Entah

Hi nama aku Bunga, aku berumur lewat 20 an. Aku lulusan degree. Dulu masa sekolah aku bukan budak pandai, budak biasa-biasa saja.

Tapi masa SPM aku dapat 5A.. terkejut ya sebab tak pernah dapat sebanyak A macamtu zaman sekolah. Aku sambung diploma dan degree di UITM masa tuh tau apa nak buat, nak ambil kos apa semua aku dah tahu.

Since aku yang pertama masuk universiti jadi aku takda rujukan dengan sesiapa aku buat keputusan sendiri, ada la tanya pendapat family yang educated tapi sekadar bertanya sahaja sebab aku memang dah tau kos apa yang aku nak.

After degree, macam biasa susah sikit nak cari kerja kos yang sama. Btw aku ambik HR so aku start kerja dulu dalam bidang lain for a year then aku resign.

After 2 months resign, aku kerja balik as HR, lama jugak aku kerja nak dekat 4 tahun. Dalam masa setahun lebih aku kerja, aku ada la p interview nak tengok resume aku layak tak layak orang panggil interview, saja test market.

Ada la beberapa interview yang aku p tapi tak diterima so aku just continue kerja macam biasa. Masa tuh kalau dapat okay, tak dapat pun okay sebab saja ja test market.

Then, aku dapat better offer dari kilang aku memang berangan nak masuk kilang dah lama sebab bagi aku dapat belajar banyak.

Tapi rupanya keputusan tuh salah, aku tak belajar sangat pun tentang HR aku buat job scope yang luar dari bidang sangat luar ya sampai otak aku tepu.

I had plan my life ahead dah lepas dapat kerja dekat situ sebab goals aku 2024 memang nak dapat kerja baru and gaji pun aku dapat yang aku nak. Aku dah ada certain age, aku nak gaji berapa so tercapai.

Tapi bila masuk indah khabar dari rupa which is aku tak salahkan sesiapa aku salahkan diri sndiri. Mungkin aku terlampau cepat buat keputusan sampai tak fikir baik buruk. Aku tahan 3 bulan ja dekat kilang tuh.

Kilang tuh okay dari segi gaji, bonus, working hours okay sangat tapi sayang macamtuh pulak.

Then aku resign, sebab aku rasa macam aku dah tak boleh go p kerja pun tak happy, bagi aku menyusahkan orang lain so better aku resign bagi dekat orang lain tempat aku.. mungkin orang lepas nih] boleh terima kerja yang macam tu.

Then after resign aku rehat 1 minggu lebih, aku dapat kerja baru gaji kurang dari before sebab company kecik paling kecik dalam smua company aku pernah kerja.

Aku nak cuba even gaji sikit tapi mana tau aku happy or suka. But turns out, tak jugak. Adalah beberapa faktor buat aku tak suka.

So aku sekarang tengah berbelah bahagi whether aku patut take a career break sekejap rehat sampai aku ada semangat balik nak kerja or terus ja kerja even tak suka.

Btw, aku ada la simpanan sikit commitment pun tak banyak. Tapi aku masih berbelah bahagi.

Sebab aku rasa sangat mengarut kerja tak sampai beberapa bulan nak resign, sebab nih bukan aku.

Aku selalu setahun baru aku resign aku tahan ja tapi sekarang dalam probation pun aku ambik MC, EL la mostly sebab aku pergi inv tempat lain tapi none of the job aku minat pun.

Then yang lain aku cuti sebab aku malas nak pegi kerja which is not me.

Aku dalam tempoh probation mmg tak akan ambik cuti or MC. Aku tak suka unpaid leave, MC pun aku kerja dah 4 tahun lebih in total tak pernah ambik. Tapi after kerja kilang tuh aku berubah sikit.

Nak minta pendapat orang yang dah berumur tentang nih. Terima kasih sorry kalau berterabur.

– Arnab (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *