Aku Rangga. Hensem orangnya. Eh bukan itu aku nak cerita.
Aku ni ada jiran, yela tinggal berjirankan. Masa mula tinggal sini, aku ingat semua baik. So aku pun berbuat baik juga. Tapi rupanya bukan semua orang baik, ada jiran yang suka ambil kesempatan atas kebaikkan kau.
Jiran sebelah aku ni, aku pendekkan cerita suka ambil kawasan depan rumah aku. Nampak remeh tapi menyakitkan hati. Masa mula aku pindah, kawasan depan rumah aku kosong je. Jadi aku bersihkan rumput. So kawasan tu jadi nampak luas.
Lepas tu dia start ikut letak barang dia. Penyidai, tong sampah dan sebagainya. Yela mula mula aku rasa sekejap je dia letak, sebab takkan lah bodoh kan nak pegi letak depan rumah orang lain? Mustahil dibuat orang yang berakal.
Yes. Mula mula aku ingat sekejap je, sebab penyidai dia tu jenis boleh tarik. Kau tahu, sampai kesudah dia pegi letak situ. Depan pagar aku tu, macam dia punya tempat.
Jiran aku ni juga sangat pembersih. Setiap pagi dia akan basuh depan rumah dia. Tapi disebabkan dia dah renovate besarkan rumah, so air tu dah tak masuk ke longkang tepi rumah dia tapi pergi ke kawasan rumah orang lain.
Kalau air mengalir ke kiri maka rumah kiri lah akan berlumpur, bertakung air. Begitulah jadi kalau air banyak mengalir ke kanan.
So bayangkan setiap pagi, bila nak keluar kerja, aku kena hadap lopak air dari rumah dia. Aku rasa macam setiap hari hujan lebat depan rumah aku. Dia sampai sekarang buat tak kesah.
Nasihat aku dengan korang yang besarkan rumah, pastikan aliran air ke longkang. Jangan pentingkan diri sendiri, kang setiap hari kau dapat maki hamun orang lain.
Jiran aku ni, aku tak tahulah. Kadang aku rasa bodoh, kadang aku rasa dia tak faham bahasa melayu, kadang aku rasa dia tak faham bahasa english juga. Dan selalunya aku rasa dia bodohlah.
Yela, berbuih aku tegur dia tetap buat juga. Siap provoke aku lagi.
Itu belum cerita bab parking kereta. Dalam lorong aku ni, setiap depan rumah orang yang kosong pasti kereta dari rumah dia yang parking. Dalam pagar aku pun pernah dia parking masa aku balik kampung. Bayangkan suka hati buka pagar orang untuk letak kereta.
Sesak dada bila berhadapan jiran yang tak ada common sense.
Perangai mengalahkan beruk. Tempat dia kalau kau nampak bersih nak mampos, berkilat. Tapi kau tahu, setiap hari aku kena kutip sampah daripada plastik ice atau keropok. Setiap hari aku kena kutip plastik plastik tersebut yang aku tahu bukan daripada sampah rumah aku.
Kadang aku selalu perhati dia sapu sampah ke kawasan aku. Sampah dia yang besar, dia longgok di kawasan aku, sisa makanan dia buang tepi sampah aku, rumput dia cabut, dia buang ke arah rumah aku.
Aku tegur tetap dia buat. Kadang aku buang semula ke depan rumah dia sambil mencarut. Boleh depress kau dibuatnya.
KEPADA JIRAN YANG TAK ADA COMMON SENSE,
‘Mari sini aku bagitau, setiap benda kau buat tu aku bukan setakat tegur. Tapi aku rekod. Aku tangkap gambar. Aku buat daily vlog. Aku kumpul semua’
Korang yang baca ni, janganlah menyusahkan jiran. Kalau minta kebenaran untuk guna kawasan jiran hari ini, hari esok kau minta juga kebenaran kalau kau guna sekali lagi. Dia benarkan kau, bukan untuk kau guna setiap hari!
Kalau kau muslim, kau tahu akibat bila kau ambil hak jiran, kau sakiti hati jiran. Doa orang teraniaya ni mustajab.
Hari tu dia ada perli, dia cakap kalau dialah, bila orang dah tak puas hati, dia akan pindah je. Dia akan blah je. Malu kononnya bila orang dah tak suka. Tapi masih tinggal berjiran.
Aku jawab, eh ini malaysia lah. No way aku akan mengalah atas kebodohan kau! Aku bagitau, mudah je kalau tak nak orang tak puas hati dengan kau, kau jangan ambil hak orang lain.
Bodoh jiran aku ni, bagi aku dah capai tahap dewa. Dia boleh bagitau kawasan depan rumah aku tu bukan kawasan aku. Kawasan aku sekadar dalam pagar aku. Ikut logik dia betullah.
Then bila aku balas semula, kalau macam tu aku bolehlah parking depan rumah kau? Letak tong sampah depan rumah kau? Letak penyidai aku depan rumah kau? Depan rumah kau pun bukan kau punya?
Dia ketap bibir marah aku. Bayangkan teruknya perangai jiran aku hinggakan pagar aku tu pun jadi tempat gantung mop dia.
NASIHAT AKU KEPADA SEMUA
Hidup berjiran ni, kau nak kekal harmoni satu je, kau jangan ambil hak orang lain. Tahu limit kawasan kau. Kau tak tegur dia pun tak apa, asalkan kau jangan ambil hak dia. Tak kira bangsa apa pun, agama apa pun. Ini RULES yang kau kena pegang bila kau hidup berjiran.
Penat rupanya berjiran dengan orang tak beradab ni. Lagi penat daripada berjogging.
– Rangga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
brtabah la dpt jiran mcm tue…(sma la kita yea)tue blum bab dia buang sampah dlm tong sampah kita..kucing dia mbuang dkt kwsn kita…tgk kita,mcm kita pla yg bt salah…x fhm jenis org mcm nie…ssh nk ckp….
kalau aku la..aku campak balik kt umah dia..smpah dia aku cmpak balik..mop dia pn aku cmpak balik..penyidai dia pn aku cmpk balik dpn umh dia siap aku buat siram pokok skali baju dia kt ampaian aku siram..jiran mcm tu kita kena balas balik apa dia buat..bru dia tahu,jenis x paham bahasa