Assalamualaikum, saya Neng (bukan nama sebenar) nak tanya pendapat semua.
Kami dah berkahwin 3 tahun lebih dan selama tempoh perkahwinan ni, suami dah 2-3 kali tukar kerja.
Kerja beberapa bulan pastu berhenti. Berhenti disebabkan boss yang toksik dan batu api kawan sekerja tu saya boleh terima, tapi kalau kerja nak ikut timing dia ni masalah. Sejenis lebihkan tidur kemudian badan lemau, endup malas pergi kerja.
Saya pun bekerja juga, uruskan anak dan buat kerja2 rumah. Isteri mana yang tak mengamuk kalau suami asyik malas pergi kerja. Saya memang paksa dia pergi kerja, sebab dia dah syok cuti kemudian jadi malas nak masuk kerja semula.
Jawapan dia mudah, MALAS. Saya betul2 naik angin sebab sakit hati dengan jawapan dia. Saya terus ingatkan dia, dah berapa banyak kali asyik tukar kerja. Komitmen dia siapa nak tanggung. Saya sendiri cukup2 makan nak bayar komitmen saya.
Yang paling saya sedih dan kecewa bila suami anta mesej, “Aku akan lepaskan kau lepas bayar semua duit2 kau, kau tak kan serabut lagi dan tak perlu kisah pasal diri aku lagi”.
Hati saya rasa macam kena gores dan tak tahu nak cakap apa. Allah saje yang tahu perasaan saya waktu tu..
Sebab kata2 macam tu, bukan pertama kali dia cakap. Sebelum ni kami pernah gaduh besar, waktu saya tengah mengandung dia pernah cakap benda yang sama.
Saya anggap suami saya, senang betul melepaskan. Tak fikir orang sekeliling, hanya fikir diri sendiri. Diri sendiri ada salah, dia tak nak betulkan. Nasihat isteri pun tak nak dengar. Hanya anggap bebelan.
Kadang2 saya fikir, kenapa Allah tak tarik nyawa saya waktu beranak tu. Saya tak perlu hadap lagi perangai suami, biar dia tahu betapa peritnya hilang saya dan berubah tanpa saya.
Saya cuma minta dia fokus kerja, jangan ponteng dan kalau ada rezeki lebih share dengan family. Saya tak pernah paksa atau minta dia emas ke apa, sebab tahu tahap kemampuan suami macam mana.
Tapi bila dia buat main dengan kerja ni, saya betul2 rasa kecewa sangat. Susah juga jadi isteri yang terlalu memahami suami. Saya rasa macam saya ni, isteri yang derhaka sebab marah, naik suara dekat suami.
Saya dah cuba nak berbaik tapi suami mcm tak endah. Kami dah tak bercakap seminggu. Ego suami terlalu tinggi. Sekarang ni, apa yang perlu saya buat? Kalau suami dah cakap nak lepaskan tu, dah jatuh talak ke?
Terima kasih sudi mendengar luahan sang isteri.
– Neng (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Situasi mcm ni, Angah dah pernah lalui lama dulu. Isteri mana je yg tahan klau suami malas kerja, harap isteri tanggung segalanya. Klau mcm tu gayanya, lbh baik x payah kawin. Jaga diri sendiri, bahagiakn diri sendiri je, kn. Awak buat lapuran ke pejabat agama berdekatan. Tp sblm tu lapurkn pd kedua pasang ibubapa. Baru bertindak semoga dipermudahkn urusan.
Kelakar pula.. kenapa pula lakinya nak rasa perit hilang TT? Dia boleh kawin lain laa.. TT mati ke sakit jiwa ke laki tu boleh kahwin lain. Sanggup bertahan sampai beranak pinak.
Confessor, sebagai seorang lelaki yang dah berkawan dengan pelbagai jenis manusia. sejujurnya saya dapat rasakan, kemungkinan suami awak ada terlibat dengan bahan terlarang. symptom yang sama saya lihat dengan orang2 yang saya kenal. ni cuma tekaan saya, mungkin boleh periksa dahulu. kalau betul, masalah yang lain perlu diselesaikan dahulu.