Hai semua. Just nak share luahan hati ini. Rasa macam nak pecah kepala bila dok pendam dalam hati dalam kepala.
Saya seorang menantu perempuan. Saya berasal dari sesebuah negeri nunnnn jauh di sana. Tetapi saya tinggal merantau di negeri lain. Suami saya 3 beradik semua lelaki.
Saya keliru dengan diri sendiri adakah saya ni menantu yang jahat? Mertua saya sejenis mertua yang ntah la macam mana nak cakap. Sekejap dia macam baik, sekejap macam jahat.
Ada ketika, dia terlihat baik. Memberi macam2, melayan dengan baik. Ada masa tiba2 dia takkan bercakap dengan saya, macam merajuk marah sedangkan saya sendiri tidak berbuat apa2.
Contohnya saya dok sebok layan anak di dalam bilik, nanti tiba2 bila saya keluar bilik dia diam tanpa bercakap apa2. Paling muka. Saya ajak bercakap pun dia diam sahaja.
Padahal saya sudah sehabis baik berusaha menjaga hati dia sebab saya hormat suami saya. Dia bercakap macam2 pasal saya sikit pun tidak pernah saya bagitahu suami.
Bila dia ada dirumah saya bersama emak saya pun sama. Kadang2 tiba2 dia diam seperti marah. Mak saya bercerita bercakap sikit pun dia tak menjawab. Padahal mak saya pun tak pernah bercakap buruk atau melayan tak baik dengan dia.
Makanan disiapkan, makanan dimasak dan dihidangkan untuk dia. Tetap kadang2 dia marah secara tiba2 tak bercakap.
Yang paling saya sakit hati or terasa hati, bila mak saya bercakap dengan dia. Dia langsung tak layan bila datang mood tak baik dia.
Kadang2 puas saya berfikir silap saya di mana? Paling saya terkilan, dia ulang balik2 depan muka saya. Dia bercerita dengan orang dia TIADA ANAK PEREMPUAN. Bermakna menantu2 perempuan dia, dia tak anggap sebagai anak.
Betul la orang cakap, menantu tetap orang luar. Tapi mak saya pula anggap menantu dia semua sama macam anak2 dia. Tak pernah sikit pun keluar dari mulut dia cakap.
Betul orang cakap, lebih tinggal jauh dengan mertua. Sampaikan saya doa kan, kami biarlah hidup merantau daripada duduk dekat dengan dia nanti jadi masalah. Saya da dapat bayang da macam mana.
Kalau datang baiknya, dia akan beri duit, beri macam2 dekat saya dengan anak2. Tapi saya tidak pernah meminta. Sikit pun tidak pernah. Saya juga menolak bila dia bagi duit, tapi dia tetap masukan dalam beg.
2 orang menantu perempuan dia pernah tidak sehaluan dengan dia.
Yang seorang ada masalah sampai bertahun tidak menegur dia. Lagi seorang melayan dia tidak seperti mertua. Ditengking, dimarah, diarah2. Tetapi saya tidak pernah dan tidak sampai hati nak memperlakukan dia sebegitu.
Cuma kita ni pun manusia, tetap akan rasa marah, terasa hati. Apapun dia tetap ibu kepada suami saya.
Di sebelah menantu ini dia akan cerita kan pasal menantu yang ni begini begitu perangainya. Dimenantu yang 1 lagi nanti dia cerita kan begini begitu lagi. Sampaikan pernah saya ni dipulaukan.
Tapi saya diam, sikit pun saya tak pernah meluah dengan suami pasal sikap mak dia dengan saya. Mungkin ka saya ni yang jahat terlalu mengharapkan dia melayan saya baik2? saya sudah sehabis baik melayan dia ambil hati dia.
Ibu bapa saya dengan adik beradik saya tak pernah ajar kami bersikap kurang ajar. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang.
Walau macam mana marah pun saya, walau macam mana sakit hati pun saya. Tak pernah saya melawan, membalas kata2 dia or meninggi suara.
Saya satu2 nya menantu dia yang tak sampai hati nak buat dia macam mana menantu2 dia yang lain buat. Paling saya ingat dia siap cakap, anak2 aku bayar hantaran mahal2. Bukannya murah.
Dia cakap pasal menantu lain, tapi kalau korang, korang tak terasa ke? Haih entahlah. Ke saya ni je yang terlebih emosi?
Bila dia depan orang, dia akan cakap baik2 pasal orang tu. Tapi bila di belakang semua cerita dia sebut. Konon dia bagitahu mak saya, dia sikit pun tak pernah masuk campur urusan rumah tangga anak2, sikit pun tak pernah bercakap pasal orang. Padahal, saya ni jela yang tahu macam mana.
Bila ipar saya gaduh dengan bini dia, dia siap cakap ‘eleh kalau dia ceraikan bini dia pun. Dia bukan rugi apa. Dia bukan ada anak!’. Allah. saya tak tahu la. Sampaikan saya rasa dah tak nak dah bawak dia dtg rumah lama2. saya jadi tak tahu la macam mana nak cakap. Hmmmmm…
Mintak maaf, saya bukan nak cerita buruk pasal mertua saya. Tapi saya stress, saya rasa macam nak pecah kepala pendam.
Saya nak luahkan dekat siapa? Saya nak luahkan dekat mak saya tapi saya takut timbul masalah lain. Saya nak cerita dekat suami? Nanti bergaduh pula. Saya cuma luahkan apa yang saya rasa disini. Dapatlah lepas sikit beban yang saya pendam ni.
Semoga saya terus menjadi isteri yang sabar. Aamiin.
– Mrs.capital N (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit