Feeling Lost at 30

Hai. Aku Idy (bukan nama sebenar). Berumur 30, berkahwin dan mempunyai seorang anak berumur 10 bulan.

Macam mana nak start eh.. Aku rindu nak kerja tapi tak ada confident yang aku dapat kerja semula. Aku ada degree (bidang kewangan) tapi career path aku sangat2 messed up.

Ketika aku lepas graduate umur 25. Aku diserap company tempat intern dulu kat PJ. Sempat kerja lebih kurang setahun setengah, gaji alhamdulillah.

Cuma aku pressure dengan manager aku. Biasa la aku pulak baru masuk keje.. kerja2 berlungguk manager pass kat aku. Hidup macam tak ada life.. Pergi gelap balik pun gelap. Time closing lagi la. Pernah pukul 10 malam aku baru boleh balik.

Masa tu tak ada transport sendiri, naik MRT. Pukul 11.30 malam baru sampai rumah.. esok pukul 6 dah kena bangun pergi kerja. Penat dia Allah yang tahu jadi aku pilih untuk resign..

Masa tu aku berniat cari kerja baru area sama, tapi masalah nya ex bf suka ganggu. Aku pulak kat KL tu tiada saudara mara hanya ada kawan2.

Gangguan yang aku dapat agak menakutkan. Sampai2 tunggu depan rumah sewa. Dia macam tak boleh move on..

Aku serabut jadi aku pilih balik kampung dahulu buat sementara waktu. Aku balik buat kerja sendiri iaitu berniaga, duduk dekat dengan mak ayah aku.

Lepas tu aku berkahwin, alhamdulillah suami aku sangat bertanggungjawab sepanjang kami berkahwin.

Lepas kahwin aku ada buka kedai apparel. Bertahan juga sampai la aku pregnant. Alahan agak teruk masa tu tak boleh ke mana2. Kedai pulak agak slow, aku taknak tertunggak sewa bulanan jadi aku decide stop berniaga..

Fast forward sekarang anak dah berumur 10 bulan. Keinginan nak kerja tu datang, boleh jadi jugak tercabar sebab sedara2 sebut rugi je aku ada degree tapi tak kerja..

Tengok muka anak kesian nak tinggal, sebab ada masa enjoy jugak jaga sendiri anak jadi surirumah ni.. Tapi ada masa nak jugak kerja nak balas balik penat lelah mak ayah hantar belajar sampai menara gading.

Tapi kalau la aku nak kerja, ada ke yang berminat nak hire aku? Umur 30. Pengalaman kerja tak teratur macam aku cerita di atas. Tapi keinginan ber’career’ tu ada. Tapi aku tak confident untuk start langkah.

Aku tak minta kerja macam aku kat KL dulu. Janji dekat dengan anak suami, mak ayah sudahlah.

Harap sudi bagi pandangan. Maaf penulisan agak messy..

– Idy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *