Isteri wajib taat pada suami. Taat ini bukan sekadar buat perintah agama tetapi ambil kira emosi suami.
Wajib rendahkan suara, bersopan santun, berbudi bahasa dan apa yang paling penting tidak membuat sesuatu yang menimbulkan salah faham suami. Wajib berhati-hati hatta sampai seinci perkara bila berhadapan dengan suami.
Sekali kita buat suami kita sakit hati walaupun hanya bergurau ketahuilah kita dah tempah tempat duduk di dalam neraka.
Rasulullahi صلى الله عليه وسلم pernah bawa seorang perempuan tua yang merupakan sahabat lama Sayyidatina Khadijah selepas Sayyidatina Khadijah meninggal dunia kepada ‘Aisyah Radiallahu ‘Anha,
Baginda bersabda yang lebih kurang mafhumnya, “Inilah kawan lama Sayyidatina Khadijah…”
Lalu Sayyidatina ‘Aisyah respon: “Kau masih menyebut Khadijah padahal dia sudah meninggal dunia? Dan Allah telah beri kepadamu seorang isteri yang lebih baik daripadanya iaitu aku!”
Maka wajah Rasulillahi صلى الله عليه وسلم menjadi merah kerana marah lalu Baginda bersabda:
“Dia lah yang ada denganku di saat orang2 meninggalkan aku, dia lah yang beri hartanya kepadaku di saat orang2 menyekat pemberian kepadaku, dia lah yang mencintaiku di saat orang2 membenciku…”
Sayyidatina ‘Aisyah pun diam seribu bahasa tidak dapat memberi balas.
Tidak ada hukum suami wajib taat pada isteri. Suami berhak bersifat tegas bila melihat isteri tinggalkan agama dan adab (Tasawwuf). Sekalipun suami meninggikan suara kerana berada di puncak kesabaran bila si isteri masih tidak berubah.
Beginilah wahai isteri2 sekalian, jika kita hormat suami maka tentu suami menghormati kita. Jika kita tidak menghormati suami, walaupun suami kita pendiam, bersiaplah dengan baju besi untuk lindung dari api neraka.
Kalaupun ada dalil ulamak2 dulu jadi penghuni syurga maqam tinggi asbab sabar dengan sifat garang isteri itu bukanlah dalil untuk kita jawab depan Allah bila Allah persoal sikap buruk kita dekat suami.
Sekalipun kita dapat suami kaki pukul, kaki curang, kaki itu kaki ini, kita refleksi diri kita mungkin kita ada dosa dengan orang lain hatta dengan binatang2 kecik umpamanya semut.
Ingatlah tiap2 barang yang di langit dan di bumi bertasbih kepada Allah. Mereka juga tentu berdoa bila dianiaya. Bukankah doa orang yang teraniaya itu makbul?
Lelaki tak selalu benar, wanita tak selalu betul. Dua2 kena saling bekerjasama untuk jadi lebih baik dari masa2 lalu.
Itu sahaja. Wallahu a’lam.
– Syadid (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
bapak aku pesan cari pemimpin keluarga yang bukan gila kuasa.
Atas tu baca intro isi input semua tiptop tapi datangkan bawah tu dia konar lipat weyh HAHAHAHA. Jadah apa kalau laki kaki pukul kaki apa segala isteri kena reflect kut ada salah tang mana. Dah sah2 la suami buat dosa wey tak pasal isteri kena reflect diri, TT cakap dengan budak sekolah pun dorang boleh jawab dengan bijak lagi. Pegi makan ubat minda bagi sel-sel otak berhubung. Parah dah ni TT.
Eh.. respect is to earn. Work on your value as suami qawwam then auto you’ll earn the respect. Ni kaki pukul, kaki curang, kaki pemalas, kaki biawak pun kena hormat ker? Lain mcm kau punya pahaman ni. Moga keturunan anak cucu perempuan aku dijauhi spesis lelaki mcm kau.
apa benda aku baca ni. bias gila
Salam, Encik Syadid (bukan nama sebenar).
