Sebagai seorang mak, selagi IC anak alamat rumah kita, silalah pantau kegiatan dan aktiviti anak-anak. Apa-apa terjadi polis ketuk pintu rumah kita. Tanggjungjawab kita untuk pantau anak-anak walaupun sudah masuk alam dewasa.
Ingatlah mukadimah di atas. Anak dah masuk belajar kat universiti bukan alasan nak lepaskan anak 100 peratus. Pantau selagi boleh.
Macam mana nak pantau? Masuk group atau channel confessions tempat pengajian anak-anak di telegram, facebook dan sosial media yang lain.
Jangan terkejut bila baca confessions dalam tu. Pergi belajar ke pergi menyundal?
Tak tahulah nak describe ayat yang manis macam mana bila scroll baca segala confessions anak-anak muda yang masuk belajar di pusat pengajian tinggi yang semestinya ada akal yang cerdas dan pandai.
Anak-anak yang stay di hostel mungkin boleh nafas lega sedikit kerana ada pihak felo yang memantau. Tapi tak bermakna boleh lepas tangan buat endah tak endah.
Kelas habis pukul 9pm pintu hostel tutup pukul 12am. Macam-macam aktiviti sempat dibuat dalam jarak masa tersebut.
Anak yang menyewa di luar memang patut dipantau sentiasa. Ada yang bawa masuk lelaki perempuan ke dalam rumah. Ada yang sempat buat business DS(dark side) semasa housemates lain pergi kelas. Kelas tak sama waktu bermacam-macam aktiviti songsang sempat dibuat.
Tempat belajar area KL ada yang culture shock every week pergi cucuk langit kat Trec night club sana sini. Terlebih pandai cari side income jadi sugarbaby pun ada. Alasannya hidup di KL keras dik. Banyak duit nak pakai.
Parents bagi kereta motor untuk kemudahan ke kelas tapi disalahgunakan kepercayaan parents. Buat aktiviti late night drive dengan strangers, overnite pergi tidur di genting, tidak pun pusing-pusing KL secara free kononnya, tapi ada makna lain upahnya tubuh badan.
Kenapa disuruh masuk ke group channel tempat belajar anak-anak supaya kita tahu perkembangan terkini di sana dan tak mudah kena tipu. Tipu ada exam ada kerja assignment nak kena beres padahal sudah habis lama. Pagar kolej kediaman sudah lama bertutup berkunci.
Malas nak balik rumah nak bersuka ria santai layan konsert bersama kawan-kawan. Ada yang ambil kesempatan travel ke luar negara dengan kawan-kawan tanpa inform family.
Passport diberi kepercayaan kepada anak untuk dipegang sendiri. Tahu-tahu hilang dari bumi Malaysia. Emergency nak call tak dapat nak reach.
Kesudahannya menyusahkan pihak universiti untuk cari bantu. Bukan tugas pihak universiti untuk bertanggungjawab untuk aktiviti bersuka-ria yang bukan anjuran kelab dan persatuan dan dibawah nama universiti.
Selalunya begitulah atas dasar ehsan,pihak universiti akan cuba bantu sedaya upaya. Tak memasal terpalit nama buruk universiti kononnya tidak mengutamakan keselamatan pelajar. Walhal, tentatif program dan perjalanan langsung tidak diketahui. Sendiri-sendiri plan sesama rakan-rakan.
Check handphone, laptop, ipad anak secara berkala. Bukan sibuk nak check handphone suami saja, handphone anak pun perlu. Tengok apps yang digunakan ada kaitan ke tidak dengan pelajaran. Alasan demi alasan bila ditanya selalunya diberi alasan app guna nak belajar.
Check dalam handphone ada tak app grindr, litmatch, omi dan banyak lagilah app yang tak patut ada dalam handphone anak. Tak tahu fungsi sesuatu app, search di google. Taip sahaja “fungsi aplikasi *letak nama apps*”
Kalau ada masa dan rajin,taip dan cari info tentang bahaya app tersebut kepada kanak-kanak. Mentanglah mak buta IT tak reti nak catch up benda teknologi sekarang senang sangat kena tipu dengan anak sendiri.
Nama pun pelajar IPT.Cerdik pandai terlebih. Guna apps tracker trace lokasi anak penyudahnya parents kena tipu. Tengah malam siapa yang rajin nak check keberadaan anak-anak? Masa inilah diambil kesempatan.
Guna second handphone atau handphone rahsia guna simcard yang sama. Handphone yang ada link dengan handphone parents tinggal di rumah. Nampak seperti tuan badan berada di rumah walhal sedang berseronok enjoy night life di luar.
Ada yang cerdik suruh member tolong cover menggunakan handphone tersebut. Member di KL tolong pegang handphone tuan badan naik genting.
Hendak diterangkan lebih lanjut, agak susah. Tapi itulah tahap penipuan yang boleh dilakukan oleh anak-anak tanpa kita sedar.
Sekali sekala sebelum tidur buat random video call atau call untuk pantauan. Ada di rumah atau merayap di luar. Pukul 11:30 pm sepatutnya berada di mana? Jangan tertipu dengan jawapan anak on the way balik dari kelas kalau sudah jam hampiri pukul 12 tengah malam.
Sekarang kelas malam pun ada sesetengah lecturer minta diadakan secara online learning demi keselamatan pelajar. Lecturer terlebih risau perah otak cari jalan demi keselamatan pelajar tetapi pelajar langsung tidak ambil kesah keluar merayap entah ke mana healing katanya.
Pantau dengan siapa anak-anak kita berkawan walaupun sudah besar panjang. Sifat tertarik dan ingin mencuba amat tebal dalam diri. Minta anak-anak tak mudah percaya orang dan hati-hati dengan orang sekeliling.
Macam-macam karakter bokeh dilihat dalam group channel confessions. Gatal merenyam nak mengorat anak orang pun ada, jenis dah kenal palau tinggal pun ada,
Paling penting pesan jaga maruah diri sendiri. Berapa banyak yang confess desperate minta tolong atau bantuan dibaginya fake ig fake account sosial media yang lain kononnya unknown identity tidak diketahui.
Ada yang jadi mangsa scammer dan ada yang bocor maklumat peribadi. Ada yang dapat video lucah, dp profile kena edit jadi benda lucah. Istilah budak zaman sekarang, hmu (hit me up) silalah pantau dengan siapa mereka berchat.
Ya.Tak dinafikan sejak berzaman benda ni dah ada. Dulu tak ada sosial media sekarang zaman fitnah cepat viral. Selagi boleh pantau, pantaulah selagi boleh mengikut kemampuan kita sebagai seorang emak dan ayah. Kalau rasa serabut perut dan sakit kepala boleh abaikan penulisan ini.
Ada parents memang membiarkan anak-anak belajar menjadi dewasa di luar sana tanpa pantauan. Pandai buat pandai tanggung tagline yang selalu digunakan untuk kebebasan anak-anak di luar sana.
Kemudahan dan saluran untuk memantau kegiatan anak-anak telah tersedia ada. Gunakanlah ia sekiranya ada ruang dan waktu. Bolehlah kita melihat sendiri betapa pincangnya masalah budak zaman sekarang.
Belum terlambat lagi untuk kita didik mereka sebelum mereka melangkah masuk ke alam pekerjaan dan alam rumah tangga yang tiada lagi pantauan dan berdiri di atas tapak kaki sendiri.
Tiada ibu bapa di dunia yang nak tengok anak dia sengsara menghadapi realiti hidup. Didik daripada sekarang untuk menjadi insan berguna.
– Mak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Betul…zaman skrg zman yg sgt takut..nak2 anak prempuan.. Ya Allah.. xtau nk ckp.. selamatkan anak2 kite…
zaman sekarang, anak lelaki pun kena jaga lebih sikit. banyak bertukar jadi gay tapi parent tak tahu. yang naya, bila anak lelaki tu bernikah, tapi isteri merana.
Betul, setuju.
Semoga yang baik-baik untuk kita umat akhir zaman.