Hampir Hampir Aku Dimadukan

Aku Nur. Aku telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Cerita ini bermula 8 tahun lepas. Aku tak tahu nak mulakan macam mana. Cerita dia begini…

8 tahun lepas, aku telah bernikah dengan suami yang kugelarkan dia sebagai B. Habis majlis bertandang di rumah suami, mestilah kita tidur di rumah mertua kan?.

Aku yang kononnya nak jadi menantu solehah ni, pergilah ke dapur pagi-pagi untuk sediakan sarapan. Tiba di dapur, mak mertua aku sudah berada di situ. Jadi, aku tolonglah apa yang patut.

Tengah-tengah aku tolong tu, biasalah kami pun berborak. Entah berborak pasal apa, tiba-tiba mertua aku cakap macam ni,

“Itulah, kalau tak dulu, B ni dengan Siti. Mama kenal sangat dengan Siti tu. Setiap tahun dia raya sini bawa family. Siti ni budak pandai. Belajar oversea. Dah jadi pegawai dah pun”.

Aku terdiam. It’s hurt ok. Aku pun grad oversea tapi rezeki aku belum ada. Aku surirumah.

Masa berlalu, aku biarkan kata-kata itu berlalu. Namun nama Siti tetap terngiang-ngiang di telinga. Setahun kemudian, aku lahirkan anak pertama kami. Aku cuba hantar resume ke banyak tempat. Namun masih tiada rezeki.

Aku positif, Allah beri sesuatu tepat waktu. Aku teruskan perjalanan sebagai surirumah. Setiap minggu, aku akan pulang ke rumah mertua dan bermalam. Aku teruskan rutin seperti biasa. Pergi ke dapur setiap bagi untuk menyediakan sarapan bersama mertua.

Setiap kali kami berdua, mak mertua aku tak pernah terlepas cerita tentang perkembangan Siti. Luluh hati aku. Mama ada bagitahu, dia ada niat nak jodohkan Siti dengan adik ipar tapi adik ipar tolak. Aku fikir, mungkin cerita Siti berakhir di sini. Ternyata tidak.

Tahun demi tahun, disingkatkan cerita, suatu hari, mama cerita pada aku. “Nak tahu tak, Siti dah nak bernikah dengan anak kawan pejabat mama”.

Aku menghela nafas lega. Mama sambung cerita. “Mama ada bagi duit dekat kawan mama untuk belikan Siti barang kemas sebagai hantaran dia nanti”. Aku diam tanpa kata.

Beberapa bulan kemudian, suami aku cerita pada aku. “Nur, nak tahu tak? Tadi mama ada cakap dekat saya, Siti dah bercerai tapi dia belum ‘disentuh’. Kenapa mama bagitahu saya eh?”.

Aku membalas, “manalah saya tahu”. Kemudian, aku ke dapur untuk minum air. Kebetulan ada mama di situ. “Nur, sini kejap. Nak tahu tak, Siti dah bercerai tapi dia belum disentuh”.

Sejurus mama habis cakap, suami aku pun muncul di dapur. Mama ajak kami duduk bertiga. Mama ulang balik kata-kata yang sama. Aku bangun, terus masuk bilik. Aku menangis semahunya.

Tak sangka, ingatkan cerita sehari selepas majlis bertandang itu sudah terhenti. Rupanya, sampai tahun ke-6 perkahwinan kami, mama masih menitip nama yang sama.

Bukan aku mandul. Aku ada anak 3. Bukan aku tak cantik. Aku ada rupa. Aku ada pendidikan cuma rezeki aku Allah simpankan dahulu.

Suami tahu aku sedih. Dia cuba pujuk. Aku minta dia tolonglah cakap dengan mama, janganlah sebut nama Siti lagi. Tapi jawapan suami aku, “Nak saya buat apa? Biarlah mama kan orang tua kita. Kita hormat saje. Awak nak saya jadi anak derhaka?”.

Aku tanya sendiri pada suami, “awak nak kahwin dengan Siti? Awak pernah ada perasaan dengan dia?”. Suami aku menidakkan semua.

Tengah hari tu, kami makan sekeluarga bersama adik beradik dan ipar duai yang lain. Mama cerita lagi pasal Siti. Siti dah bercerai, Siti belum ‘disentuh’. Yang paling buat aku kecil hati, mama boleh cakap macam ni,

“Itulah, kalau tak dulu Siti dengan B. Tapi B tak nak, B nak juga dengan Nur. Siti tu dah lah pegawai, budak pandai”.

Entah kekuatan dari mana, tiba-tiba terpacul dari mulut aku, “Mama, janganlah madukan saya”. Aku terasa hati sangat. Ipar duai semua tak ambil port. Mama boleh gelak-gelak je dengar aku cakap.

Mulai dari hari tu, aku nekad sungguh-sungguh. Aku ambil lesen, aku tabur resume merata, aku sambung study. Aku hidup macam biasa, sentiasa ajak suami balik rumah mertua setiap minggu.

Alhamdulillah, hari ini aku telah berjaya jadi pegawai kerajaan dan mama tak lagi cerita pasal Siti.

Aku maafkan, tapi parut luka yang dalam masih tetap ada berbekas dalam hati.

Menantu yang tersakiti,

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Masha Allah,sabarnya puan..tahniah puan..semoga bahagia selalu bersama keluarga tercinta,dan dipermudah urusan walau di mana pun..parut tu akan kekal,tp semoga Allah swt gantikan dgn perkara yg lebih baik diatas kesabaran puan.

  2. sampai tahun ke-6 ye puan bersabar , alhamdulillah..untung mertua puan , kalau dia dpt menantu lain , rasanya tahun pertama anak dia dah jadi duda..nak sgt lah dgn siti tu..tahniah puan

  3. Wahh…syukur alhamdulillah puan..tahniah utk puan..puan boleh jadi contoh.Puan buktikan pada Mil puan..seronoknya dengar akhir cerita.Mil terkilan kot sebab tak dapatenantu MCM Siti.Tpi puan lebih dari Siti.Itulah besarnya rahmat bila kita bersabar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *