Kasih Sayang Abah Berbeza

Hi saya Suri, 35y/o. Saya nak bercerita. Abah saya tak sukakan saya. Bukan benci, tapi tak suka.

Sebab 15 tahun lepas saya anak yang liar, anak yang suka rebel, dan tak dengar cakap abah.

Bila saya begitu, makanya semua kebaikan saya dia dah tak nampak.

Macam² abah kata dekat saya. Lama juga dia tak bercakap dengan saya.

Sepanjang tempoh 15 tahun ni, saya sentiasa anak yang tak berguna di mata dia walaupun macam2 saya cuba untuk ambil hati dia.

Abah tetap awkward dengan saya. Seakan tak nak terima kehadiran saya.

Abah stop tanggung saya masa saya di usia 20 tahun.

Masa tu saya survive dengan duit ptptn sahaja, lepastu saya bawa diri kerja di KL, terus abah tak ambik tahu lagi pasal saya.

Sekali sekala saya balik rumah saya spent beli barang basah, tapi abah ignore saja. Tak ada “terima kasih”.

Itu cerita masa saya bujang. Now saya dah berkahwin, dan ada 3 orang anak.

Saya pula anak kedua daripada 5 beradik. Saya pun tak berusaha lagi untuk approach abah, saya banyak mengelak jumpa abah.

Sebulan sekali je saya balik jumpa abah. Khabar dia saya banyak tanya melalui adik beradik saya. Sebab saya tahu kalau saya sms pun abah takkan balas.

Kakak dan adik2 saya pernah buat salah seakan sama seperti saya juga dulu tapi tetap disayangi. Bila diorang takde, di rindu2. Bila diorang ada, abah sangat happy.

Saya tumpang happy, tapi jauh di sudut hati, rasa cemburu juga sebab saya tak boleh macam tu dengan abah.

Di usia begini, saya dah accept takdir saya. Takdir yang abah takkan sayang saya macam adik beradik lain.

Abah takkan layan saya macam dia bersembang dan bergurau dengan adik beradik lain. Hidup kat dunia ni bukan serba serbi dapat yang sempurna.

Saya tetap sayang abah saya. Tapi sayang saya pada dia tak sekuat sayang saya pada arwah ibu.

Ibu tak pernah bezakan kasih sayang. Tapi Allah pinjamkan ibu sekejap saja pada saya dan adik beradik. Ibu pergi masa saya masih bersekolah.

Jadi, bila saya dah jadi parents, saya selalu ingatkan suami jangan bezakan kasih sayang antara anak2. Saya nak anak2 saya sentiasa perlukan saya, boleh meluah apa saja yang mereka sedap hadap.

Saya nak anak2 saya tahu yang mereka boleh bergantung pada saya dan bapa mereka. Saya tak nak mereka rasa mereka keseorangan bila meningkat remaja nanti.

Itu saja luahan hati saya.

Sungguh pun abah begitu, tak sangka saya dapat parent in laws dari syurga, sangat baik dan memahami. Manakala adik beradik saya pula masing2 ada masalah dengan mertua dan ipar masing2.

Betul, Allah tu Maha Adil.

– Suri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *