Assalamualaikum pembaca. Tiada perkara yang berat pon untuk diluahkan, sekadar melepaskan beban di dada.
Aku dah berkahwin, ada anak2 yang berusia bayi hingga 5 tahun. Masih ada ibu dan saudara kandung, yang semakin hari semakin jauh dek kerana kami agak susah.
Susah kami tidaklah sehingga meminta2, anak2 masih mampu makan kadang2 sedap kadang2 biasa alhamdulillah syukur. Cumanya semakin hari terasa semakin jauh saudara2 ku.
Aku berkerja sendiri atas pilihanku, memang dari muda aku suka dan membuat keputusan bekerja sendiri.
Suami juga memilih bekerja sendiri, walaupun sudah banyak kali berbincang untuk dia makan gaji supaya keadaan lebih baik tapi dia tetap memilih bekerja sendiri, aku hanya mendoakan yang terbaik untuk dia.
Dulu aku sangat rapat dengan saudara kandungku, serta ibuku, tapi kini, terasa sedih, ibu selalu mencanang perihal aku ke saudara lain, apa sahaja yang aku lakukan semua tak kena di mata dia.
Kami tidak tinggal sekali. Hubungan menjadi sedikit renggang bila mana ibu berkahwin lain, tapi kami tetap melawat ibu seperti biasa.
Cuma aku rindu, sebagai seorang anak, aku rasa sangat kecewa bila aku tak mampu bantu ibu, bagi duit bagi kemewahan kepada ibu.
Aku pernah mampu buat semua itu tapi itu dulu, bekerja sendiri memang ada pasang surutnya. Ibu ingat hati aku tak sakit ka bila mana aku rasa, aku tak mampu senangkan ibu. Hati aku sakit.
Kadang2 bila aku ada duit sikit aku beli apa yang aku mampu untuk dia. Yelah itu yang aku mampu, tak macam anak2 yang lain berduit, selalu beri ibu duit.
Berlainan dari aku, hanya mampu kirimkan sedikit sedikit sahaja barang bila aku mampu beli.
Tapi aku tertanya, dulu sewaktu ibu baru berumah tangga, hidup ibu senang ka? Bukan mudah untuk senang, hidup seperti roda kadang2 atas kadang2 bawah, kadang2 bawah lebih dari atas.
Orang yang susah ni tiada siapa yang suka, ibu bapa pon tak suka, adik beradik pon tak suka. Pertolongan kita dari segala segi tidak dipandang, hanya pertolongan org berduit sahaja yang dikira.
Aku selalu saja terima cacian dari saudara kandung, yang aku jaga tatang dulu. Bukan aku mereka cerita, tapi itu lah hakikat.
Bukan aku tak berusaha, sentiasa usaha dan berdoa. Sentiasa berdoa moga aku sentiasa mampu untuk beri apa yang ibu minta, moga aku sentiasa ada bila perlukan pertolongan aku.
Orang kata bercerita lah kepada Allah, ya betul aku sentiasa bercerita kepada dia, tapi aku juga manusia aku perlu bahu untuk bersandar.
Aku mohon pembaca doakan aku, semoga segala yang aku usahakan berhasil, semoga aku menjadi seorang yang lebih berjaya, dimurahkan rezeki yang diberkati. Terima kasih.
– PUTERI (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit