Kali terakhir aku menghantar luahan di sini ialah 4 tahun yang lepas. 20/12/2019 bertajuk Ibu Toksik II, (https://iiumc.com/ibu-toksik-ii/).
Lima hari selepas itu, aku selamat bersalinkan anak pertama aku yang kini berusia lima tahun.
Jarangkan orang nak update kisah hidup kat sini, aku masih peminat setia IIUM Confessions. Seronok dapat baca kisah hidup orang lain, ada yang dapat kita jadikan pengajaran, buat kita lebih bersyukur dengan kehidupan kita sendiri.
Di post terakhir aku, aku banyak cerita tentang kekecewaan aku terhadap ibu. Tapi hidup aku teruskan. Dia mintak maaf, aku terima. Low contact, aku ikut nasihat pembaca yang comment dekat confession aku dulu.
Hidup jadi biasa balik. Happy dah untuk aku. Tapi bak kata Zamani, ku sangka panas berpanjangan, rupanya gerimis di tengahari. Aku tak sangka, aku bakal menghadapi kekecewaan yang lebih besar.
Tahun 2022, ibu aku kahwin lagi. Dengan lelaki baya adik aku. Beza umur 30 tahun. Sekarang ibu aku 56, lelaki tu baru 26. Esok dia nak kahwin, hari sebelumnya baru dia bagitau aku. Time tu tak sampai sebulan lagi nak puasa.
Aku kecewa sebab dia tak bagitau aku langsung. Adik beradik, family semua tahu. Aku ni bukan anak dia ke. Aku ni tak penting ke dalam hidup dia.
Itupun kurang sikit kecewanya sebab kakak aku ada bagitau aku senyap-senyap sebelum tu ibu aku nak kahwin dengan lelaki tu. Kalau tak mesti beribu-ribu kali kecewa.
Aku tahu kenapa ibu aku taknak bagitau aku sebab aku ni jenis straight forward. Dalam family, aku sorang je yang berani menentang, mempersoalkan tingkah laku dia.
Memang jodoh pertemuan ni qada qadar Allah. Muda ke tua ke siapa kita nak persoalkan kan. Yang bengkek lagi, budak lelaki tu takde effort langsung nak perbetulkan keadaan. Dia pun kahwin tak bagitau mak dia.
Tapi bagi siapa yang pernah baca confession aku sebelum ni, keputusan ibu aku kali ni buat aku jadi triggered dengan kisah lama dia kahwin dengan Uncle Mat tu.
Kecewa aku sampai aku tak mampu dah nak bercakap dengan ibu aku. Tak mampu nak berborak macam dulu. Tak mampu nak menatap muka dia. Teruk kan aku. Dengan ibu sendiri pun berdendam.
Tapi yang peliknya, dalam keluarga aku takde sorang pun yang macam menentang atau pun kecewa. Diorang semua buat macam tiada apa yang berlaku.
Aku sampai rasa aku ni overreact ke. Aku jeke yang lebih-lebih marah. Aku memang go no contact dah dengan ibu aku. Social media dia pun aku block.
Aku ada consult dengan counselor tentang hal ni disebabkan sebelum ni aku ada mild depression. Is my feeling valid? Aku overreact ke?
Nasihat counselor tu buat aku lega. Bila semua orang okay tapi aku tak okay, tak bermakna perasaan aku tak valid.
Setiap individu berbeza, kalau bagi orang lain, diorang boleh lupakan atau cover kesakitan tu, tapi aku tak boleh. That doesn’t mean, you over react. Kesakitan kau valid.
Owh btw, Aku masih berdoa agar Allah lembutkan hati aku untuk melupakan semua kekecewaan aku terhadap ibu.
Setiap kali dia manjakan cucu dia, belikan dia macam-macam. Aku sedih sebab I didn’t get the same thing from her. Aku akan menangis lama. It triggers all the bad memories.
And my daughter looks exactly like me waktu I kecik. Tak tahulah. Mungkin dia nak tebus balik kot semua kesilapan lalu.
Doakan aku ye. Ustaz kata being alive itu pun ujian. Kehidupan ni ujian. Doakan aku semoga aku lulus ujian ni.
– Jiwon (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit