Assalamualaikum buat semua, thanks admin siarkan luahan aku sebab benda ni aib yang sangat aib. Jadi aku tak boleh share dengan sesiapa yang aku kenal.
Aku Cahaya. Kami suami isteri bekerja dalam sektor kerajaan. Alhamdulillah duit bukan masalah bagi kami. Allah hadirkan nikmat tu untuk kami.
Kami pasangan bahagia. Suami aku tu boleh kata Encik Suami Perfect 10 dari segi luaran. Baik, nafkah duit bulan² tak pernah culas walaupun aku kerja, romantik, rajin bantu buat kerja rumah sampai kadang2 aku rasa aku takkan jumpa lelaki sebaik ini dah.
Cuma aku rasa hidup kami belum lengkap kerana belum ada anak. Usia perkahwinan kami sudah menginjak 10 tahun.
Sebenarnya, aku nak taip ni 10 kali taip, 10 kali padam tapi aku taip jugak sebab mungkin ada komen2 kalian yang boleh buat aku kuat semangat. Suami aku ada masalah kelakian, ahh.. aku nak tulis pun serba salah.
Sambil tulis sambil lap air mata. Awal-awal perkahwinan ada jugak dia sentuh aku setiap minggu. Makin lama makin kurang.
Memang masalah berpunca dari dia, tak perlulah aku cerita detailed sebab aku pun malu nak cerita. Tapi sekarang mungkin hampir setahun dah dia tak tunaikan tanggungjawab dia.
Aku tahu dia tak sengaja, bukan dia taknak buat tapi tak boleh. Dia nak g berubat tapi asyik tangguh2 mungkin malu.
Dia selalu mintak maaf sebab tak mampu jalankan tanggungjawab sebagai suami. Selalu cakap dia berdosa sebab biarkan aku tanpa belaian.
Tapi sebab kebaikan dia yang 1000 kali ganda lebih baik, aku diamkan dan sabarkan. Isteri mana boleh tahan, jiwa aku meronta- ronta.
Dia pernah pergi urut tapi tak menjadi jugak. Aku suruh pergi check doc, tapi dia tolak. Aku taktahu dah nak buat macam mana.
Aku sedih bila orang suruh cuba macam2 produk, minum air tu, buat aksi itu ini, tapi aku nak buat macam mana.. minum 1 kontena susu efferty pun takkan pregnant kalau suami aku tak sentuh aku.
Hari- hari dia peluk cium cuma part tuttt dia memang tak mampu lagi nak bagi. Aku sedapkan hati aku dengan rasa bersyukur bila baca kes dah ada anak tapi suami curang, suami culas bab nafkah, suami kaki pukul dan macam2 lagi. Sebab tu aku masih bertahan.
Tu je lah luahan aku. Aku betul-betul teringin nak jadi ibu, dapat seorang pun jadi lah. Doakan aku terus kuat. Aku sayang suami aku dunia akhirat.
– Cahaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Suami ko ni ada masalah diabetic ke ape sis? Kalau ada diabetis..dia kena jumpa doc seek for treatment & help..lepastu please jaga makan dia kow2 punya diet..boleh reverse penyakit dia..but somehow benda ni takes two to tango! Once dh overcome diabetic tu..insyAllah datang balik kejantanan laki mu sis
Salam awk, saya faham sangat perasaan awk..tapi apa yg boleh sy cuba nasihatkan, awk jangan terlalu fikir mengenai anak. Awk doa la supaya hati awak, dan org sekeliling awk boleh redha dan terima semua ujian yg Allah beri ni. Hanya Allah yang tau apa yg terbaik buat kita. Boleh jadi kita suka sesuatu, sedangkan perkara tu tak baik untuk kita. Kita bersangka baik dengan perancangan Allah dan redha. Dapat suami yg baik pon rezeki dan nikmat yg Allah kurniakan untuk kita.