Salam semua, aku saja je nak menulis kat ruangan ni tentang kehidupan aku.
Aku seorang isteri yang bekerja. Gaji aku lebih sikit lah dari suami.
Kami gaji cukup2 makan. Ada lebih boleh makan luar, ade masa makan telur je dengan kicap. Pergi kerja pun bawa bekal.
Biasalah hidup zaman sekarang ni banyak pakai duit. Sewa rumah, kereta, pengasuh, minyak, susu pampers, semua nak bayar.
Itu belum lagi bila kereta buat problem, roadtax mati dan sebagainya, pening jugalah nak settle.
Aku nak apa apa semua aku usaha sendiri. Kadang nak minta suami 10 ringgit pun susah sebab duit dia memang cukup2 makan beli keperluan rumah je.
Tapi alhamdulillah, disebalik kekurangan tu, dia seorang suami yang sangat rajin buat kerja rumah.
Boleh dikatakan 90% kerja rumah dia yang buat.
Sejak aku kahwin, sekali pun aku tak pernah basuh kain dan sidai kain. Aku cuma lipat baju, kadang2 masak, dan jaga anak sahaja.
Kekurangan dia cuma dari segi kewangan dan mulut dia agak menyakitkan hati kadang2, suka cakap lepas.
Dia punya tahap kesabaran tu lebih rendah dari aku. Selalu gaduh pun sebab sakit hati dengan mulut dia lah.
Ape apepon aku sayangkan keluarga kecil aku ni.
Semoga Allah limpah kurniakan rezeki yang melimpah ruah pada kami dan jadikan suami aku orang yang lebih bersabar. Aamiin…
– Sipolan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit