Menjaga Nenek, Tanggungjawab Cucu Ke?

Salam, nama saya Fara berumur 35 tahun. Saya ada 6 orang adik beradik, dan diantaranya masih bersekolah rendah.

Saya nak meluahkan pasal makcik dan pakcik saya yang selalu anggap kitorang ni (adik beradik saya) untuk jaga nenek yang bedridden.

Bapak ada ada 4 orang adik beradik. Bapak saya yang sulung. Dan yang paling muda adalah lelaki berumur 37 tahun (lebih kurang umur saya je).

Saya tinggal di ibukota, bersama sama mak, bapak, dan adik beradik yang masih bersekolah. Itu adalah rumah saya. Mak bapak saya tak ada rumah.

Semasa kami semua kecil, kami hidup menyewa sehingga saya dah bekerja dan mampu untuk beli rumah, saya bawa mak, bapak dan adik adik tinggal bersama saya. Saya pun belum berkahwin.

Bapak saya pernah duduk berasingan dengan kami sekeluarga demi jaga ibunya iaitu nenek saya di kampung selama dua tahun.

Tapi lama lama saya minta untuk bapak saya pulang ke rumah sebab adik saya masa tu masih kecil. Masih berumur 4 tahun yang saya rasa sangat sangat perlukan kasih bapa.

Mak saya tak ikut bapak saya ke kampung kerana keluarga bapak saya ni jenis mulut longkang. Asyik tuduh mak saya mengikis bapak saya. Bapak saya tu apa pun tak ada. Nak kikis apa. Hahahahaha. Rumah pun tak ada, kereta pun tak ada, simpanan pun tak ada.

Mereka asyik cakap mak saya ni gemuk, bapak saya kurus sebab kena kikis. Cakap yang keluarga kami ni tak reti berjimat. Cakap keluarga kami ni duduk kl tapi tak kaya kaya. Macam macam lah lagi. So mak saya memang tak nak duduk kat kampung.

To cut it short, satu hari tu bila bapak saya decide nak duduk kl semula nak jaga anak dan bini sendiri, nenek terpaksa duduk dekat rumah makcik saya di rawang. So makcik saya jaga nenek.

Lama lama tu diorang macam tak puas hati cakap bapak saya lepas tangan taknak jaga nenek, cakap itu ini, cakap macam macam.

Cuma nya pada tahun ni, umur bapak saya dah 60. Makcik saya suruh juga bapak saya jaga nenek. Saya jadi bengang sebab bapak saya pun dah tak larat. Mak saya pun sakit yang perlukan operasi dialisis.

Saya bengang sebab saya ada pakcik yang berumur sebaya saya. Kenapa bukan dia yang jaga kalau makcik saya tak larat nak jaga?

Bila bapak saya cakap minta tolong pakcik saya yang itu, semua mengamuk sebab kononnya jangan kacau adik yang itu sebab masih muda, masih nak mula hidup. Aiiikkk dah 36 37 nak mula hidup apa???

Mereka suruh bapak saya ambik nenek, tinggal di rumah saya. Saya ok nenek nak tinggal sini, tapi saya rasa terbeban sebab mak saya pun saya perlu jaga.

Saya belum berkahwin, tapi saya kena jaga adik yang sekolah, mak yang sakit, lepas tu nak tambah nenek yang bedridden.

Saya umur 34. Tak fikir pula saya nak mula hidup ke apa ke. Pakcik saya yang 36 tahun tu boleh pula fikir nak mula hidup, dia masih bujang, dia susah nak jaga. Habis tu saya ni????

Saya serabut sangat sebab saya rasa makcik pakcik saya cuma nak lepaskan tanggungjawab mereka. Segala simpanan nenek beratus ribu semua dah habis dah mereka guna. Sampaikan saya terfikir, oh duit dah habis baru nak hantar sana sini nenek tu.

Bapak saya setuju nak ambik nenek duduk dengan kami. Saya tak setuju. Macam mana saya nak cakap dengan bapak saya ya. Ni rumah saya, saya rasa saya ada hak. Cuma saya taknak nampak macam saya ni teruk, taknak jaga nenek.

Masalahnya saya penat sangat. Saya balik kerja nak kena uruskan rumah, masak, itu ini. Mak saya memang bukan bedridden tapi dia tak larat, nak jalan pun kadang kadang perlu orang pimpin.

Saya memang tak suruh mama saya masak. Biar saya uruskan semua tu. Tapi bila tambah lagi sorang, saya lagi bertambah penat. Nak angkat, nak uruskan mandi setiap pagi. Nak tukar lampin. Saya serabut lah fikir.

Macam mana ni ya. Apa saya perlu buat?

– Fara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. byk cekadak makcik pakcik ko…mentang2 duit org tua tue da hbis ..mula la nk lps tgn….ko berkeras je la,nnti ko yg stress…mmg nmpk mcm kejam…tp ada ke org fkir ttg ko…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *