Hi korang, aku Lisa (bukan nama sebenar), umur 20an. Aku tulis confession sebab aku decide untuk move on selepas ini dan lupakan kenangan-kenangan lama yang aku rasa aku tak mahu ingat lagi. So ini kali terakhir aku nak kongsi dan luahkan perasaan.
Aku anak tunggal dalam family, ibu dan ayah aku bercerai sewaktu aku sekolah rendah. Selepas mereka berpisah, aku tinggal dengan atuk dan nenek di kampung, walaupun rumah atuk dan nenek tidaklah di kawasan kampung sangat.
Selepas berpisah, ibu berkahwin lain dan mempunyai anak dengan suami baru. Ayah juga berkahwin lain dan mempunyai anak dengan isteri baru.
Selepas mereka berkahwin, aku bukan lagi fokus dalam hidup mereka. Sudahlah aku tidak tinggal dengan mereka, dan mereka juga dah ada family baru, so memang tak dapatlah nak layan aku sangat.
Aku banyak makan hati dan rasa seperti anak terbuang. Kalau mereka pergi berjalan dengan family masing2 memang aku tak pernah di ajak.
Kalau mereka kongsi gambar di media sosial, aku hanya dapat lihat mereka gembira dari jauh. Aku tak tahulah sama ada aku ni over sentisitive atau tidak, tapi mungkin korang boleh bayangkan apa yang aku rasa.
Nasib aku baik sebab atuk dan nenek memang jaga aku dengan baik, hantar dan ambil ke sekolah dan lain-lain. Nafkah aku pun kebanyakan dari atuk dan nenek walaupun ibu dan ayah memang ada bagi duit setiap bulan walaupun tak banyak sebab mak tiri aku berkira.
Aku tak akan kata mereka culas dalam memberi nafkah. Atuk dan nenek adalah pesara so memang sepanjang masa mereka ada dengan aku. Atuk dan nenek adalah atuk dan nenek sebelah ibu aku.
Selain makan hati dengan ibu dan ayah aku, aku juga makan hati dengan makcik dan pakcik aku. Layanan yang aku terima agak kasar.
Mentang-mentang ibu dan ayah aku tak ada, mereka agak mudah untuk bercakap kasar dengan aku. Banyak kali aku pun tak berapa ingat. Kemas rumah pun pernah kena marah. Itu waktu mereka balik kampung la, waktu lain hanya aku dengan atuk dan nenek saja.
So aku banyak berdendam dengan orang sekeliling aku. Fast forward, sewaktu aku di universiti, atuk meninggal dunia, tinggal nenek saja di kampung. Nenek pun banyak duduk di rumah pakcik dan makcik kerana tidak ada orang di kampung.
Memandangkan tidak ada orang di kampung, aku jadi susah untuk balik. Kalau nak duduk di rumah pak cik dan makcik pun aku malu untuk duduk lama2. Rumah ibu dan ayah aku lagilah malu sebab ada ayah dan ibu tiri dan anak2 mereka.
Selepas habis belajar, aku terus apply kerja. Banyak yang aku apply ada yang dipanggil interview ada yang senyap sunyi.
Oleh kerana lama menunggu, satu hari ada kawan forward walk-in interview untuk kerja pramugari. Oleh kerana lama sangat menunggu, dan aku pun dah kesunyian tanpa atuk dan nenek, aku pun apply lah, cut the story short, aku dapat.
Aku pergi cabin crew training apa semua dan sekarang aku berkerja sebagai flight attendance di satu airline yang semua orang tahu, walaupun lewat beberapa tahun berbanding orang lain sebab aku habiskan degree dulu.
Satu hari nenek minta aku untuk beli tanah peninggalan atuk. Aku pun tak tahu kenapa sebab aku baru bekerja duit pun tak banyak lagi. Aku persoal juga dalam hati, kenapa nak kena beli, kalau nak bagi, bagi ye la, ataupun jual lah kepada orang lain.
Tapi sebab aku busy kerja dengan medium dan long haul flights, aku pun iya kan saja dan buat pinjaman untuk beli dari nenek tanpa pergi tengok pun tanah tu. Yang aku tahu itu tanah kebun atuk, masa sekolah dulu aku pernah pergi dengan atuk dan nenek.
Tahun lepas nenek meninggal dunia di usia yang agak lewat. Kami semua pulang dan berkumpul di kampung. Semua pakcik, makcik dan ibu aku juga ada dan mereka berbincang tentang pembahagian harta pusaka. Aku dan sepupu-sepupu lain tak terlibat pun cuma kami dengar dari jauh saja.
Bila ibu, makcik dan pakcik panggil, mereka agak terkejut bila tahu yang tanah nenek jual kepada aku itu agak besar hampir 1 ekar. Sebelum ni mereka ingat tanah nenek yang lain yang aku beli. Makcik tanya berapa harga aku beli, aku pun kata 25k.
Mereka terkejut dan kata tanah tu dalam 120k. Aku pun tak expect tanah kebun sampai 120k. Tanah yang aku beli tu lebih besar dari tanah lain yang ibu makcik dan pakcik dapat. Yang mereka dapat tanah untuk buat rumah dan ada lah kut tanah lain aku tak pasti.
Mereka diam saja cuma nampak agak ralat. Kalau mereka nak aku ok saja untuk jual balik, tapi dah dia sendiri yang sebut 120k, so ikut harga pasaran la, dan aku tahu mereka tak mampu.
Setelah selesai, ibu dan makcik aku bagitahu kami semua untuk ambil apa2 barang yang ada dalam rumah tu, kain baju, pinggan mangkuk dan lain-lain. Aku tak ambil port sangat sebab tak ada apa yang menarik pun.
Sepupu-sepupu aku adalah ambil beberapa barang buat kenangan. Diorang izinkan untuk ambil apa2 set pinggan mangkuk dalam kabinet nenek. Aku tak tertarik sangat sebab barang-barang ni aku dah tengok dari kecil.
Oleh kerana aku layover agak lama sebab aku personal leave atas urusan kematian, aku minta untuk duduk dulu di rumah nenek. Sebab jauh aku malas nak balik rumah sewa. So pakcik tinggalkan kunci untuk aku kunci sebelum aku balik.
Selepas semua dah balik, dan tinggal aku seorang, aku pun bukalah cabinet nenek untuk tengok apa2 barang yang masih belum di ambil.
Aku target untuk untuk ambil oven sebab rumah aku tak ada oven. Memang banyak set pinggan mangkuk mahal dan tupperware yang tak ada siapa ambil. So aku pun panjat kerusi dan cuba capai set tupperware bertingkat di belakang untuk aku bawak balik KL.
Entah kenapa rasa berat pulak. Setelah aku dapat capai dengan bekas-bekas lain jatuh atas lantai, aku pun buka untuk tengok isinya. Tergamam juga sebentar sebab dalam tupperware bertingkat tu ada barang kemas, duit cash, dan duit-duit syilling dinar emas dalam kad.
Baru aku teringat masa ibu dan makcik aku bersembang mereka ada sebut pasal gelang dan rantai, sebab yang mereka dapat dari almari nenek mungkin tak banyak yang disangka. Mereka pun dah ingat-ingat lupa barang kemas nenek.
Duit cash tu memang aku tahu atuk dan nenek simpan di rumah, duit hasil kebun dan bayar upah orang jaga kebun, cuma tak sangka pula banyak.
Ada juga foreign currency mungkin masa mereka travel keluar negara dulu. Atuk dan nenek pesara pegawai kerajaan, so memang banyak duit lebih. Kalau ibu dah ayah tak bagi nafkah dulu pun memang atuk dan nenek boleh jaga aku.
Dua hari sebelum on duty untuk flight, aku singgah rumah ibu. Aku bawa tupperware yang aku jumpa untuk serahkan kepada ibu. Namun, niat baik aku untuk serahkan kepada ibu terbatal.
Masa aku tengah makan dan sembang2 dengan adik tiri di dapur, adik tiri aku bagitahu yang dia pernah dengar makcik dan sepupu aku bergosip pasal aku, dan ibu pun ada juga masa diorang gossip. Diorang mengumpat cara aku berpakaian.
Iya memang pakaian aku agak terdedah, tapi itukan uniform kerja aku. Aku pakai skirt paras lutut tapi itu untuk kerja. Ada lah juga gambar-gambar aku di media sosial yang agak terdedah cuma tak ada lah keterlaluan. Aku pun tahu batas tidaklah sampai nak jadi macam orang barat.
Kalau balik kampung aku pakai je tudung, cuma waktu kerja aku tak bertudung, dan kalau layover di luar negara pun aku tak pakai cuma takdelah terdedah mana pun, pakaian normal je.
Kerana kecewa, aku batalkan hasrat untuk serahkan kepada ibu barang kemas yang aku jumpa. Padahal sebelum balik aku nak ambil dah tupperware tu dalam kereta.
So aku pun balik dengan bengang dan sedih. Aku dah makan hati dari kecil dengan semua orang, sampai besar pun masih makan hati lagi.
Lama aku sedih dan aku decide nak balas dendam dengan semua orang dan move on. Waktu tu aku fikir kalau aku ambil semua yang aku jumpa, aku boleh lupakan semua kesedihan dan move on. Tanah, barang kemas dan cash yang aku dapat tu aku rasa dalam 200k juga.
Aku sedih bila fikirkan nenek. Nenek sanggup jual tanah besar dengan harga murah untuk pastikan aku dapat tanah tersebut. Aku sedih sebab buruk sangka dulu.
Aku tak tahu kenapa nenek buat macam ni, kerana sayang atau kasihankan aku. Dulu aku selalu nangis dekat nenek luahkan perasaan sebab orang lain ada ibu ayah dengan mereka, aku tak ada.
So sekarang aku nak simpan semua yang aku jumpa dan dapat sebagai balasan untuk semua. Aku rasa ini adil untuk aku dan ini cara Allah nak balas kesedihan aku selama ini.
Aku terfikir juga jahatkah aku? Tapi bila fikir balik memang mereka yang izinkan untuk ambil barang di rumah nenek. Jadi sekarang aku nak move on. Aku harap satu hari aku jumpa seseorang yang boleh jadi teman hidup dan aku tak lagi kesunyian.
– Lisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tolong serahkan harta-harta tersebut kepada waris-waris yang berhak. Jangan terlibat dengan dosa memakan harta orang lain kerana timbangannya “di sana” kelak amatlah berat. Semoga confessor dipermudahkan segalas urusan.
tp bukan waris dh cakap boleh amik apa2 yg didalam rumah tu?
Bang, tak tau citer sebenar jgn pepanfai nak nasihat orang. Pd saya, cara dia dah betul dah. Kadang2 dlm dunia tak boleh nak baik sgt. jaga pertuturan tu
Awak boleh tanya kpd org2 yg arif dlm hal ini.., dlu sya pernah dengar ceramah seorang as-satizah yg mngatakan: jika seseorang tu dah beli sebidang tanah (dgn harga yg dipersetujui), maka apa yg ada dlm tanh itu adalah milik dia.. klaw rumah pusaka itu termasuk dlm tanah yg awk dah beli dari nenek awk tu, mngkin juga awak layak mnerima brg2 tersebut.. tetapi jika ianya harta fara’id, mngkin perlu dibhagikan ikut hukum.. sperkara lg, atuk n nenek awk org yg ‘brpelajaran’ & berharta, mngkin juga mrk ada tinggalkn wasiat, cthnya: bla atuk awk mninggal, dia dah wasiatkan semua harta kpd nenek, dan bla nenek dah mninggal, mngkin ada yg diwasiatkan utk cucu yg dijaga.., atau pon klaw mrk tahu sifat ank2 mrk (yg rakus), mrk bole je ‘hibahkan’ semasa mrk hidup, tp mngkin juga mse tu ada yg membantah.. zaman sekarang semua yg kta ada ‘hak’ dia akn demand n protes.., pdhal mse org tua masih hidup, nk menjengok setahun skali pon susah, bla dah mninggal, masing2 pandai plak ‘claim’ hak mereka dlm islam, walhal mengambil t/jwb menjaga ibu bapa itu juga satu ‘kewajipan’.. wallahu a’lam., Allah jua yg maha mengetahui dan maha membalas.. dunia hanya sementara & Akhirat la tempat pembentangan segala2nya..
Tolong serahkan harta-harta tersebut kepada waris-waris yang berhak. Jangan terlibat dengan dosa memakan harta orang lain kerana timbangannya “di sana” kelak amatlah berat. Semoga confessor dipermudahkan segalas urusan.
rasanya ade yg salah faham dengan statement “ambil la barang2 yg tinggal dlm rumah nenek” tu… baik confessor atau yg komen kt atas2 ni.. Barang2 yang ade nilai perlu difaraidkan dengan sebetulnya… TT kena pulangkan atau bgtau semua waris berkaitan “harta” yg dia jumpa tu.. sebb ade hak org waris lain keatas barang2 tersebut.. ye faham dan sy setuju kisah hidup TT sangat kasihan tpi hak waris tetap perlu dipulangkan melainkan waris telah tahu kewujudan “harta” tersebut dan semua bersepakat setuju utk serahkan pada TT… bab tanah tu mmg dah sah menjadi hak TT