Assalamualaikum semua pembaca, kisah yang akan aku tulis ini adalah dari pengalaman aku sendiri sebagai seorang perkerja kilang yang sedang mencari tujuan dalam hidup. Hihihi.
(Maaf kemungkinan bahasa rojak dan campur yang akan digunakan)
Aku sebelum itu berhenti berkerja sebagai engineer dari sebuah kilang akibat tidak tahan dengan keganasan yang berlaku di tempat kerja.
Ianya melibatkan budaya ganas yang di agungkan dan disukai sendiri oleh manager ku yang kononnya seorang bekas askar yang kaki sembang cam hanat puih!. Dia sangat suka perkerja bergaduh, kata dia yang aku ingat, “bergaduh sebab kerja ni bagus, baru betul komited.”
Disebabkan prinsip ‘hidup perlu tenang’ aku meletakkan jawatan sebelum aku berisiko menghidap deepression dan anxiety (telah disahkan oleh kaunselor dan doktor di hospital).
Dengan tenang aku melayari hidup sebagai seorang ‘food delivery man’ selama 3 bulan sebelum aku mula berkerja di sebuah kilang di daerah yang lain.
Asbab menjadi penghantar makanan inilah membuat aku banyak dapat berjumpa dengan manusia lain di luar sana. Aku beranikan diri untuk bertanya pada setiap kilang yang aku hantar makanan, tentang jawatan kosong.
Sampailah aku diterima berkerja di sebuah kilang ini. HR nya sungguh baik dan professional, membuatkan aku berasa tempat kerja ini tempat yang bagus.
Aku dipanggil untuk IV sejurus menghantar resume, dan diminta untuk memulakan perkerjaan seawal yang boleh. Cuma jawatan yang diberikan rendah sedikit dari yang sebelumnya, tetapi tidak menjadi masalah selagi gaji yang diberikan sama.
Aku meminta masa selama 2 minggu sebelum memulakan perkerjaan, mereka bersetuju. Dalam keterujaan itu, sebenarnya ada perasaan takut yang kuat dalam hati. Sehinggakan aku pernah hampir menangis ketika mandi, seakan2 tomok dalam video klip lagu meraung.
Ada perasaan risau dan takut yang kuat. Aku yakin ini adalah kesan daripada pengalaman aku berkerja dengan kilang sebelum ini.
Ex boss! aku harap kau pon akan menangis dalam bilik air mcm aku satu hari nanti. Confirm buruk muka kau, tak nangis pon dah tutt.. Ok cukup sekadar itu.
Dengan restu ibu bapa dan isteri aku memulakan perkerjaan di kilang yang baru ini. Paginya aku bertemu dengan HR, sangat ramah dan baik. Seterusnya aku dikenalkan kepada orang lain. Dibawa ke pada semua orang. Aku yakin dalam hati mereka ‘hensem seh budak baru ni’.
Seterusnya aku dibawa pula ke office manager aku, bertemu dengan bos dan seorang senior technician ini.
Awalnya aku pelik, “Kenapa dalam office manager ni ada dua meja, berkongsi dengan seorang lagi technician. Bilik lain manager duduk seorang saja, bilik ni dahlah kecik. Tapi tak apalah, lain tempat lain budayanya” bisik aku dalam hati.
Setelah itu aku dibawa turun, ke office aku. Aku ditempatkan bersama dengan engineer lain, mereka baik dan peramah, seorang perempuan dan seorang lelaki. Aku berkenalan dan terus cuba untuk memahami perkerjaan yang akan dilakukan oleh aku nanti.
Dalam kesunyian itu tiba2, engineer perempuan itu bagitahu aku “kamu jangan risau, kita kat sini akan cuba bantu kamu selagi yang boleh”. Aku tersenyum, dan agak pelik sikit. Mereka ini dari department lain, tetapi bersemangat untuk membantu aku. Aku iyakan saja.
Sampailar satu masa aku dipanggil oleh technician itu. Dia terus bercerita tentang apa yang kilang ini buat, dan proses2 yang terlibat. Oh iya aku disini sebagai seorang SV. Aku yakin aku perlu tahu ini semua kerana ini adalah tanggungjawab aku kelak.
Tapi technician ini berkata “semua ni nanti2 awak boleh tahu, yang penting kenal orang sini dan belajar susun jadual’. Agak pelik tetapi aku masih terima dan ikut.
Tak sampai 10 minit penerangan proses, ayat2 tiba2 bertukar.
“Jangan jadi macam SV dulu, saya memang geram dengan dia bla bla bla, buat kerja tak pandai bla bla bla, saya kena siapkan kerja dia bla bla bla, sembang macam orang hebat bla bla bla, semua ni saya yang buat bla bla bla, tengok engineer kat dalam bilik tu buat apa bla bla bla, tak function bla bla bla, kat sini saya yang tahu bla bla bla..”
Dalam hati aku tiba2 terdetik, “Aku rasa sembang camni aku pernah dengar dulu nii, Oh ya! ex manager taikokuu!” Oo apakah ini, terlalu banyak SAYA dari KAMI. Membuatkan otak aku teringat perkara2 hitam lama. Patutlah engineer tadi tiba2 menasihati aku..
Selesai diberi penerangan hebat oleh brader itu yang lebih banyak bercerita tentang kehebatan dirinya, aku minta untuk ke tandas. Rasa nak terberak tiba2, mungkin terlalu banyak kehebatanya yang aku dah telan, jadi aku perlu keluarkan sikit.
Bermulalah kisah hitam akuu… Bersambung next post.
(Note : Tiada yang terjadi di dunia ini melainkan datang dengan hikmahNya, aku yakin ada pengajaran yang aku dapat dari semua ini)
– Tenang is good (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit