I dah kahwin for over 20 years. First 10 years tu i sakit. Sakit misteri.
Sebulan sebelum nikah, tiba-tiba i lumpuh. Keluar masuk hospital. Xray, CT Scan, MRI keputusan semua normal. Tapi i tak boleh jalan. Kaki macam dicucuk-cucuk.
Ayah i minta keluar sekejap hospital. Minta tolong orang Darusshifa ngajikan i. Dua tiga jam dia ngaji je. Tak buat apa pun. Ngaji then tiup kaki i.
Tiba-tiba i boleh bangun dan jalan. Sakit yang mencucuk tu berkurang. I makan pain killer dos paling tinggi pun masih sakit. Ini misteri nusantara betul!
I dapat juga kahwin. Tapi 10 tahun pertama tu menyedihkan. I sakit on off. Sekejap sesak nafas. Sekejap tangan tak boleh angkat. Sekejap sakit kepala macam nak pecah.
I marah-marah husband i. Kenapa i sakit macam ni lepas kawin? I nak bercerai. Tengking, marah, maki semuanya husband i hadapi.
Hidup i melayan sakit. Setiap malam i tak boleh tidur. Husband i akan ngajikan i setiap malam. Dapatlah tidur sejam dua.
Kadang beberapa hari tak boleh tidur. I nak tidur je kaki i kena cucuk. Tak tahu siapa cucuk. Rasanya seperti jarum tajam penuh di kedua kaki. Tapi tak nampak!
Setiap minggu pergi Darusshifa. Kadang seminggu 2-3 kali cari ustaz sebab i tak tahan sangat sakit tu. Lepas jumpa ustaz, legalah sekejap. Lepas tu datang lagi. I dah jadi mayat hidup.
Berbeza hidup i masa anak dara. Produktif. I further study dan buat part time. Masa i terisi dengan baik. Hidup i terurus. Agak hot juga i masa tu sebab ada beberapa kawan lelaki yang mahu masuk meminang i.
Masa sakit i ingat dah sampai ajal. Sebab sakit yang tak dapat nak digambarkan. Husband i dah la keje. Dia juga yang teman i ke sana sini cari ustaz. Dia juga lah bersengkang mata tak tidur jaga i.
Usahkan nak bersama, nak masak pun i tak mampu. Tapi husband i tak pernah marah i.
Tapi tu la, setiap kesulitan Allah beri kemudahan. Lepas 10 tahun, lama-lama sakit tu semakin berkurang. Masih ada, tapi bearable!
Masa ok i boleh perform masak, kemas rumah, jaga husband. Masa tak ok, i tumbang. Tapi lepas 10 tahun i tumbang tak lama macam dulu.
Allah bagi juga i zuriat. Bukan 1, bukan 2, tapi 4 cahaya mata. Allah bagi lagi keempat-empat ini semuanya terang hati. Alhamdulillah. 2 daripadanya sudah terbang ke luar negara dengan tajaan. 2 lagi di SBP.
Mula-mula terasa sesak pergi berubat ke sana sini, mesti duit habis. Tapi tak, duit tak habis. Makan cukup tak pernah miss. Tak mewah tapi cukup makan pakai.
Lepas 10 tahun Allah beri rezeki husband dapat bertugas di Australia. Bermastautin kami di sana.
Tak sangka lepas 10 tahun baru dapat balas rasa kasih sayang husband. Baru kenal erti cinta. Baru dapat merasai kebahagiaan rumahtangga. Baru dapat peluang melayan suami zahir dan batinnya.
Tidur tak lepas tangan, kulit ke kulit. Makan bersuapan. Whatsapp penuh message kerinduan. Ya Allah macam ni ke nikmat kasih sayang suami isteri?
Allah beri lagi hadiah. Pulang ke Malaysia, suami dapat HLP. Habis HLP naik pangkat ke Jusa C.
Semoga kisah ini jadi saksi kami di akhirat. Semoga Allah balas kebaikan husband dengan segala kebaikan dunia akhirat.
Kalau ada masalah dalam rumahtangga, kita hadaplah sama-sama. Dengan sabar, rupanya Allah beri pelangi yang tidak pernah pun terfikir mengenainya.
Alhamdulillah.
– Orkid (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Banyak kisah2 pelangi selepas hujan seperti ini o yang perlu dikongsi bersama agar dapat memberi perangsang dan dorongan kepada semua.
Alhamdulillah, semoga Allah kekalkan nikmat awak sekeluarga sehingga ke Jannah..Amiin
Alhamdulillah…mungkin asbab berpindah ke Australia. Jauh daripada pandangan orang Malaysia yg hasad dengki dan suka sihir2 orang ni.
Dah agai dah. For sure disihir. Mgp ada org yg tega buat hidup org lain mnderita sampai mcm tu ye. Mcm xada ‘hati perut’. Bkn je manusia, org begini Allah xampunkn dosa. Ya Allah, jauknn lah kita semua dari disihir Angah doa moga awak sentiasa dlm bahagia ye. Aamiin….