Hadis tentang isteri perlu taat pada suami itu benar apa adanya seperti mana Allah telah tetapkan. Lelaki dan wanita yang memilih untuk menjadi suami dan isteri wajib bekerjasama dan saling menolong dalam menjalani biduk rumah tangga. Isteri wajib taat pada suami dan suami juga wajib berbuat baik pada isteri sebab isteri di bawah tanggungjawab suami.
Namun, harus diingat. Taat harus disertakan dengan ilmu dan adab. Lelaki adalah Arrijal, pemimpin. Rosak pemimpin, rosaklah pengikutnya.
Allah telah meninggikan darjat wanita dari hina menjadi mulia. Oleh sebab itu, Allah melarang mana-mana suami mengasari isteri, memukul hingga mendatangkan kecederaan baik secara fizikal mahupun mental.
Saya kurang bersetuju dengan pendapat tuan mengenai isteri perlu refleksi diri (kerana diberi ujian suami kaki perempuan, kaki pukul, kaki dadah dan kaki kaki lainnya) disebabkan kemungkinan ada dosa si isteri terhadap orang lain dan mungkin juga kepada haiwan kecil sekecil semut.
Tanpa tuan sedar, tuan menyalahkan mangsa keganasan rumah tangga dengan melabel mangsa ‘ohhh, kau ada salah la ni dengan makhluk lain sbb tu Allah bagi kau ujian laki kau jahat.’
Adakah tuan suka jika wanita melabel pihak kita (lelaki) seperti ini: Ohh sbb tu kau dapat isteri jahat sbb kau pun mesti buat jahat dekat manusia dan haiwan. Sbb tu Tuhan bayar cash kat kau.
Tuan suka ke dengar orang tuduh tuan sebegini? Sudah tentu tidak. Jadi, berhati-hati dalam memberi nasihat. Jangan pukul rata untuk semua keadaan.
Isu keganasan rumah tangga adalah isu yang sangat sensitif baik untuk suami mahupun isteri. Tuan mungkin tak tahu bahawa ada suami yang didera mental dan segelintir didera fizikal hingga trauma dan tak nak menikah dah. Begitu juga ada isteri sampai ke sudah ptsd dan takut bila lihat lelaki asbab didera suami kuku besi bertahun-tahun.
Akhirulkalam, saya harap tuan syadid (bukan nama sebenar) hayati satu ayat ini dalam fikiran tuan: Tak semua ujian yang Allah beri untuk menghapuskan dosa kerana asas ujian itu adalah pelajaran demi menguatkan jiwa manusia.
Sekian. Wassalam.
Jangan nak brainwash perempuan dengan suruh mereka redha dengan suami kaki pukul, curang etc, kemudian victim blaming si isteri.
Allah melarang berbuat zalim kepada makhluk. Pukul isteri adalah zalim.
Kenapa perempuan kena redha dan refleksi diri kalau suami curang? Kalau isteri Syadid curang, adakah syadid akan refleksi diri dan terima kecurangan isteri?
Kalau ada orang pukul Syadid, adakah Syadid akan refleksi diri dan redha di belasah?
Berdasarkan yg saya baca hehe, this context sesuai utk situasi dimana ” si suami ni dh jadi yg terbaik dlm rumah tangga, dh menunaikan tggjawab, dan tidak dihormati oleh si isteri”
Perihal rumah tangga ni bermacam ragam, jadi kita tengok context yg TT share ni dari sudut lain. Barulah kita tak anggap yg TT pukul rata semua.
apa benda ni siak..kena pukul ..kaki pukul kena taat ka..klo laki zalim kt isteri boleh ja mintak cerai..ni nk tggu mati kena pkul ka sbb nk taat punya pasal
Uish susah bro syadid nak jumpa wanita sesolehah tu zaman sekarang. Maklumla, perempuan makin cerdik, tak semudah tu kitorang nak ditipu hidup2 dengan penunggang agama.
Yg confess ni mesti org gisb otak seakan2 sama 🤣🤣🤣