Salam semua. Nak ringkaskan cerita pasal menjaga orang tua. Aku juga insan terpilih dalam kalangan adik beradik untuk jaga parents aku. Sejak dari awal berkahwin lagi memang aku yang jaga.
Awal-awal happy je lama-lama ada rasa dengki dengan adik beradik lain yang bebas pergi mana-mana tapi aku mesti fikir nak bawa parents aku sekali yang mana budget pun kelaut lah sebab aku bukan kaya mana.
Cumanya aku nak ambik semangat orang yang senasib dengan aku. Aku kagum dengan mereka dan aku harap kita boleh berbangga dengan takdir Allah untuk jaga orang tua.
Dalam pada kita rasa susah, jangan lupa zikir seribu kali dekat mulut mintak Allah pelihara hati kita supaya ikhlas & redha.
Aku yakin seyakinnya balasan baik untuk anak yang korbankan diri menjaga orang tua. Oh jangan lupa mintak syurga juga.
Apalah sangat keterbatasan kita dekat dunia ni. Bagi lah alasan macam mana pun yang kita nak, busy dengan suami & anak-anak ke, miskin ke, sibuk kerja ke tetaplah tak jatuhkan tanggungjawab kita jaga orang tua.
Kita boleh cipta seribu alasan, tapi kita juga boleh cari seribu jalan nak jaga orang tua kita. Nak dengan taknak je sebenarnya.
Bak kata ceramah yang aku dengar. Jaga orang tua ni antara tuntutan paling tinggi selepas Allah & rasul. Susahnya Allah pun tahu sampai sebut ia satu jihad. Jadi kenapa kita taknak rebut peluang. Mana ada jihad yang seronok.
Marilah pujuk hati kita untuk sabar & redha. Sekali sekala meroyan tu biasalah kita bukannya nabi yang maksum. Asalkan lepas lah kita dari pertanyaan Allah nanti.
Kalau dengan jaga orang tua ni buatkan Allah redha dengan kita. Keseronokan dunia yang lain dah tak penting.
Mungkin ibadah solat kita pun tak sempurna mana, zikir pun sikit, quran pun jarang baca. Adalah tu hikmah kenapa Allah pilih kita. Kita je yang memberontak sebab tak dapat faham kenapa Allah pilih kita.
Aku pun struggle. Tapi kalau down tu kena banyak kan tengok ceramah. Gitulah.
– Nobody (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bersyukurlah awk telah ‘terpilih’ di antara adk bradik yg ada, utk menjaga parents atau org tua yg disayangi.. cuma kena ada rasa ikhlas dan redha terhadap apa jus cabarannya, inshaa Allah akan beroleh Syurga-Nya di Akhirat nt.., satu cth atau kisah yg boleh kita ambil teladan ialah ‘sahabat’ Rasulullah, Uwais al-Qarni; yg x dpt berjumpa Rasul pd zamannya, kerana mnjaga ibunya yg sakit, di mana uwais ‘memikul’ ibunya di belakangnya, ketika menunaikn haji.., & Rasulullah telah berkata bhw dia adalah ahli Syurga dan doanya makbul, sehingga khalifah Umar juga pernah meminta Uwais utk mendoakan nya.. Insya Allah, yakinlah dgn janji2 Allah.. bagi memberi ‘pahala’ jugak kpd adk bradik yg lain, mintalah diorang membantu juga dari segi kewangan, krn awk dah sanggup berkorban msa n tenaga.. sesekali, mintalah mereka menggantikan awk (sama ada dtg ke rumah awk, atau mereka ambil parents ke rumah diorang or bwak mrk mkn angin), masa tu bole lah awk ‘berehat’ skejap utk spend mse dgn family awak pula.., at least bole regangkn otot, berjalan di taman or pantai, or even bole pergi ke mall, shopping or window shopping.. itu pon klaw adik bradik tu nk jugak ‘pahala’ utk jaga parents tu.. apa2 pon, utk jaga org tua ni, bkn shj perlu ada kekuatan fizikal, ttp juga mental, spiritual seta rohani perlu ‘mantap’, kna teis segala kata2 hasutan dari syaitan yg mmg dengki kpd hamba Allah yg ingin mendapat pahala dari kebaikannya yg ikhlas.. wallahu a’lam