Setelah setahun aku healing akibat dicurangi, aku berkenal rapat dengan kawan zaman study aku dulu. Sikap dia yang baik, pandai ambil hati, bagi princess treatment, pendengar setia membuatkan aku tertarik dengannya.
Dan benda yang paling aku tak sangka ialah dia pun dah menyimpan perasaan dekat aku sejak belajar lagi.
Nak dijadikan cerita, after dia perkenalkan aku dekat keluarganya (tanpa berjumpa), semua seolah membenci aku. Mereka berkata yang S (bf aku) masih tak stabil untuk ada gf. Tapi itu secara dasarnya sahaja kerana yang detailnya mereka berkata yang aku ni bukan taste keluarga.
Maknya kerap mencarikan calon untuknya. Maklumlah dia anak kedua tapi sulung lelaki. Cucu lelaki sulung pula.
Setelah sekian banyak perempuan yang diperkenalkan, dia tetap memilih aku. Yes aku bangga dengan pendirian dia yang tetap memilih aku dalam apa jua keadaan tapi aku sakit dengan penghinaan ibu bapanya.
Aku bersyukur yang kakak dan adiknya terima aku seadanya. Mereka nampak yang aku ni mendatangkan kebahagiaan & keceriaan dalam hidup abang/adik nya.
Hari demi hari, aku dapat tahu yang ayahnya tak suka aku. Ayah dia kerap membenci bila ada yang buka topik berkaitan aku.
Ayah nya kerap berkata “taste keluarga kita putih gebu, tinggi lampai” sedangkan aku ni hanya sawo matang dan berketinggian 154cm je. Oklah sebab S pun tinggi 165cm je. Tak jauh beza mana pun and ramai je lagi couple luar sana lebih kurang ketinggian macam tu perbezaannya.
Tapi aku tak tahulah, maybe ayahnya nak jadikan isterinya contoh. Sebab mak dia lebih tinggi dari ayah dia. & ciri yang ayahnya nakkan tu ada pada mak dia. Aku banyak persamaan dengan maknya cuma bukan dari warna kulit dan ketinggian.
First time aku jumpa maknya, soalan biasa la mak mertua terpaling perfect akan tanya “pandai masak?”. Alhamdulillah aku reti masuk dapur dan reti masak serba sedikit. Tapi itu tidak memuaskan hati ayahnya.
Sepanjang makan bersama, sikit pun ayah dia tak berborak dan toleh aku. Aku cuba mendekati dan buka topik tapi makin menjauh dan tidak sepatah pun soalan aku dijawab. Dari situ aku dah nampak betapa dia tak suka aku.
Aku datang dari keluarga broken home jadi aku berharap ayahnya boleh sayangkan aku macam anak sendiri. Tapi apakan dayanya. Bukan semua yang kita mintakan akan terus dapat dalam sekelip mata. Mungkin aku kena berusaha lagi untuk diterima sebaik mungkin.
Bukan tu je aku nak cerita, S ni bagi aku anak mak. Aku tak tahu aku salah menilai ataupun apa tapi korang komen la pendapat dibawah nanti ye.
Setiap kali nak dating atau ada benda yang nak dibuat, S akan tanya keluarga dia. Sama ada kakaknya ataupun maknya. Aku faham dia tak pernah bercinta tapi instead of dapatkan pendapat kawan, dia lebih pilih untuk dengar pendapat dan nasihat keluarga.
Aku faham keluarga no 1 tapi kalau benda tu boleh timbulkan salah faham dan penghinaan untuk side aku, kenapa perlu ditanyakan dekat keluarga? bukan buatkan mereka makin benci aku ke? atau berfikiran negatif terhadap aku?
Dia ajak aku berjalan, ambil angin pantai, tengok sunset tapi semua tu dia inform keluarga & bagi aku tak jadi masalah pun.
Tapi end up keluarganya cari kesalahan aku & menyalahkan aku dengan mengatakan yang aku ni menghabiskan duit anaknya. Padahal sikit aku tak minta duit S. Semua aku reti tanggung sendiri makan. Even minyak pun aku bayar semula dekat S.
Everytime kakak S minta duit dekat S & S kata dia tengah tak cukup mana duit, kakak dia mesti kata “tulah habiskan duit banyak sangat dekat Jojoyah (aku)”. Padahal kitaorang dah sebulan tak jumpa.
Hadiah birthday aku pun S tak bagi. Sikit pun aku tak minta sebab aku faham dia banyak benda nak bayar. Dia anak sulung lelaki kena lah berkorban dan berbakti untuk keluarga dulu.
Tapi apa aku dapat? S keluar berjalan dengan kawan pun keluarga kata S tipu sebab diaorang ingat S keluar dengan aku cuma taknak jujur je.
Keluarga aku ajak S bercuti & S bersetuju untuk ikut. Bila tarikh kejadian hampir tiba, dia decide untuk bagitahu mak dia untuk minta izin.
Benda ni tak salah tapi kenapa tak tanya dari awal? Kenapa dah berani setuju tanpa fikir untuk dapatkan izin? Aku faham dia bagitahu untuk keselamatan dia. Tapi untuk masuk keluarga aku pun perlu semua tu ke?
Bayangkan nak ke rumah aku pun perlu dapatkan izin keluarga dulu baru datang. Bukan patut dia pergi ikut kemampuan dan keselesaan dia ke?
Aku pergi bila kau ready, aku cuti, aku ada duit lebih untuk berjalan dan belanja keluarga dia. Tapi aku tak lupa untuk update keluarga aku. Aku hanya update bukan semata tunggu keizinan.
Aku tahu keluarga aku pun faham & diaorang tak larang sebab tahu kemana aku nak pergi dan percayakan aku. Tapi keluarga dia? Strict? Perlu ke strict sampai tahap tu? Nanti jadi keluarga juga sebab tahun depan kami akan bertunang.
Pasangan lain keluar ikut keselesaan masing masing. Aku nak keluar kena tunggu dia dapat izin keluarga. Kadang benda tu tak perlu tanya pun. Contoh macam keluar makan tapi nak juga tanya. Ni dulu masa aku masih di KL.
Keluarga dia suka compare kan aku dengan cousin diaorg. Serba serbi dibandingkan sampai aku naik fedup.
Tak dinafikan dia baik tapi perbuatan dia yang terlalu bergantung dengan keluarga buat aku penat. Aku bukan minta kebebasan untuk buat bukan bukan. Ajak jumpa keluarga aku pun minta izin family. Bukan patut update je ke? Kenapa perlu sampai tahap tu?
Aku penat tapi aku cuba bertahan untuk terus bahagiakan dia.
– Jojoyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
pada pendapat aku yg berpengalaman berkahwin gn ank mak ni..hg tinggal jela laki tu..sebelum kawen dah melebihkn family..lepas kawen hg akn lagi sakit hati sbb confirm dia akan lebihkan family dia dari hg,, pastu ipar duai pompuan pulak masuk campur .lagi terok hg..nti lepas kawen confirm hg akn rasa nk bercerai bukan sbb laki hg curang ka ada betina lain ka,,tp hg akan rasa nk bercerai sbb mak gn ayah dia..so sila angkat kaki dari sekarang.ramai je laki yg lagi baik
tak payah bertahan la .. move on buang masa je
Red flag dik… Allah dah tunjuk signal kat awak.Awak tak Terdesak sangat kan nak kawin..kalau terdesak pun jangan la sampai menzalimi diri sendiri.