Awak Terlalu Baik

“Maaf, saya belum terbuka hati untuk menerima awak sebab awak terlalu baik untuk saya”… Demikian kata2 Poda (nama samaran) yang menjadi pujaan hati saya dulu.

Tapi Alhamdulillah Poda tak blok saya.

Saya belikan dia shawl limited edition, belanja makan dan habis beribu ringgit semata2 anak memenangi hati Poda.

Waktu tu saya mendapat biasiswa yang sepatutnya saya gunakan untuk pengajian saya di sebuah IPTA, tapi saya gunakan untuk pikat hati dia.

Hampir setiap minggu puasa sunat isnin dan khamis menjadi acara ikat perut saya sebab waktu ni saya dapat berjimat supaya saya boleh menabung dan belikan hadiah untuk Poda.

Kebetulan masjid di IPTA saya memang buat majlis berbuka bagi pelajar yang berpuasa sunat hasil sumbangan orang ramai.

Agak2 Allah terima ke amalan puasa sunat saya ni ya? Rasa macam berdosa sebab puasa untuk menabung demi kebahagiaan wanita yang bukan isteri saya pun..

Macam2 saya buat demi memilikinya, usaha doa tawakal cable semua saya dah gunakan, tapi Poda masih menggunakan ayat yang sama; “maaf, saya belum bersedia”,

“Awak terlalu baik untuk saya”,

“Kenapa saya, saya ni banyak keburukannya” and macam2 lagi ayat2 “manis” demi nak saya menjauhi dia dengan cara yang sopan.

Ada sorang kawan saya, playboy. Semua jenis wanita dia pernah couple. Muslimah, bajet muslimah, tak cukup muslimah, muslimah dua alam (pagi muslimah, malam jadi muslim- yang ni saya akan ceritakan part 2) and macam2 jenis wanita dia berjaya pikat dengan mudah.

Saya namakan dia Acuwad (bukan nama sebenar).

Saya dan Acuwad memang tak rapat, tapi ada satu kejadian dia diganggu jin (part 2) yang menjadikan kami kawan rapat.

Dia ajarkan saya kenapa wanita tak suka “lelaki terlalu baik”..

Hasil kajian dia “berkat” couple dengan berpuluh2 wanita, dia simpulkan bahwa “lelaki terlalu baik” hanya menjadi pilihan pada wanita yang betul2 mahukan lelaki yang kuat agama,

Dan wanita ini tidak tercemar akal dan naluri nya dengan medsos gaya hidup muslimah masa kini yang kurang patuh syariah.

Wanita macam ni sangat2 limited dan dia berkahwin pun ibu bapa yang cari. Masa ni, “lelaki terlalu baik” akan menjadi rebutan.

Waktu ni, terus saya teringat ustaz saya di sekolah dulu. Pendek tubuhnya, janggut tumbuh ikhlas tak ikhlas, berkulit gelap dan gigi tumbuh tak ikut barisan. Tapi isteri dia tersangat cantik, jugak ustazah yang mengajar di sekolah yang sama.

Disebabkan oleh banyak sangat gangguan dari pelajar2 & guru2 lelaki, Ustazah Pajrin (bukan nama sebenar) berhenti dari mengajar demi mengelak fitnah dan memang sekolah tak benarkan berpurdah (saya tak tau sekarang boleh ke guru berpurdah).

Sambung Part 2

– Akhi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *