Hai Assalamualaikum, terima kasih admin sudi menyiarkan entry saya.
Penulisan ini pendek, tapi saya harap pembaca dapat memberi pendapat dan tips yang berguna untuk saya.
Saya Lestari, 30-an, sudah berumahtangga.
Saya ada satu masalah yang sangat kritikal iaitu saya memiliki bau ketiak yang sangat busuk, baunya tengik, pahit dan perit betul hidung ni.
Perkara ni dah berlanjutan sejak 2 tahun lepas.
Sebagai seorang perempuan, saya sangat malu nak bersosial, apatah lagi nak bermesra dengan suami risau bau ketiak saya ni mengganggu sebab saya sendiri rasa tak tenang dengan bau ni, huhu.
Kalau nak cakap tentang hygiene, saya kerap mandi, pakai deodorant dan kadang-kadang deodorant langsung tak membantu.
Sudah bermacam petua saya cuba. Guna tawas, kapur makan, limau nipis, semua gagal. Scrub pun saya dah cuba, keputusannya tetap sama.
Saya ada buat bacaan di internet, penghidap polycystic ovaries syndrome (PCOS) seperti saya normally akan mengalami masalah ini. Sejauh mana kebenaran tu, wallahualam.
PCOS tak ada penawarnya melainkan jaga pemakanan dan tukar gaya hidup.
Sejak di-diagnosed PCOS, saya dah tukar pemakanan dan gaya hidup. Tapi so far, isu bau ketiak ni tetap tak selesai.
Jadi saya memohon sekiranya para pembaca ada knowledge/ petua/ tips untuk dikongsi.
Tulislah di ruang komen, insyaAllah saya akan baca sebanyak yang mungkin.
Moga ada harapan untuk masalah saya ni selesai. InsyaAllah. Terima kasih semua.
– Lestari (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
pakai deodorant spray rexona atau nivea sahaja jangan pakai roll on. gudluck
Saya mengalami hal yg sama juga, buat masa ni sy menggunakan rexona spray shower clean dan setiap malam selepas mandi saya letak coconut oil
Balek kepada tradisi, buat air mandian limau purut, lepas tu scrub dgn ketiak pahit tu, Insya Allah bau harum ketiak tu. Daki2 juga tanggal. Banyakkan minum air masak, supaya toxid bnyk keluar melalui air kencing, selain jaga pemakanan. Pemakanan mempengaruhi bau peluh…semoga awak berjaya..
Salam. Punca ketiak berbau adalah bakteria dan peluh. Boleh tackle salah satu. Either pakai anti perspirant (bukan deodorant biasa) utk sekat peluh atau pakai je hand sanitiser (kan ada alcohol) utk hapus bakteria. Insyallah akan hilang bau. Sy dh try dua2. Anti perspirant tu kalau di guardian mahal amat (dlm rm60 cam tu, botol kecik je) tp sgt berkesan n pakao waktu mlm shj. Insyaallah..puan boleh cuba. Nak murah..pakai je hand sanitiser. First time pakai sakit sikit la. Kulit ketiak kan sensitif. Tp lama2 ok. Cuma hand sanitiser ni kena la sapu byk kali dlm sehari, depending tahap peluh/bakteria pada kulit kita.
Semoga berjaya puan.
Boleh try guna spray deo “smell no more”
Puan dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk merawat masalah yang puan hadapi. Semoga urusan puan dipermudahkan. Insha-Allah..
Nak cadangkan perspirex nanti tak boleh tidur pula.. ianya pedih atau gatal ketiak tu. Try smelly no more original tanpa bauan.