Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Aku baca kisah ‘Pesanan Buat Menantu’ (https://iiumc.com/pesanan-buat-menantu/), tak tahu apa nak rasa. Namun sedikit luahan hati buat IBU MERTUAKU.
Aku baru berkahwin cukup setahun bulan ni. Sebelum kahwin, aku dikenalkan dengan keluarga mertua. Semua alhamdulillah baik sopan sangat. Lembut tutur kata, adab bahasa.
Panggilan ‘syg’ dari ibu mertuaku buatku. Aku sentiasa mengambil hati mereka, dan mereka juga sentiasa membekalkan aku sesuatu tiap kali berjumpa.
Suami yang aku kenal sebelum kahwin sentiasa setiap masa mengambil berat tentangku. Selepas kahwin, nightmare hingga kini.
Setiap hari ibu mertua akan call anak lelaki kesayangannya. Setiap hari. Tak kira masa bahkan, baru 3 hari kahwin, ditengah2 malam call tanya khabar dan “tengah buat apa tu”.
Ibu mertua sunyi? Tak. Dia masih ada suami, masih ada anak2 lain dan cucu dirumahnya. Honeymoon? Dia ikut dan membentak jika tak membawanya pergi sekali.
Ya betul, suami harus mainkan peranan. Tetapi suami merupakan seorang anak yang sangat menurut perintah dan taat. Sangat takut jika tidak angkat call. Sentiasa update apa sahaja kami buat, kami pergi.
Jika tak update, ibu mertuaku sendiri akan tanya tanpa henti. Lambat jawab atau tidak berjawab, seluruh keluarnya memboikotku, memerliku seolah2 aku control suamiku. SUAMIKU.
Setiap 2 minggu sekali wajib balik ke kampungnya. Kadang tak sampai seminggu, drama dah bermula untuk menyuruh kami pulang. Maaf silap, bukan kami tapi suami. Siap pesan pada suami, tak perlu bawa aku pun tak apa.
Masih segar di ingatan satu ketika dulu, aku terlantar sakit di rumah. Suami tak dapat balik ke kampungnya kerana ingin menjaga aku.
Drama hantu bermula mendesak suamiku untuk balik juga. Suami akur dan tinggalkan aku yang sedang menangis sakit, sakit. Sakit di hati lebih sakit dari segalanya.
Di kg, ibu mertua menasihati suamiku agar biarkan sahaja aku begitu, biar ibu kandungnya sendiri jaga, jangan manjakan dia.
Aku pernah menangis, melutut, merayu pada suami agar sedar, tak semua benda perlu diceritakan kepada orang termasuk keluarganya. Tak perlu update semua kisah kita walau didesak.
Aku yang dulunya periang menjadi pendiam. Aku hilang diriku yang dulu. Hilang. Aku sentiasa bincangkan tentang ni tapi tak didengar.
Rekod sakit di klinik dan hospital semakin tebal. Doktor tak dapat sahkan sakit yang aku alami. Rasa sayang pada semua bertukar benci.
Aku benci dekat dengan dia. Aku benci pandang mukanya. Tapi bila jauh, aku nangis terlalu rindu.
Mukaku sakit, badanku sakit. Suami? Semakin gila bayang dgn ibunya sendiri.
Dari bangun tidur, ke tempat kerja, balik kerja, sambung sebelum tidur sentiasa dengan telefon bersama ibunya hingga kini.
Bapa mertua, seolah2 buta. Paling menarik, adik beradiknya yang lain tidak pernah diganggu, malah ada yang duduk berjauhan tapi tidak langsung menerima call dari ibu mertuaku.
Kini aku dalam proses memulihkan diri semula. Semoga aku kuat dan semoga suami akan sedar suatu hari nanti.
– YANG MENDERITA (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit