tak.. 

Kalau tahu nak bantu diaorang, dia sendiri akan bagi ja duit tu. Tak perlu bayar. 

Point nya aku menipu dia. Aku kata aku bukan menipu. Aku cuma tak cakap nak buat apa duit tu. Dah dia pun tak tanya. 

Dia ungkit. Aku ungkit last2 kami berdiri di makamah sekarang ni.. Dia kata otak aku kena kaunseling. 

Sebab otak dan fikiran aku dah rosak.. Aku kata sekali tu ja aku pinjam dia,tapi dia kata macam2. 

Sedangkan kelemahan dia punya banyak aku terima ja. Dekat pejabat agama kami gaduh lagi. 

Tapi sampai sekarang aku tak dapat jawapan, apa yang dia tak puas hati sebenarnya. Ya allah stress saban hari fikir pasal ni. 

6 minggu tu bukan tak cuba nak damai. Dia akan ja mintak maaf sebelum tidur. 

Tapi lepas mintak maaf ungkit lagi. Sampai bila nak macam ni.. Macam tak de kesudahan… 

– Sirap (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Nampak tiada apa masalah yang berat pun. Berkenaan pinjam duit tu kenapa tak berterus terang dari awal dengan isteri duit itu dipinjam untuk diberi kepada pihak ketiga. Dia memang berhak tahu. Berkenaan perkara-perkara lain boleh diselesaikan dengan deep talk antara confessor dan isteri. Pilih masa dan suasana yang tenang dan sesuai dan cakap lah dari hati ke hati. Buat secara berperingkat jangan semua perkara diluahkan dalam satu-satu masa. Go easy. Jadi lah pemimpin keluarga yang matang. Jangan emosi lebih dari orang perempuan.

  2. Ciri2 isteri awak ni mcm OCD sikit. Bukan OCD yg nak nampak benda kemas dan teratur. Tapi jenis obses dengan benda2 yg kecik, x leh move on dengan benda yang dah lepas dan sangat takut utk buat kesilapan.

    Dia jadi mcm ni lepas berhenti kerja jadi pramugari ke? Kadang2 org pompuan ni dia jadi suka membebel dan mengungkit bila keperluan emosi dia x dipenuhi. Mungkin dia rindu nak bergosip dengan geng2 pramugari dia tu. Nasib ler bang kau jadi punching bag..

  3. Aku simpati dengan nasib kau tt sebab isteri aku pun macam ni. Tapi relax jelah, perempuan memang macam tu. Asam garam rumah tangga. Bak kata pak mertua aku, apa boleh buat, bersabar ajelah. Sebabnya mak mertua aku pun macam isteri aku, persis isteri kau. Layankan aje…

  4. Cuba buat ni. Masa bini kau tgh mengamuk2 mcm nak gila tu…tarik peluk dia jgn lepas. Dia nak mengelupur mcm mna pun.. kau keras je peluk dia. Ada benda dalam hati dia tak luah tuu.. Kalau dia diam menangis time peluk tu.. cuba tanya lagi sekali kenapa marah sgt ni… Dgn perempuan ni kena banyak kan sentuhan untuk penuhkan tangki emosi dia.

  5. pompuna memang camtu, janji dia ok dlm rumah tangga, yg penting ko kena hadam jer, ikut jer wife ko tu selagi dia tk menyimpang, semoga Allah memberi kebahagian kepada rumah tangga kamu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *